Parasit: Nik Amar cabar Hassan Ali tunjuk bukti

Memang tak ada bukti, Hassan Ali meracau dan tuduh tanpa bukti. Semata mata nak bercakap kerana lidahnya tidak bertulang. Memalukan !  ! !

Sinar Harian hari ini melaporkan, KOTA BHARU - Pas Kelantan mencabar Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mengemukakan bukti siapa parasit sebenar yang dimaksudkan wujud dalam kepimpinan parti tersebut di peringkat negeri itu.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bagaimanapun berkata, bekas pemimpin Pas Selangor ituperlu berhenti membuat sebarang tuduhan sekiranya tidak mempunyai bukti kukuh.

“Jangan buat tuduhan melulu, saya pun orang yang dekat dengan (Mursyidul Am Pas, Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), jika betul ada,sepatutnya dia buktikan kepada pimpinan Pas.

“Apa niat dia (Hasan) yang sebenarnya sehingga sanggup mendedahkan perkara ini secara terbuka menerusi media dan tiada bukti,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hasan semasa ditemu ramah dalam program bual bicara menyatakan dalam Pas Kelantan wujud parasit, yang dekat dengan Nik Aziz.

Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, tindakan Hasan yang mendedahkan perkara itu secara terbuka seolah-olah menunjukkan dirinya seperti menyebelahi pihak Umno.

“Dia bukan ahli Pas lagi, tetapi sekiranya dia jujur dan mahu menjaga Pas, tidak perlulah terus membuat tuduhan seperti ini,” katanya._________________________________________

Source: http://www.sinarharian.com.my/politik/parasit-pas-kelantan-cabar-hasan-ali-tunjuk-bukti-1.25066

About these ads

2 Respons

  1. Bagi kita kaki tampal poster ini; rasa syukur dgn keluar hassan ali; pengajaran kepada PAS jangan senang memberi peluang kepada bekas pemimpin UMNO yang terbuang dgn jawatan yang tinggi dan menerajui negeri sedangkan susuk ini tidak pernah diuji baik dgn ISA atau apa2 kengkangan. Lain kali ajar lah mereka cara baca fatihah dan bacaan syahadah dengan betul dan bawa usrah selama 5 tahun atau lebih baru bolih bagi pangkat dalam parti.

  2. Tujuannya untuk mewujudkan perasaan syak wasangka.. supaya PAS berbalah sesama sendiri..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 369 other followers

%d bloggers like this: