Cabaran Saman mula datang … Kenalan dua tahun macam 20 tahun ??

The Malaysian Insider melaporkan, Blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang berhadapan dengan saman Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa terkilan kerana beliau tidak dimaklumkan mengenai notis tuntutan terlebih dahulu sebelum dihebahkan kepada media.

Syed Azidi yang mengendalikan blognya dengan nama “Kickdefella” berkata, beliau musykil mengapa tidak diemelkan notis tuntutan sedangkan media pula mengetahunya lebih awal.

SEBAB TU JANGAN CABAR!! MUNGKIN CABARAN KICK kepada Husam supaya menyamannya MERUPAKAN STRATEGINYA UNTUK DAPAT DUIT LEBIH LAGI (buleh buat bisness .. rupanya ya??) …. SEKURANG-KURANGNYA ADA ALASAN UNTUK LAWAN HUSAM DAN PEMBANGKANG …. PEMIMPIN BN/ UMNO TERUTAMANYA KENA BERHATI-HATI DENGAN SI MAMAT NI

“Ada beberapa wartawan menelefon saya meminta komen, mengatakan bahawa mereka ada menerima salinan notis yang dihantar menerusi e-mel, tetapi saya tidak dimaklumkan terlebih dahulu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Kawan2 telefon jadi serabut juga rupanya ya …. biasalah … Nasib penulis ??

Syed Azidi berkata Husam, selaku rakan kenalan dan pernah bekerja dengan Exco Kerajaan Negeri, mempunyai nombor telefon dan alamat e-mel, yang turut dipaparkan di blognya, tidak dimaklumkan lebih terlebih dahulu.

Kenalan dua tahun macam 20 tahun …

“Pengalaman saya bekerja dengan Husam, pernah saman beberapa pihak… kita sentiasa pastikan notis tuntutan dihantar terlebih dahulu kepada defendan sebelum membuat kenyataan media,” katanya lagi.

“Apakah ada niat tidak betul, saya tidak pasti,” kata beliau lagi.

Semalam, Husam memfailkan saman terhadap Syed Azidi menuntut RM5 juta berhubung dakwaan fitnah ke atasnya menersi tiga artikel tahun ini.

Writ saman dan pernyataan tuntutannya ke atas Syed Azidi difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Baru petang ini.

Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan diwakili Hisham Fauzi.

Dalam writ saman itu, Husam selaku plaintif menuntut Syed Azizi selaku defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya tanpa syarat.

Ketiga-tiga artikel yang ditulis oleh defendan di dalam blog defendan iaitu yang bertajuk ‘Husam telah menipu rakyat dan sahabat’ pada 27 Januari 2011, artikel ‘Sebelum kita lupa Normalam Sudirman’ yang diterbitkan pada 3 Februari 2011 dan artikel ‘Husam itu pembohong’ pada 3 Julai 2011.

Syed Azidi berkata, sebenarnya beliau menjangkakan Husam akan menyaman artikel berkaitan dengan isu bayaran RM350,000 dan RM4 juta yang menjadi perhatian sebelum ini.

Pun begitu kata Syed Azidi, beliau menghormati sistem kehakiman negara ini dan gembira kerana pihak pembangkang juga meletakkan “kepercayaan ke atas proses kehakiman.”

“Saya akan mengambil tindakan sewajarnya selepas saya menerima notis tuntutan dan meneliti kandungan tuntutan saman.. saya kena tengok isi saman,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: