Rasuah, Rasuah, Rasuah, PM arah henti berbalah: mana satu betul Pegawai Kerajaan atau Pemimpin Politik?????

Perbalahan pemimpin politik dan pegawai tinggi kerajaan semakin parah apabila Perdana Menteri turut campurtangan berkaitan maklumat yang diberi Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum mengenai indeks jenayah bertambah disanggah Pengarah Jabatan Siasatan jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee.

Begitu juga peperangan kenyataan kepada media antara Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Adam Abdul Hamid dan Ketua Pengarah LKIM, Datuk Annas Khatib Jaafar mengenai pendedahan media berhubung isu berhubung pemberian kontrak pembinaan Kompleks LKIM Kuala Kedah di Kampung Geluncur, Kedah.

Rabu lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegur beberapa pihak yang berbalah secara terbuka berhubung pelbagai masalah dalaman jabatan atau agensi masing-masing dan mengarahkan perbuatan itu dihentikan serta-merta, Perdana Menteri menegaskan semua pihak terbabit sepatutnya bersemuka untuk menangani sebarang perselisihan atau masalah yang dihadapi.

Berbalas kenyataan menerusi media apabila berhadapan dengan masalah bukan cara betul untuk menanganinya.
Mancamana Perdana Menteri buat kenyataan mengajar pegawai kerajaan menyorot perkara sebenar yang berlaku dalam jabatan atau agensi kerajaan.
“Bercakap kepada media tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya memburukkan lagi keadaan, kata PM selepas merasmikan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (Maca) rabu lalu.

Abdullah merujuk perbalahan antara Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee serta Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Adam Abdul Hamid dan Ketua Pengarah LKIM, Datuk Annas Khatib Jaafar.
Mana satu betul? Pemimpin politik atau Pegawai kerajaan. Pegawai kerajaan kena berfikir panjang mengenai tindakan pemimpin politik dalam sesuatu perkara. Banyak sudah peristiwa yang menimpa pegawai kerajaan. Contoh terdekat adalah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang berMenterikan Dato Annuar Musa dalam kes duit PPRT. Akhirnya Bekas Ketua Setiausaha Kementerian tersebut merengkok dalam penjara angkara Menterinya.
Ahad lalu, Johari mendakwa indeks jenayah di ibu negara meningkat mendadak, terutama di daerah Sentul hingga 90 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Bagaimanapun, Selasa lalu, Wan mempertikaikan perangkaan itu kerana statistik yang dikeluarkan Bukit Aman tidak menggambarkan peningkatan mendadak seperti didakwa Timbalan Menteri berkenaan.

Kelmarin, Johari mempertahankan perangkaan yang diberikannya, manakala semalam pula Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mohd Najib Aziz mempertahankan perangkaan Bukit Aman yang diumumkan Wan kerana ia sudah diaudit.

Kemelut dalam LKIM pula tercetus apabila Adam Hamid mendedahkan tindakannya membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada Februari lalu berhubung pemberian kontrak pembinaan Kompleks LKIM Kuala Kedah di Kampung Geluncur, Kedah, bernilai kira-kira RM55 juta yang didakwa meragukan dan tidak mengikut prosedur.

Sehari selepas itu, Annas Ketua Pengarah LKIM mendakwa Adam berniat jahat dan beliau mendedahkan mengenai penipuan yang didakwa dilakukan Majuikan Sdn Bhd (Majuikan) yang dipengerusikan Adam berhubung pinjaman luar pesisir berjumlah 10 juta Euro (RM46 juta).

Perdana Menteri menegaskan tindakan pihak terbabit kebelakangan ini boleh menyebabkan orang ramai hilang keyakinan terhadap kerajaan. Memangpun!!!!

Ditanya mengenai keperluan mewujudkan garis panduan bagi mengelak perkara seumpama itu berulang, Abdullah berkata, ia tidak perlu kerana semua pihak seharusnya tahu perbalahan di media tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.

Mengulas mengenai isu LKIM dan Majuikan, Abdullah berkata, beliau meminta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memberi maklumat terperinci berhubung perkara itu kepadanya dan kalau boleh rahsiakan daripada pengetahuan orang ramai.
Ditanya mengenai laporan media Jepun yang mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menerima rasuah RM32 juta daripada syarikat perkapalan negara berkenaan, Abdullah berkata, BPR akan diminta menelitinya.

Pemangku Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan, berkata pihaknya akan menyiasat segera dakwaan akhbar berkenaan dan juga mengesahkan BPR sudah membuka dua kertas siasatan berasingan berhubung dakwaan membabitkan LKIM dan Majuikan.

Siasat, siasat, jangat tak siasat. Lepas siasat senyap.

3 Respons

  1. pah cceroh rasuah…. adoiiilaaa.. bilo nok selesai… kes 18 profil dulu lagu mano? maka senyap gitu yah.. time nok dekat pilihanraya… baru nok geger pulok….

  2. nok juppo guano rasuah, mugo cari beler-beler tidur……

  3. kawe raso baik sapo2 hok handle jiwokelate ni buat komentar sendiri… baru sedak baco buoh pikiran demo… posting hok ado tu kito baco mano2 pun buleh… sekian dari kawe…

Tinggalkan komen