MB Perak Pilihan Rakyat di Kedai Kopi Abe Soh

Sarapan Pagi di Kedai Kopi Abe Soh, Geting, Pengkalan Kubor.

Lawatan MB Perak Pilihan Rakyat, Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin ke Tumpat pada 25 Feb 2010.

Malaysia Hebat – Perjanjian dinodai

Perjanjian dinodai

Ahli Parlimen Tumpat Dato’ Kamarudin Jaffar menerangkan isu-isu semasa dalam majlis Penerangan Isu-Isu Semasa sempena Lawatan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin ke Tumpat pada 25 Feb 2010 di Pantai Geting, Tumpat.

Malaysia Hebat, Jet tanpa Enjin

Sejarah Perak

Ahli Parlimen Tumpat Dato’ Kamarudin Jaffar menerangkan isu-isu semasa dalam majlis Penerangan Isu-Isu Semasa sempena Lawatan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin ke Tumpat pada 25 Feb 2010 di Pantai Geting, Tumpat.

……. bersambung

Tok Aji dapat RM500 ….

Jawapan YB Zaki kepada Tok Hj Llah Geting pada 25 Feb 2010 di Pantai Geting, Tumpat

Dengar khabarnya Tok Guru Hj LLah Geting ni telah dipergunakan oleh Umno Tumpat dalam kempen memburuk-burukkan Tok Guru Nik Aziz. Sampai kepada satu tahap melampau dengan mengkafirkan Tok Guru Nik Aziz.

Royalti: Bagaimana Kerajaan boleh guna ordinan yang dimansuhkan

Pengerusi Jawatankuasa Petroleum kelantan, Datuk Husam Musa berkata Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1969, yang digunakan oleh kerajaan pusat sebagai alasan bagi menetapkan bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti, telah dimansuhkan pada 1979.

Oleh itu, katanya, ordinan berkenaan tidak boleh digunakan oleh kerajaan pusat dalam isu tuntutan royalti oleh keraaan Kelantan.

“Bagaimana kerajaan pusat boleh mengguna pakai ordinan yang telah dimansuhkan dan diiklankan dalam akhbar pada Ahad lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini bagi mengulas langkah kerajaan pusat menyiarkan iklan satu muka surat penuh di semua akhbar arus perdana berbahasa Melayu pada Ahad lepas bagi memberikan fakta sebenar mengenai kenapa Kelantan tidak layak menerima royalti minyak.

Kerajaan Kelantan bertegas mahukan kerajaan pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ihsan walaupun mengikut peraturan, negeri tersebut tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.

Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan sedangkan Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 menyebut negeri di dalam Malaysia mempunyai perairan wilayah hanya setakat tiga batu nautika (5.5 kilometer) diukur dari paras air surut.

Perkara 13. (1) Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1969 adalah dengan ini dimansuhkan. – Akta 216 Akta Darurat (Kuasa-Kuasa perlu) 1979

 

Teruskan membaca

ISU ROYALTI | Jawapan Balas Kerajaan Negeri Kelantan

ASAS TUNTUTAN BAYARAN TUNAI BAGI PENGELUARAN PETROLEUM DI LUAR PANTAI KELANTAN

Akta Pembangunan Petroleum, 1974 ( “PDA”), yang mulai berkuatkuasa pada 1 Oktober 1974, membawa kepada tertubuhnya Petronas dan diserah hak petroleum yang didapati dan diperolehi di daratan atau luar pantai Malaysia kepada Petronas.

Dato' Husam Musa - Foto Perisik Rakyat

Di bawah Akta Pembangunan Petroleum, 1974 (PDA), setiap daripada 13 Negeri di Malaysia telah menandatangani Perjanjian yang sama dan Geran Penyerah Hakkan pada tarikh yang berbeza dalam tahun 1975/1976 dengan Petronas bagi menyerah hak pemilikan masing-masing terhadap petroleum kepada Petronas dengan pertimbangan Petronas membayar kepada setiap Negeri di mana petroleum dihasilkan samada di daratan dan lautan dengan bayaran tunai dalam bentuk jumlah tahunan setara dengan 5% daripada nilai petroleum yang dihasilkan di mana-mana negeri yang berkenaan.

 Kami tidak bersetuju dengan jawapan yang diberikan dalam iklan dibuat atas nama Kerajaan Persekutuan baru-baru ini. Jawapan kami terhadap soalan yang sama adalah sebagaimana berikut:-

1. Menurut Akta Pembangunan Petroleum1974, apakah istilah yang digunakan untuk pembayaran yang dibuat untuk pengeluaran minyak dan gas?

PDA, kesemua 13 Perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak menggunakan istilah “bayaran tunai kepada kerajaan negeri berkenaan”. Perkataan yang popular digunakan oleh semua pihak ialah “royalti”. Namun, tidak ada yang berubah mengenai bentuk pembayaran iaitu bayaran tunai kepada kerajaan negeri.

2. Mengikut Perjanjian diantara Petronas dan kerajaan negeri dalam tahun 1975/1976, apakah syarat untuk mendapatkan hak 5% bayaran tunai kepada kerajaan negeri?

Istilah-istilah yang digunakan dalam PDA, 13 Perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak adalah “di daratan (On-Shore) ” dan ” luar pantai (Off-Shore)” untuk maksud petroleum yang dihasilkan di daratan dan di lautan. Tiada dinyatakan sama sekali samada di dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA), 13 Perjanjian dengan Negeri-negeri mahupun 13 Geran Penyerah Hak tentang sekatan hak setiap Negeri untuk menerima bayaran tunai bagi pengeluaran petroleum di luar pantainya berdasarkan kepada jarak dari pantai.

Oleh kerana itu, baik PDA, 13 Perjanjian mahupun 13 Geran Penyerah Hak tiada menyekat pembayaran bayaran tunai bagi petroleum yang dihasilkan samaada 3 batu, 12 batu, 200 batu atau jarak lain daripada pantai kepada 13 negeri kerana jarak tersebut tidak dinyatakan sama sekali di dalam PDA, Perjanjian dengan Negeri-negeri dan Geran Penyerah Hak. Sebaliknya perkataan umum yang digunakan ialah ” Off-Shore”.

Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1969 tidak terpakai kepada pemilikan petroleum, baik di daratan (On-Shore) atau luar pantai (Off-Shore). Ordinan ini juga tidak ada kaitan dengan kewajipan undang-undang oleh Petronas untuk membayar bayaran tunai kepada suatu Negeri samada petroleum dihasilkan di daratan (On-Shore) atau luar pantai (Off-Shore). Hanya Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) sahaja yang terpakai. Dengan demikian, Ordinan tersebut bukan perundangan yang relevan bagi perkara ini.

Lebih spesifik, semua perjanjian antara negeri dan Petronas menyebut rujukan tunggal kepada seksyen 4 Akta PDA ;
Teruskan membaca

PKR rai Tahun Baru Cina 27 Feb. 2010

Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah serta kepimpinan Tertinggi PKR akan bersama meraikan sambutan Tahun Baru Cina