Rakyat ditinggalkan, Malaysia tanpa PM dan TPM

Negara sedang menghadapi ancaman pergaduhan kaum dan agama. Apa yang membimbangkan rakyat ialah kerajaan seperti hilang kawalan. Setiap kali jaminan kerajaan (KDN) dan POLIS bahawa keadaan terkawal maka setiap kali itulah juga ada kejadian baru seperti pencerobohan terhadap pejabat peguam majalah Herald dan simbahan cat berwarna merah di sebuah Gereja di Kota Tinggi berlaku semalam.

Kejadian simbahan cat merah di Gereja Kota Tinggi dan pencerobohan pejabat peguam majalah Herald menunjukkan keadaan negara dalam bahaya. Malang sekali bagi rakyat Malaysia apabila kerajaan seperti tiada langkah yang berkesan dan konkrit dalam mengatasi masalah perhubungan antara kaum dan agama, sedangkan selama ini kerajaan sering melaungkan negara-negara luar begitu kagum melihat formula Malaysia dalam mengurus rakyat pelbagai kaum dan agama.

Ternyata peristiwa mutakhir ini menunjukkan kerajaan tiada suatu formula dan pelan induk yang jelas untuk melahirkan masyarakat yang saling hormat-menghormati dan saling memahami antara kaum dan agama.

Kerajaan ternyata tidak serius dalam menanggani permasalahan ini dan ini dibuktikan apabila PM dan TPM meninggalkan rakyat dan negara dan berada di luar negara di waktu negara dalam krisis. Saya tahu pemergian mereka adalah juga tugas untuk negara. Walaupun saya percaya TPM akan pulang dalam sehari dua ini, tapi bagi saya tidak wajar berlaku sama ada negara dalam keadaan tenang atau tegang kedua-dua pemimpin utama tiada dalam negara walaupun satu hari dalam satu masa.

Apatah lagi seorang PM bila negara berada dalam keadan tegang kerana isu perkauman dan keagamaan tidak wajar meninggalkan negara. Ini menunjuk tiada penyelarasan dan kesepakatan serta ketidak sehaluan antara kedua pemimpin utama. Rakyat di dahulukan tidak diterjemahkan dan direalisasikan sebaliknya rakyat di tinggalkan untuk pergaduhan hasil provokasi politik yang di penuhi dengan kebusukkan politik.

“RAKYAT DI DAHULUKAN VS RAKYAT DI TINGGALKAN”
“MALAYSIA TANPA PM DAN TPM”

DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS.

Advertisements

Juara Rakyat salahguna Wang Rakyat

Datuk Seri Mohd Najib Razak telah melancarkan program UMNO juara raKyat. Program ini adalah merupakan usaha UMNO yang terdesak untuk mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat pada UMNO. Seperti kata Datuk Seri Najib, UMNO sudah insaf atas segala kesilapan masa lalu selepas keputusan PRU 12 2008.

Yang menghairankan saya kenapa mesti UMNO juara rakyat. Bukankah UMNO bersama BN memerintah Malaysia. Tidakkah UMNO sedar yang ditolak oleh rakyat ialah Kerajaan BN. Nampaknya UMNO hanya hendak rakyat melihat UMNO saja yang juara rakyat dan bukannya BN. Atau UMNO memang sedar faktor penolakkan rakyat terhadap BN adalah kerana UMNO yang sudah di lihat terlalu jijik oleh rakyat. Mungkin ini lah jawapannya sehingga UMNO terpaksa bertungkus lumus untuk menampakkan yang UMNO lah juara rakyat.

Saya tak kisah kalau UMNO hendak mengajak rakyat bahawa mereka juara rakyat, itu hak mereka sebagai parti politik. Memang semua partik politik berusaha untuk mendapat sokongan dan dokongan rakyat. Persoalannya ialah kalau UMNO hendak mengaku yang mereka juara rakyat, adakah program dan projek yang mereka buat dalam kempen UMNO juara rakyat menggunakan wang, tenaga, kepakaran dan lainnya dari UMNO sendiri.

Datuk Seri Najib mengumumkan peruntukkan RM15.6 juta untuk membaiki bumbung Pangsapuri Sentosa, ada kah ini duit dari tabung UMNO atau duit Negara yang merupakan duit rakyat. Kenapakah projek ini di letakkan pemantauannya di bawah ICU Jabatan Perdana Menteri (JPM). Adakah gaji pegawai-pegawai ICU untuk projek ini dibayar oleh UMNO. Begitu juga dengan program dan projek-projek lain apakah mereka tidak membabitkan wang Negara dan jentera kerajaan.

UMNO kena jelaskan kepada rakyat bahawa semuanya projek dan program yang UMNO buat dalam siri kempen UMNO juara raayat adalah menggunakan wang, kepakaran dan jentera UMNO sendiri. Baru lah boleh UMNO medabik dada kata mereka juara rakyat. Kalau tidak mereka hanya jadi juara menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan politik UMNO yang kian pudar dan mulai pupus.

DATO’ HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS

Umno Gelabah bila dibicara di Mahkamah Rakyat

Saya terkejut dengan kenyataan YAB Perdana Menteri yang berkaitan isu pengeboman dan pembakaran gereja yang bertajuk ‘JANGAN MENUDING JARI PADA UMNO’ seperti yang disiarkan oleh kebanyakan akhbar hari ini.

Saya menyifatkan kenyataan tersebut menggambarkan betapa Perdana Menteri menyedari bahawa UMNO / BN sedang dibicarakan oleh Mahkamah rakyat dan meletakkan parti dan pimpinan UMNO di kandang orang salah. Perbicaraan di mahkamah rakyat mengambarkan UMNO sudah tidak mendapat kepercayaan rakyat lagi.

Kepada Perdana Menteri ingin saya nyatakan bahawa rakyat menuding jari pada UMNO dan pemimpinnya adalah berasaskan perangai pemimpin UMNO yang rasis. Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mungkin mudah lupa pepatah Melayu yg berbunyi ‘siapa yang menanam dia lah yang menuai hasilnya. Kini UMNO sedang menerima akibatnya.

Datu Seri Najib perlu imbas kembali pada peristiwa 22 tahun lalu yang melibatkan beliau sendiri sehingga mencetuskan ketegangan kaum dan membawa kepada penyalahgunaan ISA (ops lalang) keatas pemimpin pembangkang dan NGO yang di mangsakan oleh politik jahat UMNO, peristiwa mencium keris oleh bekas Ketua Pemuda UMNO(Datuk Seri Hishammudin Hussien) dengan sentimen perkauman, peristiwa serangan induvidu pemuda UMNO ke atas YB Karpal Singh di Parlimen, peristiwa pijak kepala lembu dan yang terbaru provokasi isu penggunaan kalimah Allah untuk majalah Herald di mana kenyataan Perdana Menteri dan Datuk Hishammudin seolah-oleh menggalakkan tindakkan tersebut.

Saya merujuk kepada kenyataan dari peristiwa-peristiwa ini dan mempertikaikan keikhlasan UMNO dalam menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah.

UMNO ingat dia boleh gunakan isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian untuk tujuan politik murahan. Tapi jelas senjata makan tuan, rakyat tidak lagi mempercayaai UMNO. Inilah petanda UMNO / BN telah kehabisan dan kehilangan hak untuk memerintah negara.

Saya mengajak rakyat berbilang kaum dan agama untuk sama-sama PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya berjuang untuk memuziumkan UMNO / BN dalam PRU ke-13 nanti. Kepada parti-parti kompenan BN saya mengajak mereka menyingkir UMNO dari BN atau mereka meninggalkan BN untuk bersama PR membawa wajah baru politik Malaysia.

DATO’ HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS

Tahniah Najib: Kroni kapitalis didahulukan keuntungan diutamakan

Tahniah kepada kerajaan kerana telah mencapai KPI kementerian perdgangan dlm negeri hal ehwal pengguna dan koperasi diawal tahun baru 2010 dgn pencapaian kenaikkan harga gula. Rupanya baru raayat tahu KPI kementerian ini ialah menaikkan harga barang keperluan dan bukan menjaga kepentingan pengguna.

Tahniah pada sahabat saya menteri kementerian ini, Datuk Ismail Sabri kerana berjaya mencapai KPI diawal tahun lagi sdgkan menteri lain kena tunggu satu tempoh yg lama
.
Kenaikkan yang diumumkan olih kerajaan tidak membantu meningkatkan pendapatan tinggi raayat malaysia sebalik menambahkan beban yang telah terbeban selama ini.kenaikkan ini menunjukan kerajaan telah tidak menambahkan subsidi sebaliknya mengurangkan subsidi harga gula.pemberian subsidi yang diberi pun sebenarnya hanya menguntungkan pemegang AP mengimpot gula sahaja.

Raayat mungkin blh menerima kenaikkan harga gula dn barang2 ruji yg lain seperti beras tepong dan lain-lain dgn membenarkan lebih ramai peniaga yg diberi kebenaran membawa masuk barang-barang ruji ini selanjutnya membina persaingan diantara peniaga.persaingan yang sihat akan memberi kelebihan pada pengguna dan raayat keseluruhannya.Tapi kenaikkan yang berlaku ini masih lagi mengekal sistem monopoli yang dikuasai kroni kapitalis yang sering membantu kepentingan parti politik pemerentah BN.

PM mungkin rasa gembira kerana berjaya menterjemahkan dan menghayati konsep raayat didahulukan pencapaian diutamakan.raayat yg dahulu kena bayar atas alasan kenaikan harga gula antara bangsa. Saya mencadangkan kepada PM menukar slogan didendangkan kepada slogan baru yang berkonsepkan kroni kapitalis didahulukan keuntungan diutamakan.

Sekarang terserah pd rakyat untuk menilai cara kerajaan mengendali urus tadbir negara ini. Yang pasti raayat kena mengubah gaya hidup untuk lebih berjimat dan mengubah gaya hidup daripada terus mempercayaai slogan kosong BN kepada satu azam tahun baru untuk bertekad meninggal kepercayaan terhadap BN berani membuat perubahan bersama PAS dn Pakatan Raayat.

Selamat tahun baru 2010.
MAHFUZ OMAR
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena.

Skandal PKFZ: PAS mahu Suruhanjaya Diraja, tolak pasukan petugas khas

Kenyataan Media
Ust. Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak bersetuju dengan penubuhan Pasukan Petugas Khas yang diketuai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan bagi menyelesaikan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) kerana pihak Kerajaan sewajarnya mengambil inisiatif bagi menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes ini.

PAS berpandangan bahawa pasukan ini tidak mempunyai kredibiliti yang kuat, malah tidak mempunyai kuasa yang luas bagi membuat siasatan. Diakhir tugas mereka pasukan ini hanya melapor pada kabinet dan terpulang kepada kabinet untuk memutuskannya.

Paling penting, pasukan yang diketuai oleh Tan Sri Sidek ini tidak bebas kerana mereka terikat sebagai penjawat awam biasa yang bertugas dibawah arahan menteri. Dalam kes ini, salah seorang yang dilibatkan dalam siasatan adalah Menteri iaitu Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor dari Umno) yang juga pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) dan ahli Lembaga Pelabuhan Klang (PKA).

Selain itu, turut terlibat adalah Pengerusi Kelab Anggota Parlimen BN, Datuk Seri Tiong King Sing yang juga merupakan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) KDSB dan bekas Bendahari Umno Tan Sri Abdul Azim Mohamad Zabidi, Pengarah syarikat Wiramaju Sdn. Bhd, (iaitu) anak syarikat KDSB. Timbalan CEO KDSB pula adalah Haji Faizal Abdullah yang sekarang ini adalah Bendahari Umno Selangor.

Penglibatan orang-orang politik ini kesemuanya melibatkan ahli komponen BN yang menerajui Kabinet sekarang. Maka tidak mustahil akan berlaku penyalahgunaan kuasa atau campurtangan anggota kabinet terhadap tugas penyiasatan yang dibuat oleh Pasukan Khas ini nanti bagi melindungi orang-orang tertentu.

Oleh itu, PAS bertegas menuntut satu Suruhanjaya DiRaja yang bebas dengan dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen bukan dari komponen parti yang terlibat, wakil badan kehakiman, wakil dari peguam negara, wakil dari Majlis Peguam, wakil Bank Negara, wakil Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM dan Wakil NGO yang berkaitan.

Sewajarnya kes ini disiasat secara terbuka kerana ia melibatkan wang rakyat yang telah hangus dalam projek PKFZ ini. Rakyat pastinya ingin tahu ke manakah duit mereka pergi dalam Projek ini dan siapakah dalang utama hingga menyebabkan negara terpaksa mengalami kerugian yang besar.

Pendirian PAS Selangor berhubung isu jual-beli arak di Selangor

PAS Selangor mahukan isu kontroversial melibatkan kawalan penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Melayu/Islam di negeri Selangor initidak dieksploitasi atau diputarbelitkan oleh mana-mana pihak sama adaindividu atau mereka yang mewakili pertubuhan termasuklah pihak Umnodan Barisan Nasional.

Dalam hal ini melalui satu Mesyuarat Khas Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Ahad lepas, PAS Selangor telah menyambut baik segala maklum balas dan pandangan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak khasnya dari kalangan masyarakat Melayu/ Islam di negeri ini berhubung isu tersebut.

PAS merakamkan ucapan ribuan terima kasih serta sangat menghargai segala bentuk sokongan dan galakkan serta pandangan yang positif yang telah mereka tunjukkan itu yang mencerminkan keprihatinanrakyat terhadap isu ini.

Dalam pada itu PAS menegaskan bahawa ia tidak pernah menyarankan kepada ahli-ahlinya untuk menganjurkan sebarang “road show” bersama dengan Umno/BN kerana PAS Selangor yakin yang ia memiliki kekuatansendiri untuk membawa dan mempertahankan isu ini.

Melalui Mesyuarat Khas itu, PAS Selangor telah mengkaji dan menilai semula segala tindakan-tindakan yang telah diambil oleh parti berhubung isu ini dan menegaskan bahawa ia akan terus konsisten dengantuntutannya agar segala jenis minuman arak yang diharamkan penjualan dan pembeliannya melalui Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tidak lagi dijual di kawasan majoriti penduduk Melayu/Islam di negeri ini.

Harus ditegaskan bahawa tuntutan itu bukannya ke arah “total ban” ataularangan menyeluruh ke atas penjualannya seluruh Selangor tetapi sebaliknya hanya di kawasan majoriti Melayu/Islam sahaja demimembentuk sebuah masyarakat yang sihat dari gejala buruk akibat peminuman arak ini.

PAS Selangor juga ingin menegaskan bahawa ia tidak pernah sekali-kali menuntut agar YB EXCO Kerajaan Tempatan Selangor Tuan Ronnie Liu digugurkan dari barisan EXCO kerajaan negeri.

Sebaliknya apa yang dituntut adalah perubahan jawatan itu dari penyandangnya kepada YAB Menteri Besar sendiri atau mana-mana Exco lain yang Menteri Besar fikirkan sesuai.

Selain itu PAS Selangor kini sedang meneliti cadangan yang diberikanoleh YAB Menteri Besar berhubung kawalan kendiri terhadap penjualan arak ini dan memohon agar Menteri Besar memberikan penerangan lanjut berhubung kaedah kawalan beliau itu beserta mekanismanya.

Jika dalam tempoh sebulan ini kaedah tersebutdidapati gagal atau tidak berjaya maka PAS Selangor akan mengemukakan cadangan-cadangan yang difikirkannya wajar untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.

10 Ogos 2009

YB DATUK DR HASAN MOHD ALI
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor

Sidang Media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat 28 Julai 2009

Penyusunan dan Pemantapan organisasi Pakatan Rakyat

Kenyataan media oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Kenyataan YB Lim Kit Siang dan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mengenai Kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di adakan di Bilik Jawatankuasa 1, Bangunan Parlimen pada jam 2.30 petang 28 Julai 2009. Sidang media diadakan jam 4.30 petang.