Mahfuz saman polis dan kerajaan 4 Oktober

Malaysiakini melaporkan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 4 Oktober untuk sebutan kes saman Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar terhadap polis dan kerajaan Malaysia atas dakwaan menangkap dan menahannya secara salah ketika perhimpunan BERSIH 9 Julai lalu.

Hakim Harminder Singh Dhaliwal menetapkan tarikh itu selepas mengadakan perjumpaan dengan Peguam Kanan Persekutuan Iznan Izhak bagi empat defendan dan peguam Muhammad Faiz Datuk Fadzil yang mewakili Mahfuz (berbaju kuning), di dalam kamar.

Mahfuz yang merupakan ahli parlimen Pokok Sena, Kedah, memfailkan saman itu pada 8 Ogos lalu dengan menamakan pegawai tangkapan Insp Mohd Zaid Madzizat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Ketua Polis Brickfields, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga keempat.

Dalam tuntutan itu, Mahfuz mendakwa penahanan oleh polis di KL Sentral pada 11.50 pagi, 9 Julai lalu adalah salah, tidak sah dan menyalahi undang-undang serta bersifat mala fide.

Beliau mendakwa lokasi kejadian (KL Sentral) bukan kawasan larangan yang dinyatakan dalam perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang dikeluarkan 6 Julai lalu.

– Bernama

Satu Respons

  1. masuk aja dalam lokap habis kisah,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: