Penangguhan SBPA sebagai berat sebelah, kenapa Kumpulan Premier tidak ditangguh?

Sinar Harian melaporkan, KUALA LUMPUR – Pas mahu kerajaan menjelaskan sama ada penangguhan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya membabitkan kakitangan Kumpulan Pelasana atau secara keseluruhan penjawat awam termasuk Kumpulan Premier.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau mendapat maklumat bahawa penangguhan untuk semakan tersebut tidak melibatkan Kumpulan Premier.

“Saya difahamkan penangguhan semakan itu hanya melibatkan pegawai rendah dan tak melibatkan Kumpulan Premier.

“Saya nak kerajaan beri penjelasan tangguh keseluruhan atau kumpulan rendah sahaja,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju untuk menangguhkan perlaksanaan skim SBPA untuk disemak semula ekoran bantahan banyak pihak berhubung kadar kenaikan gaji yang didakwa tidak adil kepada kumpulan bawahan.

Sebelum ini, Mahfuz mendedahkan penjawat awam dalam Kumpulan Premier, yang dianggarkan seramai 36 orang, akan menerima gaji antara RM35,000 hingga RM60,000 tidak termasuk elaun tetap, elaun perumahan dan elaun khas pembantu rumah serta lain-lain.

Menurut Mahfuz, berlaku jurang besar apabila kakitangan Kumpulan Pelaksana hanya menerima kenaikan sekitar RM80, RM100, RM200 malah ada yang tidak sampai RM10.

Khamis lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan pelaksanaan SBPA yang sepatutnya bermula 1 Januari lalu, ditangguhkan untuk disemak semula.

Keputusan untuk semakan semula itu dibuat selepas perbincangan dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs).

Mahfuz turut mempersoalkan, adakah pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk perlantikan skim persaraan daripada semua kumpulan premier tersebut.

“Saya juga ingin tahu bilakah tarikh surat pelantikan 36 orang kumpulan premier ini dibuat.

“Bila pula faedah dan ganjaran akan dimasukkan dalam akaun bank kumpulan premier ini?” katanya.

Mengulangi gesaannya sebelum ini, beliau sekali lagi mahu satu Jawatankuasa Pilihan Khas bagi menyemak semula skim SBPA tersebut agar ia disemak secara keseluruhan termasuk terhadap gaji Kumpulan Primer._________________________________________
Source: http://www.sinarharian.com.my/nasional/pas-dakwa-langkah-tangguh-sbpa-berat-sebelah-1.18501?localLinksEnabled=false

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: