Dipecat: Hassan Ali perlu salahkan diri sendiri

Hassan Ali perlu salahkan diri sendiri dan perlu baca Perlembagaan PAS, bukannya menyalahkan pihak lain.

Hassan Ali perlu baca Fasal 82 (1) dan 82 (9) Perlembahaan PAS (PINDAAN 2011).

Masalah sebenarnya ialah beliau malas datang mesyuarat dan asyik membuat kenyataan media di luar mesyuarat.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, SHAH ALAM – Dakwaan Datuk Dr Hasan Ali bahawa pemecatan beliau oleh Pas bersifat tidak adil dan tidak demokratik satu kenyataan tidak berasas dan “fitnah berat”, kata beberapa pemimpin kanan parti Islam itu.

Jueteru, Naib Persiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Hasan perlu berhenti membuat kenyataan seperti itu dan melihat peruntukan Perlembagaan Pas 82(9) yang digunakan jawatankuasa kerja pusat di mana tindakan ke atas beliau adalah berdasarkan fakta-fakta kes.

“Pada mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat, perkara itu diputuskan oleh parti, di mana saya juga terlibat dalam membuat keputusan.

“Kami (Pas) telah memberi peluang kepada beliau untuk mengemukakan rayuan dan jika beliau benar ingin menegak kebenaran, beliau sewajarnya menggunakan platform itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut bersetuju dengan pandangan Salahuddin supaya Hasan mengemukakan rayuan jika tidak berpuas hati dengan tindakan tempoh hari.

Katanya, jika tidak puas hati, Hasan perlu mengemukakan rayuan dalam tempoh 30 hari yang diberikan kepada Majlis Syura dan jika rayuan tidak dikemukan, Pas menganggap  beliau menerima tindakan pemecatan.

“Ambil contoh ini, jika kita memandu kereta tanpa cukai jalan dan ditakdirkan kita ditahan lalu disaman polis, adakah kita patut salahkan polis? Ini kerana kesalahan itu adalah disebabkan oleh kecuaian kita sendiri, sama seperti Hasan.

“Jadi, jangan salahkan orang lain apabila dikenakan tindakan dan saya tegaskan sekali lagi, pemecatan beliau merupakan masalah dalaman parti yang timbul dan tiada kena mengena dengan individu lain ataupun desakan luar,” katanya.

Ketika ditanya sekiranya Hasan mengemukakan rayuan, sejauh manakah kebarangkalian rayuan Hasan itu akan diterima, Tuan Ibrahim menambah, kenyataan dan tindakan Hasan perlu seiring.

“Beliau juga ada membuat kenyataan bahawa dalam hatinya akan tetap bersama Pas. Jadi Hasan perlu menunjukkan kesungguhan beliau untuk membaiki imej dan kedudukan beliau dalam parti,” katanya.

Ketika diminta mengulas isu yang sama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali enggan mengulas lanjut kerana Hasan kini bukan lagi ahli Pas.

Pada sidang media di kediamannya semalam, Hasan mendakwa terdapat kumpulan berpengaruh dan menduduki jawatan penting dalam parti itu berbahaya dan kini giat merencana strategi kea rah mengubah asas perjuangan parti.

Hasan menegaskan, kumpulan ‘parasit’ itu semakin menguasai hala tuju Pas termasuk isu pemecatan beliau sebagai ahli Pas.

Hasan turut mendakwa pemecatannya bertentangan dengan prosedur dan tidak demokratik serta menyifatkannya sebagai tindakan “autokratik” pemimpin PAS kerana tidak memberikan ruang kepadanya untuk mempertahankan diri daripada tuduhan yang dia sendiri tidak jelas.

Dalam komennya, Salahuddin juga menambah, tuduhan Hasan itu adalah fitnah berat dan apa yang berlaku kepada dirinya tidak ada kena-mengena dengan orang lain ataupun desakan daripada pengaruh luar.
_______________
Source: http://www.sinarharian.com.my/politik/usah-salah-polis-jika-disaman-pas-nasihat-hasan-ali-1.18760?localLinksEnabled=false

2 Respons

  1. Reblogged this on Pmt2's Blog.

  2. Hassan Ali, typical ahli politik Melayu “takda tulang belakang” Keluar PAS kutok PAS………….nanti Pak Jib bagi jadi SEnator macam haram jadah yang lain. Dulu kawan karib Annuar, jilat belakang kawan tu sekarang anak raja “pakau” dan “pandi kutty” mula gigit punggkok Nuar. BN pula orang yang berpaling tadah di highlightkan di media massa..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: