Jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri

KEMASKINI:
Mesyuarat Khas PAS Pusat telah selesai: Ada dua keputusan besar yang telah diambil seperti yang diisytiharkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media (29 Oktober 2009, lebihkurang 1.00 pagi) sejurus selepas mesyuarat tersebut, iaitu:-

1. Satu Seminar Politik diadakan bagi menggantikan cadangan Muktamar Khas (EGM) seperti yang dicadangkan Mursyidul Am PAS. [ Difahamkan Tok Guru musryidul Am bersetuju? Betul tidak, sayapun tak boleh mengesahkan sebab ada yang kata tidak demikian. Sebab Tok Guru keluar mesyuarat selepas bentang cadangannya.]
2. Satu siasatan perlu dilakukan keatas PAS Selangor dengan dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.
3. Isu Kerajaan Perpaduan ditutup rapat buat masa kini. Masa depan, tengok keadaan?

Mesyuarat sudah, tetapi ‘pahat masih berbunyi’, Kenapa demikian. pemerhati politik atau bloggger melihat keputusan yang diambil mungkin tidak tegas atau kehendak mesyuarat itu tidak tercapai. Difahamkan kehendak ahli Mesyuarat sepeti yang dilaporkan adalah EGM perlu diadakan bagi dan beberapa tindakan disiplin perlu diperketatkan.

Antara ‘pahat berbunyi’ selepas mesyuarat, adalah
“PAS Selangor hari ini menggesa parti itu turut menyiasat pembocor “rahsia parti” kepada umum, selain isu kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan pesuruhjayanya Datuk Dr Hassan Ali.

Mesyuarat khas jawatankuasa pusat parti itu malam tadi memutuskan PAS Selangor dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin berhubung dakwaan Dr Hassan masih terlibat dengan isu tersebut, lapor Malaysiakini.

Rahsia keluar daripada siapa, takkanlah rahsia keluar daripada mulut Mursyidul Am PAS itu salah. Lain kali jangan cakap sebarangan. Nak menyalahkan orang kununnya.

Masalah di sini ialah Di mana tempat untuk mengadu jika pemimpin sendiri melakukan kesalahan seperti apa yang berlaku ini. Pesuruhjaya PAS Selangor kena sedar bahawa PAS ini bukan miliknya seorang sahaja. jadi apa yang dicakapkan oleh Pesuruhjaya sekalipun, kita boleh laporkan kepada Mursyidul Am atau Presiden atau kepada Ahli-Ahli Majlis syura atau ahli-ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat untuk di bawa dan dibincang serta diputuskan.

Takkanlah saya ada kes yang menyifatkan perlakuan yang saya anggap tidak sepatutnya Pemimpin dan ahli PAS lakukan saya pendam begitu sahaja. Jadi saya laporkan kepada Mursyidul Am pun tak boleh. Macamana ni!! Kalau begitu Mursyidul Am PAS kena jadi bisu dan pekak. Tak boleh dengar aduan ahli-ahli bawahan.

Akhram_n_YB_Nasa

Bertemu blogger di Rumah Dato Hassan Ali

Jadi apapun pesuruhjaya PAS Selangor diharap tidak menyalahkan orang lain. Lihatlah diri sendiri. jangan ingat orang lain itu semuanya salah, hanya diri kita seorang sahaja yang betul. Jika nak ber”Rahsia”, ada caranya tersendiri. Bukan panggil Blogger tertentu sahaja dan ……. Bercakap apa-apapun dengan Blogger Umno mengenai PAS, tidak mengapa? PAS tidak boleh ambil tindakan. [Gambar di atas saya ambil dari Blog Anak Sanudi Junid – Harap maklum]

Walau apapun kita tunggulah pula apa nak jadi dengan PAS pada Seminar Politik pada 7 November 2009 (Sabtu) yang katakan menggantikan EGM seperti yang telah diputuskan oleh mesyuarat tersebut. Kita sabar menunggu, apa nak jadi!!

Mungkin ada lagi ‘pahat yang berbunyi’ kerana ianya tidak selesai masalah sebenar. Apapun tunggulah.

Siapa Pemimpin PAS ingin bekerjasama dengan Umno?

TERKINI:
Cadangan Muryidul Am PAS akan diputuskan oleh selepas Mesyuarat Khas PAS Pusat pada hari Rabu (28 Oktober 2009), kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di Lobi Parlimen hari ini.

Kenapa beriya-iya sangat Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz nakkan PAS adakan EGM bagi menentukan hala tuju perjuangan, mungkin ada maklumat sulit yang diketahuinya tidak diketahui oleh ahli-ahli di bawah.

Berita di bawah mungkin ada benarnya kerana Presiden Umno, Najib Razak membuat pengakuan bahawa ada satu kumpulan dalam PAS yang benar-benar ingin mengadakan kerjasama dengan Umno dan satu kumpulan lagi yang menentang hasrat tersebut.

PAS berpecah kepada dua: Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata percanggahan dalam PAS nampaknya sudah sampai ke kemuncak dan semakin serius sehingga timbul dua kumpulan dalam parti itu.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata satu kumpulan mahu bekerjasama dan mewujudkan persefahaman dengan UMNO dalam bentuk yang sesuai manakala satu lagi menentangnya.

“Ada pihak yang lebih mementingkan politik daripada ummah. Kita hargai pihak yang melihat Umno sebagai mewakili orang Melayu, berjasa dalam perjuangan ummah dan menjaga kepentingan kaum-kaum lain,” katanya pada sidang media selepas tamatnya Sidang Kemuncak Asean ke-15 di sini.

Najib berkata percanggahan dalam PAS nampaknya semakin serius berikutan hasrat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengadakan Muktamar Agung Khas PAS untuk membersihkan parti daripada pemimpin-pemimpin yang bermasalah.

Menurut Perdana Menteri ada kumpulan dalam PAS yang tidak mahu bekerjasama dengan Umno untuk menegakkan kepentingan orang Melayu dan Islam semata-mata kerana kepentingan politik mereka.

Pihak ini, kata beliau tidak menghargai jasa Umno dalam mewakili kepentingan orang Melayu dan menjaga perpaduan ummah.

Katanya terdapat sekumpulan pemimpin dalam PAS pula yang berhasrat untuk mencari pendekatan yang boleh membawa kepada perpaduan ummah, mirip kepada bekerjasama.

“Apa bentuk tak tahu… maknanya tak mahu perpecahan. Satu lagi kumpulan mahu perbalahan berterusan dan tiada pertimbangan apa-apa untuk perpaduan,” kata beliau.

Ditanya sama ada ada Umno akan mengadakan perbincangan dengan PAS, Najib berkata selagi PAS tiada kata sepakat, Umno tidak boleh mengadakannya secara rasmi.

“Kita tunggu dan lihat perkembangan dalam PAS,” katanya, sambil menambah kata, bahawa sebarang perbincangan tidak akan membuahkan hasil jika diadakan dengan wakil tertentu sahaja dan bukan keseluruhan parti itu. – BERNAMA

Manakala hari ini pula seperti yang dilaporkan Sinar Harian melaporkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata parti itu tidak akan mengadakan Muktamar Khas (EGM) seperti yang dicadangkan Mursyidul Am sebelum ini.

Sebaliknya akan mengadakan Mesyuarat Khas PAS Pusat bagi membincangkan isu parti, dan telah dipersetujui Mursyidul Am itu sendiri selepas mengadakan pertemuannya dengannya dua hari lepas.

Kita tunggulah apa keputusan Mesyuarat Khas PAS nanti.

Dato’ Ibrahim Ali minta siasat Majlis Peguam

Atas permintaan kawan-kawan nak dengar Suara Dato’ Ibrahim Ali berucap di Parlimen. Sebelum Pilihanraya dulu, Dato’ Ibrahim Ali ada kata, jika kerajaan tak dengar kata dia “dia akan lopat atas meja”.

Ha ni dia ucapan ketika Dato’ Ibrahim Ali membahaskan Rang Undang-Undang Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009]

Pakatan Rakyat akan adakan Konvensyen Nasional 12-13 Disember 2009

Sidang media

Sidang Media Pimpinan Pakatan Rakyat pada 20 Oktober 2009 di Pejabat Ketua Pembangkan Parlimen Malaysia.

Pemimpin Pakatan Rakyat hari ini memutuskan semua perbezaan pendapat antara ketiga-tiga parti harus diselesaikan menurut saluran yang betul sama ada di peringkat negeri ataupun pusat.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di parlimen petang tadi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu ianya bagi menjaga hubungan baik antara parti dalam Pakatan Rakyat.

Teruskan membaca

Penyalahgunaan kuasa/ Penyelewengan oleh Ketua Bahagian Umno ..

Sidang media

Sidang Media MP PAS pada 20 Oktober di Lobi Parlimen mengenai pelbagai isu terutamanya mengenai penyalahgunaan kuasa oleh Ketua bahagian Umno, isu cuti 16 September dan lain-lain.

Musuh Exco buat fitnah lagi ….

Semuanya dengar cerita saja. Yang menulis pula, yang saya kenal adalah musuh Exco tersebut. Dan yang dikatakan ‘kena tumbuk’ itu pula tak cerita benda sebenar.

Sayapun ada di sana, yang saya tahu, Exco berkenaan tanya “Adakah ini En X, Pegawai BPR”. Jawabnya tidak. Sebenar dia telah berbohong kerana Exco berkenaan amat kenal dengan beliau yang menyiasat satu kes di Kelantan. Exco berkenaan berkata “Jika ada bukti, dakwa sajalah, kenapa tak dakwa?

Itulah En X dan “Musoh Exco” tersangat sakit hati dengan Exco berkenaan.

Janganlah dok bawa citer bukan-bukan …. kerana musuh Exco tersebut memang mereka cipta cerita. setakat dengar cerita orang tak payah lah.

(Cerita ‘kena tumbuk’ memang direka … dan kisah dan masalah ‘En X yang kena tumbuk’ akan kita akan cerita kemudian)

Si En X, jika nak tahu ada masalah dengan SPRM (dengar khabar dari SPRM), beliau telah digantung jawatan. itu sebab dia makin sakit hati dengan Exco berkenaan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin atau Mahfuz turut diheret dalam cerita bohong ini sedangkan mereka berdua belum dapat cerita sebenar daripada Exco berkenaan. Jangan dok perguna Salahuddin dan Mahfuz .. Saya dok hari-hari dengan mereka.

Semalam Dato’ Mahfuz menafikan Cerita Bohong tersebut dalam Sinar Harian 20 Oktober 2009.

Mahfuz nafi Exco PAS tumbuk tetamu – Sinar Harian
Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar menafikan dakwaan seorang Exco PAS dari Kelantan yang menumbuk seorang tetamu di Majlis Aidilfitri PAS Pusat di Taman Melewar Gombak, kelmarin.

Teruskan membaca

Imej SPRM, PDRM & Jabatan Peguam Negara tercalar

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, Dewan Rakyat 19 Oktober 2009

Soalan asal No. 4 – Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah berkesan bagi mengembalikan keyakinan awam terhadap imej negatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara berikutan keraguan umum terhadap perilaku penyiasatan dan pendakwaan terpilih.