Hassan Ali masih merayu nak jadi Exco?

image

Dato Hassan Ali yang dipecat dari PAS pada 8 Jan lalu dan hari ni digugurkan dari jawatan Exco Kerajaan Selangor masih merayu nak jadi Exco . . Sepatut dia merayu untuk jadi Ahli PAS.

Harakahdaily melaporkan, kata Tan Sri Khalid,  “Dalam perkembangan berkaitan, saya ingin menyatakan bahawa saya ada menerima surat daripada YB Datuk Dr Hasan Ali yang berpendapat bahawa pelantikan ini mungkin terlalu awal (premature) kerana beliau masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura PAS.

“Saya telah menjawab surat tersebut dengan menyatakan keputusan saya menggugurkan beliau adalah lanjutan dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 8 Januari 2012 yang melucutkan beliau sebagai ahli PAS,” jelasnya lagi.

Beliau menjelaskan surat dari Jawatankuasa PAS bertarikh 10 Januari 2012 telah mengesahkan keputusan pemecatan beliau berkuatkuasa serta merta dan isu rayuan tidak dinyatakan dalam surat berkenaan.

“Proses rayuan adalah amalan yang dipraktikkan oleh PAS sebagai sebuah parti politik dan saya percaya ianya tidak bermaksud memberi sebarang prasangka kepada kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri,” ujarnya yang juga Adun Ijok.

Justeru, Khalid berharap Dr Hasan menerima keputusan itu dengan berlapang dada dan mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih di atas peranan yang beliau laksanakan ketika berkhidmat sebagai ahli MMKN.

Tambahnya, kerajaan negeri amat menghargai segala nasihat dan pandangan yang diberikan Sultan Selangor dalam mengendalikan isu yang melibatkan pelantikan Ahli MMKN itu.

“Saya berharap dengan sempurnanya pelantikan ini akan menguatkan lagi barisan pimpinan negeri Selangor dalam melaksanakan reformasi pentadbiran dan pengurusan negeri,” ujarnya.
_______________________________________
Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7650-mb-yakin-dr-yunus-amanah-telus-dan-bertanggungjawab

3 Respons

  1. Ketika mula dipecat dia berkata tidak akan merayu. Period. Bila Exco baru dilantik dia berkata terlalu awal kerana beliau masih dalam tempoh untuk membuat rayuan. Period. Cakap apa ni. Period. Umpama ayam gilakan reban, reban terbakar masih menenggek di atas kayu hangus. Period.

  2. naper nak cakap macam tu…asan ooiii… kan dah kata kerja untuk Allah , tak nak pengiktirafan maanusia, biar Allah jer iktiraf, kejap cakap nak tunggu parasit hilang dalam pas baru nak rayu… dah la tu… dah tua dah, buatla kerja yang senonoh sikit,,, jangan rase kita jer hebat… anta hebat syeh…. anta hebat…. sampai lupa Allah yang maha hebat…ha…ha…

  3. Reblogged this on Pmt2's Blog.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: