Jika Faktor Najib menjadi tarikan, Sila Bubarkan DUN Perak ….

‘Faktor Najib’ tarik minat
Corak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mula berjaya menarik perhatian rakyat untuk terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, ‘faktor Najib’ mula memberi harapan yang lebih tinggi kepada rakyat Malaysia untuk meyakini BN.

“Kepimpinan beliau telah mengangkat kerajaan ke tahap yang lebih tinggi apabila banyak pembaharuan dalam bidang ekonomi kini dilaksanakan,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kepong 2009 di sini hari ini. – Utusan Malaysia 27 Julai 2009.

Jika benar ‘Faktor Najib’ tarik minat, kenapa BN kalah dalam semua Pilihanraya Kecil di Semenanjung selepas Pilihanraya Umum 8 Mac 2008.

Bermula dengan Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh (26 Ogos 2008), BN kalah besar. Kemudian di Kuala Terengganu (17 Januari 2009), PAS berjaya menawan kerusi tersebut daripada BN dengan majoriti bergaya. Begitu juga Pilihanraya Bukit Gantang (7 April 2009), BN tewas lagi kepada calon PAS dengan majoriti yang lebih besar. Begitu juga DUN Bukit Selambau (7 April 2009) yang mencatat sejarah pertandingan dengan begitu ramai calon Bebas dan BN tewas kepada PKR.

Manakala Pilihanraya kecil DUN Penanti (31 Mei 2009) yang memeranjatkan sejarah apabila BN ‘boikot’, yang dianggap banyak pemerhati sebagai BN Pengecut beralasan dengan merugikan masa dan wang untuk berdepan dengan PKR.

Dan terakhir DUN Manek Urai, BN merasakan boleh menang kerana lalu meletakkan calonnya lawannya PAS ketika itu bermasalah dengan isu ‘kerajaan perpaduan’ dan dikatakan bermasalah dengan kepimpinannya. Akhirnya BN tewas juga dengan 65 undi.

Jika benar ‘Faktor Najib menjadi penarik’, kenapa pula bekas Naib Presiden MCA, Chua Jui Meng dan Bekas Naib Presiden MIC, Dato’ SS Subramaniam turut juga meninggalkan komponen BN (MCA dan MIC) untuk menyertai PKR (Pakatan Rakyat).

Soalnya sekarang, jika benarlah Faktor Najib menjadi tarikan, kenapa setiap kali pilihanraya diadakan BN akan kalah samada kalah besar atau kalah tipis.

Jika benarlah Najib menjadi tarikan, kenapa kini seorang demi seorang bekas pemimpin dalam komponen BN meninggal parti mereka. Fikir-fikirkan lah??

Jika benarlah kini Najib menjadi tarikan dan bertambah pengaruhnya, sila BUBARKAN DUN PERAK atau BUBARKAN PARLIMEN?

Berita berkaitan, Jika benar Faktor Najib menjadi tarikan,
Kenapa Nik Aziz perlu konsisten

Kenapa harap keputusan Nik Aziz muktamad

Kenapa MCA alu-alukan keputusan Nik Aziz; dan

Kenapa Umno tidak tetap tetap sebarang syarat berunding dengan Nik Aziz

Advertisements

Rakyat Kuala Terengganu harus menolak ‘politik wang’

Pengundi di P36 Parlimen Kuala Terengganu diseru agar berhati-hati dalam menangani politik wang yang dijangka hebat di pilihanraya kecil ini, demikian diberitahu oleh Naib Presiden PAS, Dato’ Haji Husam Musa.

Beliau berharap agar semua pihak berwaspada terhadap politik wang yang kini telah dilaporkan bermula dan diharap pengundi di kawasan tersebut bijak membuat pilihan terhadap calon wakil rakyat mereka nanti.

“Politik wang yang merupakan satu barah dalam negara kita dan rakyat seharusnya menolak mereka yang mengamalkan politik wang ini”ujar beliau.

“Sebelum ini, kerajaan Pusat telah mengisytiharkan sejumlah RM 6.1 juta bagi pembangunan kaum cina di Kuala Terengganu dan ia seolah-olah untuk memancing undi kaum cina di kawasan tersebut.

Husam berharap semua kaum yang terlibat dengan pengundian dalam parlimen Kuala Terengganu tersebut tidak termakan dengan cara pancing undi yang dibuat oleh Umno/BN tersebut.

Dr M ramal Umno, BN kalah teruk?

Dalam siri kritikan mengenai perkembangan dalam Umno, parti yang diterajui selama 22 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, kelakuan buruk ahli dan pemimpin Umno kali ini besar kemungkinan menyebabkan Barisan Nasional (BN) dan parti itu kalah.

“Lihat 2008. Ketua-ketua perhubungan Kedah, Perak dan Selangor dapat jadi calon dan dapat menang pun. Tetapi BN dan UMNO kalah di negeri-negeri ini.

“Apabila parti kalah yang menang menjadi pemimpin dalam Umno tidak akan dapat menjadi Menteri Besar, ahli Exco dan sebagainya. Mereka akan bernasib baik jika dapat jadi pembangkang.

“Ramai daripada mereka tidak pun dapat jadi ahli Yang Berhormat. Mereka akan kalah,” kata bekas Perdana Menteri dalam tulisan blognya hari ini yang bertajuk “Pencalonan Umno”.

Sambil merujuk kepada amalan dan gejala politik wang, isu yang beliau sentuh sejak sebulan lalu, Dr. Mahathir hari ini menambah, dalam pilihan raya umum lalu pengundi-pengundi termasuk ahli dan penyokong setia Umno telah menolak parti itu hanya kerana pucuk pimpinan mereka disebabkan banyak faktor.

“Pada 2008 pengundi termasuk ahli dan penyokong setia Umno telah tolak Umno hanya kerana pucuk pimpinan Umno yang tak mampu memimpin, yang tunduk kepada Singapura, yang tak tahu kenang budi, yang utamakan anak menantu lebih daripada rakyat dan bermacam lagi. Kerana orang ini seorang, pengundi telah dengan berat hati undi parti lawan. Orang ini hanya seorang sahaja tetapi Umno dan BN yang menjadi mangsa,” katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, kali ini penolakan Umno dan BN oleh majoriti pengundi akan disebabkan mereka – Melayu, Cina dan India – memandang jijik keseluruhan Umno itu sendiri.

“Dengan mengetahui Umno terdiri dan dipimpin oleh perasuah, dengan anggapan bahawa siapa sahaja yang menjadi calon Umno dalam pilihan raya umum ke-13 akan terdiri daripada orang yang telah dicalonkan kerana rasuah, dipilih oleh pemimpin perasuah dari parti yang secara terbuka mengamal rasuah, apakah pengundi akan rela beri undi mereka kepada calon-calon Umno?

“Saya fikir tidak. Mungkin yang dapat nikmat tertentu akan undi BN. Tetapi ramai yang tidak akan undi BN,” katanya lagi.


Teruskan membaca

Ku Li: Ada bahagian minta ‘rasuah’ RM2 juta

Ketika dakwaan politik wang dalam pemilihan Umno menjadi tumpuan ramai sejak kebelakangan ini, Tengku Razaleigh Hamzah, yang gagal memperoleh pencalonan mencukupi untuk jawatan Presiden Umno, mendedahkan terdapat bahagian yang meminta sehingga RM2 juta sebagai ganjaran pencalonan.

Uihhh banyaknya Ku!!

Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata, kini permintaan dan tawar-menawar ganjaran bagi pencalonan-pencalonan yang diberikan berlaku secara terbuka.

“Ahli-ahli Umno kini secara terbuka mahukan manfaat-manfaat kewangan apabila mahu memberi pencalonan.

“Satu bahagian dengan jelas meminta RM1 juta manakala di Sabah, harganya mencecah RM2 juta,” kata beliau di sini semalam.

Dua minggu lalu bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan tahap serius gejala politik wang dalam pemilihan Umno berkata, seseorang perwakilan ‘berpeluang’ memperoleh sehingga RM20,000 sebagai ganjaran undi.

Ketika ditemui di sini awal bulan lalu, Razaleigh mendedahkan kira-kira RM200 juta digunakan untuk tujuan kempen dan membeli undi dalam pemilihan Umno kali ini.

Bekas Naib Presiden Umno itu menyatakan demikian pada hari beliau gagal memperoleh pencalonan mencukupi untuk kerusi Presiden sebaliknya ia dimenangi tanpa cabaran oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Sambil menjelaskan bahawa beliau sanggup berkhidmat untuk parti tetapi dengan syarat kepimpinan parti boleh meyakinkannya bahawa beliau tidak menyumbang khidmat kepada parti-parti yang berasuah.

Tegas beliau, tindakan memancing undi menggunakan wang dan menghalang anggota daripada bertanding hanya akan menamatkan riwayat Umno lebih awal.

Ahli Parlimen Gua Musang ini juga mengakui bahawa wang diperlukan ketika berkempen tetapi ia tidak seharusnya membawa kepada gejala membeli undi ataupun menggunakan kuasa bagi menghalang pertandingan. – mstar

Nurul Izzah yakin sasaran ayahnya bentuk kerajaan Pakatan Rakyat

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang dikenali dengan gelaran “Puteri Reformasi” sejak satu dekad lalu, masih optimis sasaran ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan pusat baru di bawah Pakatan Rakyat.

Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai ... yakin sasaran ayahnya bentuk kerajaan Pakatan Rakyat

Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai ... yakin sasaran ayahnya bentuk kerajaan Pakatan Rakyat

Beliau yakin ia akan menjadi realiti, kemungkinan besar sebelum pilihan raya umum ke-13.

Nurul Izzah yang menyertai politik selepas Anwar dipecat dan dihadapkan ke mahkamah juga menolak andaian bahawa pihak pembangkang bertindak dengan “terlalu gopoh” dalam mencapai sasaran berkenaan.

“Kami sering dikritik kerana bergerak terlalu lambat… memang ramai yang mahu tarikh 16 September dilaksanakan dengan cepat.

“Kami mahu mengikut cara berhemah dan menghormati Perdana Menteri, dan mahu beliau mengadakan perbincangan dengan pembangkang,” kata beliau kepada mStar Online dalam pertemuan baru-baru ini.

Nurul Izzah yang bertanding kali pertama dalam pilihan raya Mac lalu dan menewaskan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, secara peribadi beliau yakin peralihan kuasa akan tetap berlaku. – mstar

Tok Guru Nik Aziz yakin Pakatan Rakyat akan ambilalih Kerajaan Pusat

Murysidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mengetuai Kelantan sejak 1990, masih yakin Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat sambil menekankan bahawa pihaknya akan tetap memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Tok Guru Nik Aziz setuju Anwar jadi PM jika Pakatan ambilalih Kerajaan Pusat

Tok Guru Nik Aziz setuju Anwar jadi PM jika Pakatan Rakyat ambilalih Kerajaan Pusat


Keputusan memilih Anwar jika pembangkang berkuasa di peringkat persekutuan, kata Tok Guru Nik Aziz, sudah lama dipersetujui oleh pembangkang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pembangkang telah memutuskan demikian semasa pihaknya bersetuju untuk mewujudkan barisan alternatif sembilan tahun lalu.

“Cerita Anwar (dipilih sebagai Perdana Menteri) sudah lama… belum pada ini kita ada APU (Angkatan Perpaduan Ummah), lepas itu Barisan Alternatif, masa kita buat (bentuk) BA, kita dah buat keputusan, Perdana Menterinya Anwar… bukan cerita baru,” kata beliau.

Kasihan khairy belum lagi lepas had layak bertanding

TERKINI 1: Memandangkan semakin hari Khairy telah ditolak oleh Perwakilan Pemuda Umno untuk bertanding Ketua Pemuda, Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub pula semalam secara rasmi mempelawa Khairy sepertimana dipelawanya kepada Tengku Razaleigh menyertai Pakatan Rakyat.

Tawaran dikemukakan ekoran situasi tidak menentu nasib yang menimpa Khairy dalam merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

“Saya nampak Khairy susah untuk melepasi kuota pencalonan apatah lagi memenangi jawatan Ketua Pergerakan itu,” kata Salahuddin di lobi Parlimen.

PAS dan PKR sedia melupakan apa yang pernah dilakukan selama ini oleh Ahli Parlimen Rembau itu.

“Dia boleh memberikan sumbangan kepada Pakatan Rakyat daripada hanyut atau diketepikan Umno begitu sahaja. Saya takut dia menjadi mangsa kepada kepada percaturan yang ‘hebat’ dan ‘brutal’ yang berlaku dalam Umno kini,” ujar Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

TERKINI 2: Mengikut maklumat baru dari kawan-kawan dalam Pergerakan Pemuda Umno, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang kini baru memperolehi 19 pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda sedang berkira-kira untuk tidak lagi bertanding jawatan tersebut bahkan kemungkinan besar akan memberi laluan kepada Datuk Mukhriz.

Sebaliknya beliau (Khairy) hanya akan mempertahankan jawatannya kini.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir menjadi calon pertama layak bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno apabila berjaya melepasi kuota minimum kelayakan untuk bertanding jawatan berkenaan setelah mengumpul 40 pencalonan daripada 72 bahagian yang bermesyuarat sejak Khamis lalu.

Nasib Khairy dan mertuanya... yang tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno

Nasib Khairy dan mertuanya... yang tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno

Jumlah minimum pencalonan untuk bertanding jawatan berkenaan ialah 38 dan Naib Ketua Pemuda pula sebanyak 29 pencalonan.

Mukhriz yang juga Exco Pemuda memperoleh pencalonan daripada Bahagian Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Kota Melaka, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Teluk Intan, Pagoh, Pasir Gudang, Kalabakan, Langkawi, Kuantan, Rasah, Jelebu, Jempol, Ipoh Barat, Lipis, Bentong, Tenggara, Padang Rengas, Subang, Kampar, Kota Belud, Tuaran, Permatang Pauh, Bagan ,Pokok Sena, Batu Pahat, Padang Serai,Setiawangsa, Simpang Renggam, Kulai, Tebrau, Bakri, Sepanggar, Beaufort, Gombak dan Kuala Selangor.

Setakat ini Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hanya memperoleh 19 pencalonan daripada bahagian Machang, Pengkalan Chepa, Ketereh, Silam, Bandar Tun Razak, Bagan Datoh, Beruas, Bachok, Raub, Rompin, Bagan Serai, Gelang Patah, Pontian, Parit Buntar, Kota Kinabalu, Johor Baharu, Bayan Baru, Keningau dan Sepang.

Kasihan Khairy, sudah nasib badan. Inilah padahnya ‘naik kerana’ mertua atau bapa bukan dengan kewibawaan sendiri. Khairy kena kerja kuat lagi.