Lebuhraya Pantai Timur ?

Dewan Rakyat 27 Mac 2012 – Soalan lisan di jawab bertulis.

22. YB. DATO’ HAJI WAN ABD RAHIM BIN WAN ABDULLAH (KOTA BHARU) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Lebuh Raya Pantai Timur akan dibina sehingga ke Kota Bharu, Kelantan.

JAWAPAN:-

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya telah menjalankan Kajian Kemungkinan Cadangan Pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur, Fasa 3-Negeri Kelantan (LPT3).

Kajian yang telah disiapkan pada tahun 2009 itu antara lain telah mengenal pasti cadangan jajaran jalan yang terlibat, iaitu dari Kg. Gemuroh, Kuala Terengganu hingga ke Pengkalan Kubor, Kelantan sepanjang 147 kilometer.

Anggaran awal kos untuk melaksanakan projek ini ialah sebanyak RM3 bilion, termasuk kos reka bentuk, pengambilan balik tanah dan pengalihan utiliti.

Projek LPT3 ini merupakan antara projek yang dicadangkan pelaksanaannya dalam tempoh RMKe-10 atau RMKe-11.

Ini kerana projek LPT3 merupakan kesinambungan dari Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 dan Fasa 2 yang telah dikenal pasti dan disyorkan oleh Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Jalan Raya, Semenanjung Malaysia.

Sehubungan itu, Kementerian ini akan berbincang dengan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk memperoleh kelulusan peruntukan, sekurang-kurangnya bagi tujuan mereka bentuk dan pengambilan balik tanah dalam Rolling Plan ke -3, RMKe-10. Manakala pelaksanaan fizikal LPT3 akan dicadangkan dalam tempoh RMKe-11 kelak.

Sekian, terima kasih.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 369 other followers

%d bloggers like this: