Apa petanda bila Najib naik Teksi ke Permatang Pauh

Najib Naik teksi ke Permatang Pauh, dalam maknanya ….. pelbagai ramalan boleh dibuat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengadakan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu (SMKGP), di Permatang Pauh dibawa dengan sebuah teksi jenis Proton Wira yang disewa khas dari rumah Nor Asmah disambut meriah kumpulan generasi muda, veteran dan pelbagai anggota persatuan sukarela dengan paluan gendang pelbagai kaum yang dikenali sebagai Gendang 1Malaysia serta laungan merdeka. Baca lanjut di sini.

Pengalaman
Pengalaman saya sebelum Pilihanraya 1990, Wakil Rakyat (ADUN dan Parlimen) di kawasan saya juga menaiki teksi (kereta sewa) dan disambut ribuan penyokong untuk menghadiri majlis Pemimpin bertemu rakyat di kampong saya.

Saya ketika itu baru tamat belajar UKM dan melihat suasana orangramai yang dipunggah merata ceruk negeri dengan menggunakan bas (bas berbaris di tepi jalan masuk ke kampong). Orangramai yang hadir dan berada di depan pentas yang saya kenali ketika itu kebanyakannya bukan dari kampong saya. Peristiwa ini berlaku dalam tiga bulan sebelum Pilihanraya Umum 1990.

Bila pilihanraya berlangsung, penyokong Umno di kampong saya tidak dapat membuka bangsal panas, kerana penyokong Umno ketika itu beralih angin dan menyokong YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 dan bergabung dengan PAS menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

Ringkasnya pada Pilihanraya Umum 1990, Umno kalah teruk di Kelantan disapu bersih oleh PAS dan PMS 46 (waktu itu) bila pemimpinnya naik teksi melawat pengundi …. kerana apa, kerana mereka nak tunjuk mereka pemimpin rakyat, mereka sanggup datang dengan teksi, tidak dengan kereta besar mereka seperti yang biasa digunakan sebelum pilihanraya.

Memang pemimpin Umno suka bermuka-muka, cuba nak tipu rakyat, kununnya nak rasa denyut nadi rakyat ……

Kini, Tun Dr M menyalahkan masalah dan rasa tidak puas hati kepada BN, sejak beberapa tahun yang lalu, bukan kerana sistemnya, tetapi dasar-dasar pemimpin BN yang mentadbir kerajaan. Dasar cukai yang memeras (baru sedar dan mula nak ubah setelah rakyat/NGO bantah), pemberian projek kepada kroni ..  campurtangan Isteri , pelbagai masalah pemimpin … Baca lanjut keresahan Dr M di sini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: