Kelantan tuntut Pusat bayar pampasan RM2.4 bilion

i. Kelantan terus menerus mencari punca hasil
Sinar Harian (6 Oktober 2011) melaporkan: Kerajaan Kelantan terus menerus mencari sumber pendapatan baru bagi negeri Kelantan dan langkah menuntut pampasan RM2.4 bilion terhadap kawasan negeri itu yang menjadi Taman Negara seluas 1,3000 hektar di sempadan Pahang sejak 30 tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, Dato’ Husam Musa berkata tuntutan itu merangkumi kawasan Taman Negara sebelah Kelantan seluas 1,043 kilometer persegi yang termasuk kawasan hutang balak, kelapa sawit dan getah.

“Berdasarkan kajian awal tuntutan itu ada asas berikutan kerajaan kehilangan nilai sewa ekonomi yang terlepas ekoran hutan balak daripada hutan kekal tidak dibenarkan dengan nilai bersih terkini yang terlepas RM1.2 bilion.

“Asas kedua adalah pulangan terlepas bagi menerokai sektor perladangan kelapa sawit dengan nilai bersih terkini RM585 juta seluruh kawasan.

Manakala bagi komoditi getah untuk lateks dan balak pula, kerajaan kehilangan yang dianggarkan bernila RM353 juta manakala ladang getah hutan kini bernilai RM242 juta”, katanya Dato’ Husam selepas mesyuarat Exco mingguan, semalam.

Katanya, tuntutan bayaran ini dibuat supaya Kerajaan Persekutuan sedar perkara itu yang selama ini tidak pernah dituntut mana-mana negeri kerana Taman Negara itu membabitkan kawasan Kelantan.

“Surat permohonan tuntutan telah dihantar kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi membuka mata Kerajaan Pusat supaya pampasan membabitkan kawasan sempadan Merapoh sehingga Kuala Tahan, Pahang”, katanya.

Terdahulu
ii. Tunggakkan RM93 juta TNB kepada Kelantan perlu dijelaskan segera
Hutang tertunggak dari Tenaga Nasional Berhad kini berjumlah RM93 juta buat masa kini amatlah wajar.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa, terbaru ketika di sidang media petang semalam berkata tunggakan TNB tersebut adalah bagi bayaran kawasan tadahan air di Empangan Hidro-elektrik Pergau Jeli semenjak 1990 lagi.

Husam juga berkata tuntutan ini adalah selaras dengan perjanjian asal antara kerajaan negeri dengan pihak Tenaga Nasional Berhad.

“Semenjak dari awal sehingga kini kerajaan tidak menerima sebarang bayaran tersebut dan ia melibatkan keluasan 37 ribu hektar dan sebagai tindakan kerajaan negeri, kita telahpun menyediakan invois tuntutan kepada TNB”, katanya lagi.

Menyentuh persoalan mengapa baru sekarang kerajaan membuat tuntutan tersebut Husam menjelaskan pihaknya mempunyai satu jawatankuasa hasil dan mereka sentiasa memikirkan cara untuk menambahkan pendapatan kepada negeri.

Namun demikian TNB sentiasa menjelaskan bayaran bagi penggunaan tanah dan air bai menjanakan kuasa hidro di empangan Pergau dan wang tersebut disalurkan kepada akaun Warisan Tabung Tok Kenali.

Kerajaan amat berharap pihak TNB dapat menjelaskan tunggakan tersebut secepat mungkin bagi kepentingan rakyat negeri ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: