Kalau kita tak pernah dijajah, buat apa sambut merdeka …. perabis duit Negara

Seingat saya, jarang juga orang bertanya berapa juta kos Sambut Kemerdekaan dari mulai disambut hingga kali yang 54 kali setiap 31 Ogos yang pada tahun ini dibuat serentak dengan 16 September 2011 kerana 31 Ogos lalu bertembung dengan Hari Raya Aidil Fitri.

Rakyat tak pernah tanya sebab semua Rakyat menyambutnya tidak kira mereka itu pembangkang atau Golongan kiri.

Tapi tiba-tiba ada pula Golongan Cendawan berkata dan memberitahu rakyat bahawa Malaysia tidak pernah DIJAJAH. Habis punah ranah Sejarah yang telah ditulis dan benarlah cadangan PAS supaya Sejarah ini ditulis semula.

Maka Benarlah kata-kata Ketua Penerangan PAS seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily seperti di bawah ini.

“Kalau kita tak pernah dijajah, buat apa sambut merdeka?” tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam bidasan sinis sebagai reaksi spontan kepada kenyataan sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang berhujah bahawa berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu ‘tidak pernah terjajah’, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

“Sekiranya benar begitu, jadi maksudnya 31 Ogos 1957 bukanlah tarikh merdeka. Jadi Dr Zainal secara tidak langsung nak bagitahu rakyat dah terkena tipu 54 tahun oleh Umno ke?” sindir beliau lagi.
Malaysiakini melaporkan bahawa Zainal berhujah berkata “fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British).”

“Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik,” katanya.

Beliau turut mendakwa adalah kesalahan yang amat besar jika rakyat menyebut negara kita terjajah selama 400 tahun kerana menurutnya sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

“Dinaungi tidak sama dengan kolonial… Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

“(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi… Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.

“Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar,” Malaysiakini memetik beliau sebagai berkata.

Berdasarkan hujah Zainal, Tuan Ibrahim bertanya secara sinis ‘adakah tarikh merdeka sebenar ialah apabila Jepun kalah dalam Perang Dunia ke 2?’

“Rakyat semakin ‘fening’ di bawah pemerintahan Umno. Sebenarnya ini menandakan bahawa pemikiran rakyat masih terjajah dengan pelbagai fakta mengelirukan,” kata beliau.

Sementara itu, bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyindir hujah yang dibuat Dr Zainal.
“Prof Zainal Kling kata bahawa ‘kita tidak pernah dijajah, siapa kata kita pernah dijajah itu kesalahan besar’..ertinya selama ini ramai yang tertipu..seruan menghalau penjajah, bebas dari penjajah, merdeka dari penjajahan itu semua itu tidak benar.. satu kesalahan besar..” tulis beliau secara sinis di laman Facebooknya.

“Kemerdekaan lawan bagi kehambaan atau penjajahan..ertinya tiada hari merdeka yang sebenar..kita tidak pernah dijajah..buku sejarah mesti diubah semula..entahlah..siapa yang hendak berteori silalah lagi..macam-macam ada..” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Pengarang Siasah, Mohd Sayuti Omar turut menyindir Zainal dengan soalan-soalan bertubi di blognya.

“Saya ingin tanya profesor yang mahir sejarah itu, apakah yang dilakukan oleh British semasa mereka melindungi Tanah Melayu dalam tempoh itu mereka tidak melaksanakan kerja-kerja menjajah Tanah Melayu.

“Siapa yang mengawal kewangan, hasil bumi serta menjaga keselamatan? “Bukankah pihak British. Apakah pengertian dilindingi berbanding dengan dijajah?

“Bukankah British melantik suruhanjayanya di negeri-negeri yang bertindak menjadi Pegawai Daerah yang mempunyai kuasa eksekutif?

Apakah hanya kerana tidak ada catatan itu maka ia diterima sebagai tidak kena dijajah atau digoreng oleh British. Semudah itukah penerimaan dan pentafsiran kita. Bukankah selama ‘melindungi’ itu penjajah membunuh ramai pahlawan Melayu, seperti Tok Janggut, Tok Sago dan lain-lain?

“Atau sejarah baru akan ditulis oleh Zainal dan sekutunya akan membuangkan pengikhtiraf mereka dibunuh penjajah itu sebagai penderhaka atau dalam semangat sehari dua ini komunis?” soal beliau lagi.

Jika benar apa yang dihujahkan Dr Zainal, Sayuti bertanya bagaimana pula dengan hakikat negara menyambut hari kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun?

“Kenapa tidak disebut atau Prof Kling maaf Zainal Kling mencadangkan kepada kerajaan ditukar menjadi sambutan hari ditidak dilindungi? Seharusnya beliau menerusi sekutunya sudah lama membuat cadangan dan bantahan apa dilakukan kerajaan itu?” soal beliau dengan sinis.

Satu Respons

  1. Propeser kangkung aka insipidus khoo dan gerombolan propeser
    dalam majlis propeser no otak tak faham undang undang
    yang direka dek british dulu.

    Advice dari British Resident Untuk raja raja
    —————————————————————

    semua undang undang negeri membekalkan hak untuk resident british memberi nasihat kepada sotan yang memerintah.

    Yang istimewanya nasihat yang diberi tak bolih ditolak olih raja.

    Di dalam hal ini prof Shad Faruqi -Consti tutional Law expert
    bolih dirujuk untuk terangkan makna undang undang ini

    Jadi nasihat yang diberi dek tuan omputih tu adalah law yang mesti
    dipatuhi olih sotan. Pahe ke si gerombolan propeser insipidus koo
    dan geng geng nya di majlis propeser itu

    implikasinya
    —————–

    bila sotan kena ikut nasihat sebagai satu law keatasnya- maknanyamereka hanyalah orang suruhan omputih-
    kuasa mutlak ada kat tuan omputih

    bagaikan kata orang perak sotan bergaye aje- bior pape asalkan
    bergaye jadi stail hidup sotan dan macai macai nya

    bos sotan ialah tuan resident omputih -walau pun mereka digelar
    advisor. Didalam konsep ketuanan mereka adalah tuan
    pada sotan yang memerintah.

    Jadi mat mat propeser semua kena jelaskanlah aspek undang undang
    yang melibatkan sistem pemerintahan raja melayu di negeri yang
    beraja

    Konklusi
    ————-

    kepada majlis propeser , mesej sya janganlah jadi propeser buntut
    yang akan digelakkan olih semua . Yang negeri melayu adalah dibawah jajahan omputih adalah matter of law bukan hal sejarah
    kankung yang tuan nak tonjokan

    Rujukan
    ————–

    Tun Suffian-Constitutional Law of Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: