Ahli Umno Masuk PAS, Utusan Mengarut

Tok Guru Nik Aziz dan YB Dato Wan Rahim bergambar dengan ahli baru PAS yang merupakan ketua cawangan Umno, Mohd Nordin Awang

“Bagi saya, kalau baca berita dalam Utusan Malaysia, bahkan sebarang beritanya, saya menganggapnya mengarut termasuk mengenai isu terbaru membabitkan Mat Sabu, hari-hari menyerang Mat Sabu,” dakwa Mursyidul Am PAS.

Beliau berkata demikian ketika meraikan ketua cawangan Umno Bentara Kiri, Mohd Nordin Awang yang menyertai PAS bersama para penyokongnya.

Turut berucap di majlis itu adalah bekas ketua Pemuda Umno Kota Bharu, Haji Sabrie Shafei yang telah menyertai PAS sebelum ini.

Nik Aziz dipercayai mengulas laporan berita dalam akhbar Umno itu yang sudah hampir dua minggu menyerang Mohamad Sabu ekoran ucapan timbalan presiden PAS itu di Pulau Pinang sebelum ini.

Dalam ucapan itu, Mohamad Sabu berkata, orang ramai tidak lagi meraikan hari merdeka dengan meriah kerana merasakan ia bukan sambutan merdeka yang sebenarnya tetapi majlis meraikan sejarah Umno sahaja.

Padahal, katanya, bukan pemimpin Umno sahaja yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara tetapi ramai lagi termasuk Mat Indera yang turut menyerang rumah pasong Bukit Kepong pada tahun 1950 ketika Tanah Melayu di bawah penjajahan British.

Bagi Nik Aziz, selain menutup sejarah sebenar merdeka, kerajaan pimpinan BN juga menutup banyak ilmu lagi yang sepatutnya diajar di sekolah-sekolah di negara ini.

“Kenapa di dalam pengajian sekolah di negara ini tidak ditekankan secara serius pengajian tentang syurga dan neraka, dosa dan pahala.

“Sedangkan benda itu ada. Ini kerana ‘orang putih’ tidak mahu disebut menyebabkan orang putih bebas melakukan apa saja termasuk kenyataan tidak ada syurga dan neraka, bahkan sehingga orang Melayu pun sebahagian besarnya mendakwa begitu jua.

“Ini salah oleh kerana benda itu ada, tetapi tidak disebut.

“Inilah menyebabkan PAS sejak 1955 sehingga kini walau macam mana serangan diterima dari Umno-BN termasuk serangan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang disiarkan media arus perdana, kita dapat bertahan,” kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

Pengaruh media baru (Baca lanjut dalam Harakahdaily)
Sementara itu Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Wan Rahim Abdullah ketika berucap pada masjlis yang sama mempertikaikan pemikiran rakyat di negara ini dalam masa 54 tahun hingga kini, masih tidak banyak berubah.

HARI TERBUKA PAS, 11 SEPTEMBER 2011, JAM 2.00 HINGGA 5.00 PETANG


Namun bagaimana pun, Wan Rahim yakin dengan pembabitan ramai generasi baru dalam laman soisal dan internet yang terdedah dengan banyak maklumat, mereka akan merubah suasana yang ada.

“Mereka terdedah dengan banyak maklumat termasuk apa yang berlaku di Libya, di Tunisia, di Mesir dan kini di Syria, yang bagi generasi baru, insya Allah, akan membawa perubahan kepada suasana politik yang sedia ada.

“Insya Allah, suasana ini akan sampai, bahkan dilihat kepada keadaan yang ada pada hari ini,” kata beliau.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: