Istana Selangor restu Dr Ahmad Yunus Khairi ganti Hassan Ali

SHAH ALAM, 18 Jan: Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang mengangkat sumpah sebagai Exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Nama Dr Yunus telah diperkenankan oleh Sultan Selangor dan mengangkat sumpah di hadapan baginda Sultan hari ini.

Beliau dijangka akan menyertai mesyuarat Exco pertamanya selepas mengangkat sumpah.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor diadakan Bilik Singgahsana, Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Sebelum ini, Dr Ahmad Yunus adalah Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia yang Exconya adalah Dr Halimah Ali.. – Hrkh

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, SHAH ALAM – Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman menafikan bahawa beliau akan dilantik sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dipecat daripada parti itu, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat mengenai pengganti Hasan daripada pimpinan tertinggi Pas pusat mengenai pengganti Hasan ketika ini.

Menurutnya, beliau sendiri berharap namanya tidak dicalonkan dan mahu orang lain dari pimpinan Pas Selangor mengisi kekosongan jawatan Exco tersebut.

Bagaimanapun beliau menegaskan, pihaknya akan menerima dan menyokong sebarang keputusan pimpinan parti itu untuk melantik mana-mana pemimpin termasuklah beliau sendiri.

“Lagi elok sekiranya orang lain yang dicalonkan untuk jawatan itu, saya khuatir dengan beban dan tanggungjawab sebagai seorang Exco Kerajaan Negeri itu tidak mampu saya pikul.

Selepas Majlis Angkat Sumpah
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat rombakan kecil ekoran pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco Kerajaan Negeri menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali, hari ini.

Dr Ahmad Yunus, yang mengangkat sumpah pagi ini, akan mengetuai Jawatankuasa Adat-adat Melayu, Belia dan Sukan.

Perkara itu diumumkan oleh Khalid selepas upacara mengangkat sumpah yang berlangsung di hadapan Sultan Selangor.

Beliau sebelum ini merupakan Pembantu Exco Belia dan Sukan.

Dengan rombakan kecil ini, Khalid mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam,  Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Hasan sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Khalid juga mengumumkan bahawa Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Abdul Rani Osman, yang sebelum ini disebut-sebut akan menggantikan Hasan, dilantik sebagai pengerusi skim kredit mikro Selangor (Skimsel) manakala Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar pula akan memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Adat Melayu (Padat).

Dr Shafie juga disebut-sebut sebagai antara calon yang dipertimbangkan bagi menggantikan Hasan.
_________________________________
Source: http://www.sinarharian.com.my/politik/mb-buat-rombakan-kecil-khalid-ketuai-hal-ehwal-islam-1.18872

.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: