Sifat Sombong, Bongkak Takbur

Sifat sombong, bongkak dan takbur adalah sifat yang tidak harusnya ada pada manusia. Sifat itu hanya pada Iblis sahaja.

Jika sifat sombong, bongkak dan takbur itu ada pada manusia bererti manusia atau insan itu tidak dapat menilai kecerdikan yang doanugerahkan kepadanya seperti difirman oleh Allah sebagai sebaik-baik kejadian.

Seterus tuan tuan boleh membaca kupasan terbaik melalui artikel oleh Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS PUSAT:-

Sombong, bongkak, angkuh, atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama iaitu tergolong dari sifat mazmumah (sifat-sifat tercela atau keji). Sifat ini, walaupun sedikit, menjadi kebencian dan kemurkaan Allah. Dan boleh menghalang kita mendapat Syurga.
Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina-dina.” – (Al-Mukmin: 60). 

Sifat sombong atau takbur boleh dibahagi kepada dua: takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat.

Imam Al-Ghazali berkata:
“Orang yang takbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.” 

Takbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya.

Sombong adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pemimpin jamaah terutamanya. Ditakuti melalui tindak-tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut buruk.

Sifat ini boleh membawa kebinasaan kepada petugas dan pemimpin jamaah. Kerana sifat takbur ia menjadi benteng penghalang masyarakat untuk rapat dengan dia dan jamaah.

Orang yang takbur mereka lupa  bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa seperti dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan Muslim:
Rasulullah Saw bersabda: “Allah Swt berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang melepaskan keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyiksanya”. [HR Muslim]

Tanda-tanda sifat takbur dalam berbagai bentuk

-Tidak mahu bergaul dengan orang miskin sebaliknya suka memandang berat kepada golongan kaya dan orang kenamaan.
-Mengambil berat secara berlebihan dalam pakaian.
-Tidak mahu berucap melainkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai orang.
-Menggunakan bahasa yang payah dan berbunga dengan berlebihan sehingga sukar difahami. Inilah yang diperingat oleh baginda nabi Muhammad SAW

“Sesungguhnya Allah benci kepada pemidato dari (golongan lelaki) yang memilih (kata-kata) dengan lidahnya seperti lembu memilih-milih (rumput) dengan lidahnya” (Abu Daud dan al-Tirmizi)

-Kagum dengan ilmu sendiri dan membodohkan orang lain

Cara untuk mengubat

Untuk mengatasi penyakit ini kita mesti bersifat tawaduk. Orang yang tawaduk dia hidup dengan semua orang dan bersedia menyambut semua orang, bercakap dengan semua orang, menziarahi semua orang dan mengasihi semua orang. Dia memberi khidmatnya kepada orang. Beliau sentiasa berhubung dengan orang ramai bukan memutuskan dan menjauhi mereka.

Sebagai ahli PAS hendaklah mesti bersikap rendah diri sama ada sesama anggota atau dengan orang lain lebih-lebih lagi yang bertaraf pemimpin. Railah ahli PAS, bukan wang yang mereka minta. Mereka hanya perlukan senyuman, teguran dan sentuhan daripada pemimpin. Ini sahaja yang mereka minta. Mereka tidak minta upah semasa mereka memenangkan kita sebagai wakil rakyat. Mereka meninggalkan kerja harian, untuk bertugas kepada calon yang bertanding, walaupun keluarga mereka memerlukan perbelanjaan harian. Mereka tidak pernah merungut dan mengeluh terhadap curahan tenaga mereka yang tidak pernah dibayar.

Walaupun kita bijak macam mana sekalipun, dia  perlu membuang sifat ego daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, ahlinya bekerja secara sukarela bukan  ada gaji. Apabila ini dapat dibuktikan dalam jamaah insyaAllah ia akan merancakkan kerja jamaah dan dapat melebarkan pengaruh PAS kepada orang luar. Sekiranya  ahli dan pemimpin  PAS dengan sifat ego dan merasakan dirinya pandai dan bijak maka ia tidak akan boleh membawa parti ke arah yang lebih cemerlang. Orang ego dan sombong tidak boleh kekal lama dalam Pas dan memajukan jamaah dengan lebih cemerlang. Malahan akan memalapkan usaha dan perancangan jamaah.

Abdullah Ibn Masud ada menyebut dua perkara yang membinasakan manusia iaitu berputus asa  dan rasa bangga diri.

Sifat tawadhuk akan membuka hati mad’u untuk tertarik dengan apa yang dibawa oleh  PAS. Mereka apabila bertemu dengan orang ramai, dia yang memulakan salam dengan semua yang ditemuinya. Mereka bersikap  sederhana ketika berkumpul dengan orang-orang fakir dalam satu majlis. Mereka makan dengan apa yang dihidangkan kepadanya dan berjalan di atas muka bumi dengan rasa rendah hati.

Firman Allah s.w.t

“Dan hamba Allah yang baik; ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan (kesejahteraan) (al-Furqan: 63)

Merendah diri dan menerima kebenaran dan bersedia mengikutnya sekalipun orang-orang jahil menasihatinya. Takabbur atau sombong sangat dibenci oleh Allah dan juga oleh manusia lain. Kemuliaan di sisi Allah diukur dari segi ketaqwaan seseorang itu bukannya pangkat, harta dan lain-lain.

Juga sabdanya s.a.w.:

“Barangsiapa yang merendahkan diri kerana Allah, maka ia diangkat darjatnya oleh Allah dan barangsiapa yang sombong, maka direndahkan tingkatnya oleh Allah.”

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu bersifat tawadhuk sehingga seorang tidak merasa megah terhadap seorang yang lain, dan juga tidak bersikap melampau di antara seseorang dengan seorang yang lain” (Muslim dan Abu Daud) Nasih : 38

Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita. Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu dan apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya. 

Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya. Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya._________________________________________Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/wartawan/7763-sombong-bukan-akhlak-ahli-pas

BN pun jatuh dengan Kuasa Ketiga

Dato’ Hassan Ali (DHA) nak buat kuasa ketiga nak lawan Pakatan Rakyat. DHA lupa siapa Kuasa Ketiga? Kuasa Ketiga juga yang akan menjatuhkannya. Dia tidak menang dengan pengaruhnya. Dia KALAH dengan kuasa ketiga.

Kuasa ketiga bukan Hassan Ali saja boleh kalah, BN pun mampu dikalahkannya. Buktinya PRU 12 lalu 5 buah negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Inikan Hassan Ali, BN pun boleh jatuh dengan Kuasa Ketiga.

Hari ini, Sinar Harian melaporkan, SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) Selangor tidak akan tergugat siri jelajah anjuran bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dikatakan akan mendedahkan segala kelemahan dan kepincangan pentadbiran Kerajaan Negeri itu.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, Hasan boleh mendedahkan apa sahaja isu dalam siri jelajahnya, tetapi Pas Selangor juga sudah bersedia memberikan serangan balas setiap apa yang akan didedahkan beliau.
“Pas Selangor tidak bimbang kerana setiap kali beliau buat roadshow, rakyat akan lagi kenal siapa beliau. Makin banyak bercakap, makin banyak perkara negatif akan keluar.

“Jadi, rakyat boleh menilai sendiri siapa beliau. Malah bila bertemu rakyat di warung-warung, rakyat memberikan imej negatif tentang beliau termasuk ahli Umno sendiri. Banyak yang pertikai apa dikata beliau selama ini,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok berkata, tindakan Hasan itu juga seolah-olah akan mendedahkan kelemahan diri sendiri.

Teresa berkata, dalam Kerajaan Negeri, Hasan adalah seorang pemimpin ‘senior’ berbanding Exco Kerajaan Negeri lain di mana panda ngan Hasan selalunya akan didengar, dihormati dan diikuti.

“Beliau seorang anggota yang penting dalam kerajaan ketika itu, jadi apa yang mahu beliau dedahkan? Saya sendiri tidak tahu apa lagi yang mahu dikritik oleh beliau tentang Kerajaan Negeri.

“Jadi, apa-apa kritikan yang dilemparkan oleh beliau, mungkin akan terkena kepada beliau sendiri kerana beliau juga yang membuat keputusan bersama,” katanya.
____________________________
Source: http://www.sinarharian.com.my/politik/banyak-bercakap-risiko-dedah-kelemahan-1.20189

Dialog PAS-Umno merugikan masa Pakatan Rakyat

Dialog PAS-Umno yang dicadangkan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan disambut Naib Presiden Umno, Datuk Zahid Hamidi dianggap membuang masa.

Kenapa perlu berdialog samada dalam cerah atau dalam gelap. Perasan atau tidak, Umno tak pernah terima cadangan PAS mengenai apa-apa perkara. Isu isu yang dibangkitkan Ahli Parlimen PAS tak pernah disokong Umno.

Misalnya Royalti Petroleum Kelantan dinafikan terus, royalti Terengganu ditarik balik. Dua Ketua Kampong di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang serta pelbagai isu lagi.

Tuduhan Umno terhadap PAS sebagai sesat dan parti pemecahbelah masyarakat.

Dialog ini hanya sekadar perhiasan dan perangkap semata-mata untuk memecahkan perpaduan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh.

Malangnya secara sedar atau tidak atau terancang, ada segelintir pemimpin PAS yang termakan racun berbisa Umno untuk menghancurkan PAS. Malang sungguh pemimpin tersebut. Samada mereka ini PELESIT atau PARASIT yan ALLAH yang MAHA MENGETAHUI.

Kenapa pemimpin PAS tersebut tidak mencanangkan Kempen PAS GANTI Umno yang telah dilancarkan Presiden PAS di Terengganu beberapa bulan lalu sebaliknya pemimpin tersebut mengenengahkan isu Dialog PAS-Umno. Nampak sangat pemimpin ini sudah terperangkap atau dah berunding dengan Umno.

Hari ini Sinar Harian melaporkan, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, pihaknya tidak akan membuang masa melayan kerenah parti yang telah “busuk” – Umno untuk mengadakan sesi dialog kerjasama politik.

Semalam, rakan sejawatannya dari Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menyokong idea dilontarkan oleh bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa awal minggu ini demi kebaikan negara.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini menambah, sudah cukup peluang yang diberi Pas kepada Umno dengan melakukan sesi dialog di Parlimen dan forum di pelbagai tempat.

“Pas kini jelas, faham malah bersedia bersama Pakatan Rakyat (PR) untuk mengambil alih kuasa dari Umno dan BN atas nama kebangkitan rakyat dan berkongsi negara bersama sebagai satu keluarga.

“Pas akan ganti Umno,” kata beliau dalam satu mesej pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian Online hari ini.

Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau bersetuju dengan cadangan seorang bekas pemimpin tertinggi PAS supaya kedua-dua parti berdialog untuk kebaikan negara.

Beliau berkata, Umno mungkin bersetuju menyertai dialog itu sekiranya perbincangan berkenaan lebih menjurus kepada membentuk perpaduan umat Islam di negara ini.

“Sebagai salah seorang pemimpin Umno saya bersependapat dengan Nasharudin kerana ia akan memberi manfaat besar kepada umat Islam di negara ini,” katanya.

Nasharudin ketika menjawab soalan peserta Persidangan Antarabangsa Pergerakan Kesederhanaan Global Selasa lalu berkata isu cadangan perbincangan antara Umno dan parti Islam itu bukan mengenai pembentukan sebuah pakatan tetapi hanya sebagai saling interaksi demi kebaikan negara.
________________________
Source: http://www.sinarharian.com.my/politik/mahfuz-pas-tidak-mahu-layan-kerenah-umno-1.19346

Apa guna Jawatan Agama, jika wang zakat disalahguna

Dato’ Hassan Ali (DHA) beiya-iya sangat nak jawatan Exco Agama Islam.

Sedarkah DHA yang dia kini masih berjawatan Timbalan YDP MAIS yang kini menjaga hal ehwal Islam. Apa dia boleh buat. Nak ceramah agama pun susah, nak terang dasar kerajaan di masjid dan suraupun kena ada tauliah. Apa guna ya . .

Apa guna jadi Exco atau Menteri yang menjaga hal ehwal Agama Islam jika wang zakat Umat Islam disalahguna.

Berbilion wang zakat dikumpulkan disetiap negeri seluruh negara. Sepatutnya umat Islam sudah tiada yang miskin papa kedana merempat tiada tempat berteduh. Bahkan wang zakat tersebut dapat menjinakkan orang belum Islam untuk memeluk Islam.

Kenapa kini DHA, PERKASA heboh pasal orang Islam  murtad? Bila ditanya angka murtad, kerajaan tidak memberikan angka sebenar, kenapa?

Hari ini 20 Jan, Harakahdaily melaporkan, KUALA LUMPUR: “Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?”

Itulah jawapan ringkas berbentuk soalan daripada Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk membalas serangan bertubi-tubi media Umno terhadap PAS dalam isu exco agama kerajaan negeri Selangor.

Bagi beliau, serangan Umno menandakan pemikiran Umno masih berada di kotak lama kerana menganggap exco agama mesti diberikan kepada PAS, seolah-olah orang lain tidak layak; atau PAS hanya layak pegang exco agama; sedangkan portfolio lain tak layak.

Dalam memegang jawatan dalam apa bidang sekalipun, Tuan Ibrahim menegaskan yang penting ialah amanah seperti yang dinyatakan dalam satu nasihat Nabi Muhammad kepada Abu Zar Radiallahu’anhu.

“Dalam satu peringatan Rasulullah kepada Abu Zar Radiallahu’anhu, baginda menyatakan:

“Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkan jawatan ini adalah amanah, dan ianya adalah penyesalan di hari akhirat, melainkan kamu menerimanya di atas kelayakan kamu dan kamu menunaikan hak kepada yang berhak menerimanya (tunaikan amanahnya).

“Jelas apa yang penting penyandang adalah mesti seorang yang amanah. Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?” kata beliau.

Kenyataan beliau ini dipercayai merujuk kepada kontroversi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan dana zakat sebanyak RM63,650.00 untuk sebagai pendahuluan membiayai kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir dalam menangai kes permohanan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut berpendapat bahawa kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan perakuan untuk mengadakan perbincangan dengan PAS dalam isu-isu agama dan merujuk kepada pakar dalam isu-isu hukum telah menggambarkan kepada rakyat, sikap berhati-hati yang diambil kerajaan Selangor dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawab kepadanya.

Dalam perlantikan Dr Yunus dengan sokongan padu Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman, Tuan Ibrahim berkata ia memperlihatkan kepada umum betapa kepimpinan PAS bukanlah golongan yang mengejar jawatan.

“Bahkan rela diberi kepada orang lain yang difikirkan sesuai dan layak demi memperkasakan jentera parti,” tambah beliau.___________________________
Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7691-apa-makna-jawatan-kalau-wang-zakat-disalahguna

Pemuda PAS bantah KUIN gantung pengajian 5 pelajarnya

Harakahdaily melaporkan, KUALA LUMPUR, 27 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat mahu pihak pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah mengkaji semula tindakan menggantung pengajian lima pelajarnya kelmarin.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Ketuanya Nasruddin Hassan berkata terdapat cara yang lebih baik bagi menyelesaikan perkara itu dan selain hukuman menggantung pengajian.

“Tindakan itu tidak mendatangkan kebaikan kepada pelajar sebaliknya menjejaskan masa depan mereka. Bertindaklah dengan hikmah dan lunak.

“Gantung mahasiswa menjejaskan masa depan pengajian mereka. Mereka perlu didikan dan bimbingan bukan tindakan keras seperti itu,” tambahnya.

Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, enam mahasiswa kolej itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian dan seorang darinya dikehendaki membayar denda.

Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.

Seorang lagi, Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin  juga diberi surat amaran dan didenda RM100.

Kesemua mereka didakwa di bawah kesalahan Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara (speaker corner), dan serta mengadakan kenyataan akhbar dan kepada orang awam berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari menggunakan bangunan tahfiz.

“Saya harap pihak KUIN mengkaji semula tindakan gantung yang diambil ke atas 6 pelajarnya.

“Saya juga merayu agar pihak kerajaan negeri campur tangan menyelesaikan perkara ini dengan baik dan bertemu dengan pelajar,” gesa Nasruddin.

Sebelum daripada itu, pada 1 April lalu, sekumpulan pelajar mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat bagi menuntut semula bangunan tahfiz yang akan diguna untuk pembangnan Sekolah Insan Bestari tersebut.

Rentetan itu, Timbalan Dekan Kuliah Al-Quran, Muhammad Idrus Ismail didakwa telah dilucutkan jawatan kerana turut terlibat dalam demonstrasi tersebut.

Selain itu, mereka kemudiannya mengadakan sepaker corner bagi menjelaskan perkara itu namun dihalang pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Mereka kemudiannya bertindak mengeluarkan kenyataan akhbar kepada media menggesa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak campur tangan.

Tidak cukup dengan itu, mereka kemudiaanya menyerahkan satu memorandum ‘selamatkan idealisme mahasiswa’ kepada Presiden PAS meminta agar Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihati Menteri Besar Kedah untuk menangani isu tersebut secara adil.
Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga bercadang untuk membawa isu tersebut ke Muktamar PAS Ke-57 pada 4 dan 5 Jun ini, untuk dibahaskan oleh para perwakilan. 

Cadangan tersebut dibuat dengan membawanya menerusi perwakilan untuk membolehkan para pemimpin PAS campurtangan bagi menyelesaikan isu itu yang kini telah menjadi semakin rumit. 

Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Che Ab Razab menjelaskan, dengan membawa isu tersebut ke muktamar, pihaknya berharap agar ia akan menjadi salah satu isu utama untuk dibahaskan bagi membolehkan semua pihak mendapatkan penjelasan mengenainya.          

Menurut beliau, lanjutan dari itu, ia diharap akan membawa kepada satu penyelesaian yang baik terhadap isu tersebut, setelah ia menuju kepada kemuncak tindakan, dengan tindakan tatatertib yang membawa kepada penggantungan pengajian ke atas 6 orang pelajar KUIN.____________________________________
Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3505-pemuda-pas-bantah-kuin-gantung-pelajar

Pemuda PAS bantah KUIN gantung pengajian 5 pelajarnya

Harakahdaily melaporkan, KUALA LUMPUR, 27 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat mahu pihak pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah mengkaji semula tindakan menggantung pengajian lima pelajarnya kelmarin.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Ketuanya Nasruddin Hassan berkata terdapat cara yang lebih baik bagi menyelesaikan perkara itu dan selain hukuman menggantung pengajian.

“Tindakan itu tidak mendatangkan kebaikan kepada pelajar sebaliknya menjejaskan masa depan mereka. Bertindaklah dengan hikmah dan lunak.

“Gantung mahasiswa menjejaskan masa depan pengajian mereka. Mereka perlu didikan dan bimbingan bukan tindakan keras seperti itu,” tambahnya.

Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, enam mahasiswa kolej itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian dan seorang darinya dikehendaki membayar denda.

Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.

Seorang lagi, Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin  juga diberi surat amaran dan didenda RM100.

Kesemua mereka didakwa di bawah kesalahan Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara (speaker corner), dan serta mengadakan kenyataan akhbar dan kepada orang awam berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari menggunakan bangunan tahfiz.

“Saya harap pihak KUIN mengkaji semula tindakan gantung yang diambil ke atas 6 pelajarnya.

“Saya juga merayu agar pihak kerajaan negeri campur tangan menyelesaikan perkara ini dengan baik dan bertemu dengan pelajar,” gesa Nasruddin.

Sebelum daripada itu, pada 1 April lalu, sekumpulan pelajar mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat bagi menuntut semula bangunan tahfiz yang akan diguna untuk pembangnan Sekolah Insan Bestari tersebut.

Rentetan itu, Timbalan Dekan Kuliah Al-Quran, Muhammad Idrus Ismail didakwa telah dilucutkan jawatan kerana turut terlibat dalam demonstrasi tersebut.

Selain itu, mereka kemudiannya mengadakan sepaker corner bagi menjelaskan perkara itu namun dihalang pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Mereka kemudiannya bertindak mengeluarkan kenyataan akhbar kepada media menggesa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak campur tangan.

Tidak cukup dengan itu, mereka kemudiaanya menyerahkan satu memorandum ‘selamatkan idealisme mahasiswa’ kepada Presiden PAS meminta agar Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihati Menteri Besar Kedah untuk menangani isu tersebut secara adil.
Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga bercadang untuk membawa isu tersebut ke Muktamar PAS Ke-57 pada 4 dan 5 Jun ini, untuk dibahaskan oleh para perwakilan. 

Cadangan tersebut dibuat dengan membawanya menerusi perwakilan untuk membolehkan para pemimpin PAS campurtangan bagi menyelesaikan isu itu yang kini telah menjadi semakin rumit. 

Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Che Ab Razab menjelaskan, dengan membawa isu tersebut ke muktamar, pihaknya berharap agar ia akan menjadi salah satu isu utama untuk dibahaskan bagi membolehkan semua pihak mendapatkan penjelasan mengenainya.          

Menurut beliau, lanjutan dari itu, ia diharap akan membawa kepada satu penyelesaian yang baik terhadap isu tersebut, setelah ia menuju kepada kemuncak tindakan, dengan tindakan tatatertib yang membawa kepada penggantungan pengajian ke atas 6 orang pelajar KUIN.____________________________________
Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3505-pemuda-pas-bantah-kuin-gantung-pelajar

Hassan Ali masih merayu nak jadi Exco?

image

Dato Hassan Ali yang dipecat dari PAS pada 8 Jan lalu dan hari ni digugurkan dari jawatan Exco Kerajaan Selangor masih merayu nak jadi Exco . . Sepatut dia merayu untuk jadi Ahli PAS.

Harakahdaily melaporkan, kata Tan Sri Khalid,  “Dalam perkembangan berkaitan, saya ingin menyatakan bahawa saya ada menerima surat daripada YB Datuk Dr Hasan Ali yang berpendapat bahawa pelantikan ini mungkin terlalu awal (premature) kerana beliau masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura PAS.

“Saya telah menjawab surat tersebut dengan menyatakan keputusan saya menggugurkan beliau adalah lanjutan dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 8 Januari 2012 yang melucutkan beliau sebagai ahli PAS,” jelasnya lagi.

Beliau menjelaskan surat dari Jawatankuasa PAS bertarikh 10 Januari 2012 telah mengesahkan keputusan pemecatan beliau berkuatkuasa serta merta dan isu rayuan tidak dinyatakan dalam surat berkenaan.

“Proses rayuan adalah amalan yang dipraktikkan oleh PAS sebagai sebuah parti politik dan saya percaya ianya tidak bermaksud memberi sebarang prasangka kepada kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri,” ujarnya yang juga Adun Ijok.

Justeru, Khalid berharap Dr Hasan menerima keputusan itu dengan berlapang dada dan mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih di atas peranan yang beliau laksanakan ketika berkhidmat sebagai ahli MMKN.

Tambahnya, kerajaan negeri amat menghargai segala nasihat dan pandangan yang diberikan Sultan Selangor dalam mengendalikan isu yang melibatkan pelantikan Ahli MMKN itu.

“Saya berharap dengan sempurnanya pelantikan ini akan menguatkan lagi barisan pimpinan negeri Selangor dalam melaksanakan reformasi pentadbiran dan pengurusan negeri,” ujarnya.
_______________________________________
Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7650-mb-yakin-dr-yunus-amanah-telus-dan-bertanggungjawab