Parasit: Nik Amar cabar Hassan Ali tunjuk bukti

Memang tak ada bukti, Hassan Ali meracau dan tuduh tanpa bukti. Semata mata nak bercakap kerana lidahnya tidak bertulang. Memalukan !  ! !

Sinar Harian hari ini melaporkan, KOTA BHARU – Pas Kelantan mencabar Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mengemukakan bukti siapa parasit sebenar yang dimaksudkan wujud dalam kepimpinan parti tersebut di peringkat negeri itu.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bagaimanapun berkata, bekas pemimpin Pas Selangor ituperlu berhenti membuat sebarang tuduhan sekiranya tidak mempunyai bukti kukuh.

“Jangan buat tuduhan melulu, saya pun orang yang dekat dengan (Mursyidul Am Pas, Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), jika betul ada,sepatutnya dia buktikan kepada pimpinan Pas.

“Apa niat dia (Hasan) yang sebenarnya sehingga sanggup mendedahkan perkara ini secara terbuka menerusi media dan tiada bukti,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hasan semasa ditemu ramah dalam program bual bicara menyatakan dalam Pas Kelantan wujud parasit, yang dekat dengan Nik Aziz.

Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, tindakan Hasan yang mendedahkan perkara itu secara terbuka seolah-olah menunjukkan dirinya seperti menyebelahi pihak Umno.

“Dia bukan ahli Pas lagi, tetapi sekiranya dia jujur dan mahu menjaga Pas, tidak perlulah terus membuat tuduhan seperti ini,” katanya._________________________________________

Source: http://www.sinarharian.com.my/politik/parasit-pas-kelantan-cabar-hasan-ali-tunjuk-bukti-1.25066

Undang2 Baru: Oh ho ho Jika Pencuri bayar balik, kes selesai?

Mengulas isu NFC hari Sinar Harian melaporkan Dato’ Seri Nazri Aziz menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membayar balik wang NFC bagi menyelesaikan kemelut isu tersebut.

Ish, mudahnya selesai isu, jika begitu jika ada pencuri mencuri, tangkap dan minta dia bayar balik . .dan selesai kes.

Jadi Negara tidak perlu ada undang-undang kalau kes Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) boleh diselesaikan jika keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membayar balik RM250 juta yang diperolehi oleh syarikat milik mereka.

Ketika menolak cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kesal dengan sikap menteri yang menjaga soal perundangan itu yang “menolak undang-undang”.

“Semata-mata kerana hendak menyelamatkan rakannya di dalam Umno, menteri yang jaga soal undang-undang tolak undang-undang.

“Itu terlalu dahsyat dan melampau,”katanya.

Mahfuz mengingatkan, jika perkara tersebut boleh diselesaikan sedemikian rupa, tidak perlulah ada undang-undang di negara ini.

“Kalau begitu, tak perlu tangkap dan dakwa pencuri. Jika diketahui seseorang itu mencuri, suruh sahaja dia bayar balik, tak kiralah RM250 juta atau berapa sekalipun.

“Sebab itulah saya kata menteri undang-undang sendiri yang tolak dan hendak hapuskan undang-undang,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz melihat cadangan Nazri yang mengetepikan undang-undang itu merupakan percubaan yang sangat lucu untuk menyelamatkan kerajaan dari dipertanggungjawabkan kerana dilihat tidak mengikut peraturan kewangan ketika memberikan wang RM250 juta kepada keluarga Ketua Wanita Umno itu.

Mahfuz sebelum ini berkali-kali menekankan bahawa kerajaan Umnolah pihak yang paling bertanggungjawab dalam isu pemberian dana kepada syarikat keluarga Shahrizat yang mengendalikan projek NFC itu.

“Walaupun syarikat keluarga Shahrizat didakwa dan dilihat tidak menggunakan pinjaman tersebut dengan betul, tetapi kerajaan Umnolah yang lebih bersalah,” katanya.

Dalam kenyataannya, Nazri menasihatkan ahli keluarga rakan kabinetnya itu supaya membayar balik RM250 juta yang diberikan kepada syarikat keluarganya bagi menjalankan projek ternakan lembu itu.

Bercakap kepada wartawan di kawasan parlimennya di Padang Rengas, Nazri berkata tindakan itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Beliau (Shahrizat) tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan,” Sinar Harian memetik Nazri berkata.

Projek Pembinaan Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai

KENYATAAN AKHBAR

PROJEK PEMBINAAN LEBUHRAYA KOTA BHARU – KUALA KRAI

Projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai telah dicadangkan oleh Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia ke 5 (1986-1990) tetapi tidak terlaksana sehingga ke hari ini. Ia telah diluluskan sekali lagi dalam Rancangan Malaysia ke 9 dan sebuah syarikat pemaju telah dilantik untuk melaksanakan pembinaan projek tersebut.

Namun begitu sehingga kini projek tersebut tidak dimulakan. Memandangkan laluan ini adalah sangat penting bagi kemajuan Negeri Kelantan serta kemudahan untuk pengguna terutama sekali pada musim perayaan, Kerajaan Negeri Kelantan telah memutuskan untuk mengambil langkah untuk melaksanakan pembinaan lebuhraya ini melalui inisiatif Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri Kelantan telah membuka tawaran bagi cadangan projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai pada 2 Januari 2012 dan ditutup pada 9 Februari 2012. Alhamdulillah Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan Lebuhraya ini telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari 5 syarikat.

Untuk makluman, pembinaan lebuhraya sepanjang 73 km yang bertaraf R5 dengan 9 persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R & R) dengan tawaran kos sebanyak RM1.5- 1.8 Billion.

Pemilihan syarikat yang berjaya akan diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan selepas Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan menilai cadangan-cadangan tersebut dalam masa terdekat.

Penelitian awal terhadap cadangan-cadangan tersebut pada hari ini iaitu 11 Februari 2012 dan pada umumnya Jawatankuasa ini berkeyakinan cadangan yang dikemukakan adalah berdaya maju. Insyaallah harapan rakyat Kelantan untuk mempunyai jaringan pengangkutan yang moden dan selesa akan dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat.

YB Dato’ Hj Husam B. Musa
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan.
_______________________________________

Source: https://www.facebook.com/haji.husammusa

Tok Guru jawab Fuad Zarkashi

Menjawap Komen Dari Fuad Zakarshi

Merujuk kepada komen Fuad Zakarshi (UM & BH 8 Februari 2012) yang mencadangkan agar saya ditarbiyah semula atas sebab enggan memberi komen terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas isu negara Israel. Ia sesuatu yang jelas tersesat.

Saya amat kesal atas pemikiran sekular seorang timbalan menteri juga bekas seorang guru Yayasan Anda di bawah bumbung ABIM yang dikatakan pernah menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim kelihatan begitu dungu dalam menilai mana satu yang benar dan mana pula yang salah.

Sepatutnya sebagai seorang yang pernah mengagumi Anwar Ibrahim dan pernah duduk sebumbung Yayasan Anda/Markaz ABIM sepatutnya sudah tahu permainan kotor media tajaan Barat (WSJ) itu yang kerjanya untuk menjatuh kredibliti seorang yang tidak sebulu dengan Israel. Begitu juga akhbar Barat dan pro-Barat juga yang acapkali mengulang-ulang kes liwat (menuduh Anwar) atas sebab untuk memalukan hamba Allah ini.

Apakah hak Fuad Zakarshi mencadang saya ditarbiyah semula? Sedang beliau sendiri sudah dilihat gagal memahami prinsip tarbiyah. Kalau benar dia memahami tarbiyah, masakan boleh membuat respon atas fakta yang diputar oleh WSJ, hantu media Barat yang sentiasa bertindak untuk memecah belah umat Islam.

Logikkah saya mengulas atas fakta yang belum pasti benar kerana ia bukan dari sumber pertama.
Sebaiknya Fuad dapat berjumpa sendiri Anwar jika benar ingin mencari pencerahan. Kerana Anwar pernah jadi ketuanya.

Justeru adalah sesuai kalau dia ingin mencari kebenaran, baik sahaja pergi beribadat di masjid. Tapi bagi seorang yang mendokong ideologi kebangsaan sekular, sudah tentu tidak sesuai mencari kebenaran di masjid. Saya cadangkan lebih baik mencari kebenaran di bilik tandas. Kerana dalam tandas sudah tentu sesuai––banyak syaitan dan iblis yang boleh merangsang fikirannya––menjadi waras selari dengan otak sekular.

Maka, tak payahlah asak dan menyibuk untuk mentarbiyah semula orang lain. Kerana asas tarbiyah itu hendaklah dipaksikan dengan keredahaan Allah. Mana ada hak bagi manusia seumpama Fuad Zakarshi untuk mentarbiyah orang lain, sedangkan dia sendiri sedang menganut ideologi yang bercanggah dengan keredhaan Allah SWT.
______________________________________

Source: http://www.blogtokguru.com/menjawap-komen-dari-fuad-zakarshi/