ADUN PAS Permatang Pasir meninggal dunia Subuh tadi

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir dari PAS, Hamdan Abd. Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini subuh tadi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan yang Hamdan meninggal dunia, dipercayai kira-kira 6.10 pagi.

Mahfuz dan Anak-anak Allahyarham sempat sembahyang jenazah ke atas Allahyarham sebelum bertolak ke Permatang Pasir.

“Anak Allahyarham memberitahu yang beliau meninggal dunia di IJN subuh tadi… anaknya kata bila dia bangun dari tidur, ayahnya sudah tiada (meninggal dunia),” katanya ketika dihubungi.

Jenazahnya sedang dibawa ke pejabatnya di Kg. Permatang Pasir, kata Mahfuz.

“Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kg. Permatang Pasir selepas sembahyang Asar (petang ini),” kata beliau lagi.

Hamdan dimasukkan ke IJN Isnin lalu. Permatang Pasir adalah salah satu kerusi DUN di bahagian Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Hamdan, 63, menjadi ADUN sejak 1999.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah berkata, PAS sudah kehilangan seorang pemimpin yang sangat memahami perjuangan parti dan kehendak rakyat.

“Ia satu kehilangan besar buat PAS kerana beliau seorang pemimpin yang gigih dan komited kepada perjuangan parti.

“Malah beliau juga dekat dengan rakyat, sebab itu beliau boleh memenangi kerusi yang ditandingi (Permatang Pasir sejak 1999 hingga kini),” katanya.

Sementara itu, Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr Wan Azizah, turut berada di IJN mengucapkan takziah kepada keluarga merasakan satu kehilangan besar kerana Allahyarham banyak berjasa kepada kawasan Permatang Pasir dan Parlimen Permatang Pauh.

Turut berada di IJN mengucapkan takziah kepada keluarga adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali; Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Pada pilihan raya umum ke-12, Mohd Hamdan berjaya menewaskan calon Umno daripada Barisan Nasional Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Bekas Pesuruhjaya PAS Negeri selama 14 tahun itu menjadi ADUN Permatang Pasir selama tiga penggal mulai tahun 1999 sehingga sekarang, dan kini merupakan satu-satunya ADUN Pas di negeri ini.

Teruskan membaca

Advertisements

Dua ADUN BN mohon maaf atas fitnah Besar kepada Husam

KEMASKINI:

Hari ini seorang lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) iaitu Adun Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka kepada Naib Presiden PAS Dato’ Husam Musa yang juga Exco Kerajaan Kelantan yang telah difitnah dengan dakwaan melakukan penyelewangan, namun tiada sebarang bukti.

Adham (kiri), Nozula (tengah) bersalam dengan Dato' Husam Musa - Foto Harakahdaily

Adham (kiri), Nozula (tengah) bersalam dengan Dato' Husam Musa - Foto Harakahdaily

“Saya amat berterima kasih kepada Dato’ Husam kerana sudi menerima permohonan maaf kami secara bersemuka dan ini amatlah dihargai,” katanya pada persidangan media di bilik rehat Adun di Tingkat 1, bangunan Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini.

Semalam, Adun BN Paloh, Dato’ Nozula Mat Diah lebih awal menarik balik segala tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap anggota Exco terbabit dua tahun lalu.

Pada 27 November 2007 Adun terbabit membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah dengan menyerahkan dokumen yang diperolehi dari sumber yang tidak pasti kononnya penyelewengan dilakukan Dato Husam.

Dakwaan mereka sebelum ini membabitkan sembilan isu termasuk salah guna kuasa, penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd, isu kedai Majlis Daerah Machang dan kambing jamnapari.

Ekoran dakwaan tersebut Husam yang juga Naib Presiden PAS menyaman sejumlah RM6 juta terhadap kedua-dua Adun BN terbabit kerana memfitnahnya.

Mohd Adhan berkata, beliau mengikut jejak rakannya Nozula menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Sidang media (video) akan menyusul.

Teruskan membaca

Notis Permohonan Maaf Dato’ Nozula (BN Paloh) Kepada Husam

“Saya YB Dato’ Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Dato’ Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap beliau kepada BPR pada tahun 2007.

“Saya dengan ini MENARIK BALIK segala pertuduhan tersebut dan sesungguhnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau.” – Berita Harian C12 BH1klassifieds 2 Jun 2009.

Nota: Dato’ Nozula Mat Diah adalah Anggota Dewan Undangan Negeri BN/Umno Paloh, Gua Musang.

9_PAS_Wrong_Plans_2

Hari ini Selasa 2 Jun 2009 di akhbar Berita Harian di muka C12 suatu notis permohonan maaf telah dikeluarkan oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh. YB Dato Nozula Mat Diah kepada anakguam kami, YB Dato Paduka Husam b Musa.

Notis tersebut berbunyi:

“Saya, YB Dato Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Dato’ Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap beliau kepada BPR pada 2007. Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau.”

Pada akhir November 2007, 2 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan daripada Barisan Nasional iaitu YB Dato’ Nozula Mat Diah dan ADUN Bukit Bunga Muhd. Adhan Kechik telah membuat laporan kepada pihak BPR membuat tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas terhadap anakguam kami.

Antara laporan tersebut adalah:
1. Laporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri Datuk Hussam Musa.
2. Laporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd.
3. Isu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd.
4. Isu Kedai Majlis Daerah Machang.
5. Isu Jamnapari membabitkan dana KPK.
6. Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan Pas mengutip dana.
7. Penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.
8. Laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan.
9. Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.

Pernyataan fitnah tersebut yang diucapkan dan diedarkan pada sidang akhbar tersebut telah mendapat liputan meluas di akhbar-akhbar utama tempatan dan telah disiarkan di televisyen serta boleh dimuatturun daripada laman sesawang yang pada masa yang relevan mempunyai jutaan pengguna, kesemuanya mempunyai akses percuma dan terbuka kepada fitnah-fitnah yang diadukan.

Tindakan kedua ADUN ini juga telah meletakkan anakguam kami dalam satu kancah pertikaian umum dan mengheret beliau dalam suatu skandal, fitnah konspirasi, jenayah, kebencian dan buruk sangka umum (odium), kehinaan (contempt) awam dan tekanan serta kemudaratan mental yang amat sangat akibat kegelisahan, kerisauan dan ketakutan akan ditangkap oleh pihak berkuasa, seterusnya beroleh keaiban umum.

Oleh itu beliau telah mengarahkan pihak kami mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan dan New Straits Times (M) Berhad. Akhirnya pihak ADUN berkenaan telah bersetuju untuk memohon maaf secara terbuka kepada anakguam kami serta menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan.

Dengan Notis Permohonan Maaf ini maka terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap anakguam kami adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas. Ini juga bermakna kerajaan negeri juga bersih dari segala salahlaku yang didakwa. Pihak kami akan membuat tindakan seterusnya bagi membersihkan nama baik anakguam kami. Kami juga dalam proses rundingan penyelesaian dengan para defendan lain.

Sekian, terima kasih.

Yang benar
husam_samanNozula
Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek
Peguambela dan Peguamcara
Tetuan Saiful Kasri & Associates

BERITA TERDAHULU:
KUALA LUMPUR, 31 Jan 2008 (Hrkh) – Naib Presiden PAS, Dato’ Paduka Husam Musa telah memfailkan saman fitnah RM6 juta berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Kelantan serta sebuah media yang membuat penyiaran mengenai dakwaan berlakunya penyelewengan terancang oleh kerajaan PAS Kelantan di Bilik Rehat Adun Kelantan pada 27 November lalu.
Teruskan membaca

ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob kembali kerahmatullah

KEMASKINI:

Tok Guru NIK Abdul Aziz Nik Mat mengimamkan solat jenazah Allahyarham Ismail Yaacob (gambar kecil) di Kuala Krai, Kelantan, semalam.

Tok Guru NIK Abdul Aziz Nik Mat mengimamkan solat jenazah Allahyarham Ismail Yaacob (gambar kecil) di Kuala Krai, Kelantan, semalam.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan kerusi DUN Manik Urai, Isnin ini.

Beliau berkata laporan itu hanya dapat dibuat Isnin ini kerana hari ini dan esok adalah cuti umum bagi Kelantan manakala Ahad adalah cuti hujung minggu di Kuala Lumpur.

Mohd Nassuruddin berkata demikian kepada pemberita ketika menziarahi jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Ismail Yaacob, 60, yang meninggal dunia hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Manik Urai, Haji Ismail bin Yaacob, 60 meninggal dunia selepas subuh sebentar tadi.

Haji Ismail Yaacob.... ADUN PAS Paling lama kembali kerahmatullah, ALFATEHAH

Haji Ismail Yaacob.... ADUN PAS Paling lama kembali kerahmatullah, ALFATEHAH

Haji Ismail dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya (penyakit gaot) sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Paksu Wel antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim, Tetapi tewas kepada calon BN.

ADUN Bukit Tuku prihatin menanggung Keluarga Kanak-Kanak Kepala besar

Luahan hati kanak-kanak kepala besar dapat perhatian ADUN Bukit Tuku, Haji Abdul Fatah Haron. Perit keluarga menanggung kanak-kanak setahun dua bulan.

Orangramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian terus kepada Rosminay Ramlay, Kampong Lubok Gong, 17200 Rantau Panjang, Kelantan. Akaun Maybank 1530 6524 3341.

Terkini dari Perak: Pakatan Rakyat tidak akan Bubar DUN Perak

IPOH: Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya baru diadakan kerana kerajaan negeri masih stabil, kata Exco Kanan Perak Datuk Ngeh Koo Ham.

Ngeh, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga, Air dan HalEhwal Bukan Islam berkata demikian bagi menjawab pertanyaan pemberita di sini berikutan isu kedudukan dua anggota Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilaporkan oleh Speakar Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar telah meletakkan jawatan.

Semalam, Sivakumar berkata ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu dan ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi telah memfakskan kepadanya surat peletakan jawatan mereka, dan hari ini telah menghantar surat rasmi kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak Ahmad Adli Abdullah untuk memaklumkan kekosongan keduakedua kerusi itu.

Sementara itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf ketika mengesahkan beliau sudah dimaklumkan oleh Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak, Ahmad Adli Abdullah bahawa telah menerima notis kekosongan daripada Speaker dan akan mengadakan mesyuaratnya esok (Selasa).

Malah, kata beliau, Pejabat Pilihan Raya Perak juga ada menerima surat daripada dua Ahli Dewan Undangan Negeri yang dikatakan telah mengosongkan kerusi masing-masing.

Pengarah Pilihan Raya Perak, Ahmad Adli Abdullah ketika dihubungi sebentar tadi juga mengesahkan ada menerima notis kekosongan dan salinan surat daripada kedua-dua ADUN berkenaan.
—————————————- Teruskan membaca

Perkembangan Perak: 2 ADUN Hilang menjelma bila Speaker Isytihar Letak Jawatan

Pilihanraya Kecil di Dua Dun Perak Wajar
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar mengadakan pilihan raya kecil sebaik sahaja menerima notis pengesahan kekosongan mana-mana kerusi termasuk di Perak yang kini dilihat menimbulkan kontroversi perundangan.

Bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman kmemberitahu, mengikut perundangan pilihan raya, sebaik sahaja notis kekosongan diterima daripada Speaker, pilihan raya kecil perlu diadakan.

“Mengikut undang-undang, SPR perlu menghormati notis pengesahan kekosongan dan mengadakan pilihan raya kecil dengan sewajarnya,” kata beliau. Baca Lanjut.

Kerajaan Perak Stabil

Anwar  ......... Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Stabil

Anwar ......... Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Stabil

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Pakatan Rakyat di Perak masih stabil walaupun terdapat dakwaan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada gabungan parti itu mungkin menyertai Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, wakil rakyat Pakatan Rakyat sudah memberi pengakuan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam pertemuan pagi semalam bahawa mereka berdiri teguh mempertahankan kerajaan itu. Baca lanjut.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengadap Sultan Perak pada kira-kira pukul 10 pagi tadi di Istana Kinta.

Beliau dipercayai berjumpa dengan Sultan Perak bagi membincangkan isu dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang diisytihar telah melepaskan kerusi masing-masing semalam.

Mohammad Nizar kelihatan meninggalkan istana tersebut pada pukul 10.25 pagi namun beliau enggan ditemuramah wartawan.
——————————————————–

ADUN DAP tidak lompat parti

ADUN Jelapang (DAP), Hee Yit Foong tidak keluar parti

ADUN Jelapang (DAP), Hee Yit Foong tidak keluar parti

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menafikan desas-desus bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang dari DAP, Hee Yit Foong (gambar kiri), yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, telah menyertai Barisan Nasional (BN).

Beliau mengakui bahawa pada mulanya pihaknya tidak dapat menghubung Hee.

Bagaimanapun beliau dimaklumkan bahawa ada Exco Kerajaan Negeri DAP yang telah menghubungi ADUN berkenaan.
——————————————————————-

2 ADUN PKR: Kami masih wakil rakyat, mahu cabar Speaker
PETALING JAYA: Kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat, yang berusia 11 bulan, kini menuju ketidaktentuan dengan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang diisytihar telah melepaskan kerusi masing-masing semalam, mahu mencabar kesahihan kenyataan Speaker.

Pendirian kedua-dua ADUN Behrang dan Changkat Jering itu, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang menafikan telah menghantar surat letak jawatan, dijangka mengusutkan senario politik Perak.

——————————————————————————–
[KEMUNGKINAN PERKEMBANGAN HARI INI]

– Menteri Besar Perak dijangka menghadap Sultan Perak

– Sidang media PKR Perak dan Perhubungan Umno Perak

– Kenyataan susulan ADUN Behrang dan Changkat Jering

– Speaker DUN Perak memaklumkan SPR tentang kekosongan

——————————————————————————–

Kira-kira dua jam selepas kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri, V. Sivakumar, ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan rakan sejawatannya dari Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu berkata, surat letak jawatan yang dimaksudkan beliau itu sebenarnya telah ditandatangani 8 Mac lalu.

“Surat tanpa tarikh itu ditandatangani oleh tujuh ADUN PKR kerana kerajaan negeri bimbang kami akan menyertai Barisan Nasional (BN).

“Nampaknya surat ini telah diguna pakai untuk mengumumkan kononnya kami meletak jawatan.
Teruskan membaca