Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1429

Takbir Hari Raya




Ya Allah Ya tuhanku bebaskan Tahanan ISA Ya Allah… Amiin. Semoga doa hambaMu ini di perkenankan. Amin Ya Rabbal A’lamin.

———————————————–

Lagu Hari Raya

Sambil dengar Takbir Raya dan lagu Raya. Sms terus di terima daripada:
1. Md zai (AJK lajnah Pengguna dan Alam Sekitar) – “Selamat Hari Raya, maaf zahir Batin”.
2. Mohd Yusof, CEO Fomca – “Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Minal aidin wal faizin, taqabbalallah Minna wa minkum. Maaf zahir batin.
3. Nuha: “Tatkala berakhirnya ramadhan. Menjengah Aidilfitri seindah lebaran. Buat saudara dan jua teman. Bukan nilai jadi bandingan. Namun ingatan menjadi sandaran…

Tahniah Kerajaan Perak

Datuk Seri Nizar berbincang dengan Exconya dari DAP

Datuk Seri Nizar berbincang dengan Exconya dari DAP


Tahniah! Ahad lalu Kerajaan negeri Perak bertindak berani memecat serta merta Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan yang mengaku menerima habuan seks wanita warga China berhubung apa yang dinyatakan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebagai skandal rasuah membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.

Zul Hassan... Ahli Majlis Daerah tengah dipecat MB Perak

Zul Hassan... Ahli Majlis Daerah Perak Tengah dipecat MB Perak

Rabu lalu, 24 Ogos lalu, Zul didakwa menerima rasuah berbentuk habuan seks setelah mengadakan pertemuan dengan pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) di Ipoh.

PKR sokong kerajaan Perak pecat Zul Hassan
Parti keadilan Rakyat (PKR) menyokong keputusan Kerajaan Negeri Perak untuk memecat Ahli Majlis daerah Perak Tengah, Zul Hassan ekoran kenyataannya yang mengaku terima habuan seks tetapi disifatkannya sebagai ‘sedekah’.

Menurut Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kenyataan sedemikian telah memperlekehkan usaha Pakatan Rakyat (PR) kearah pembentukan sebuah kerajaan yang menghormati kepercayaan rakyat….. tindakan ini (kerajaan) bagi memastikan pegawai kerajaan benar-benar berpegang pada etika dan moral, bukan sekadar cakap kosong, katanya, lapor sinar Harian selasa lalu.

Nga Kor Ming, Exco Kerajaan Perak merangkap Ahli Parlimen DAP, Taiping

Nga Kor Ming, Exco Kerajaan Perak merangkap Ahli Parlimen DAP, Taiping

Exco Perak sokong tindakan MB
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam, Nga Kor Ming (DAP), bersetuju dengan keputusan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang meminta Zul Hassan melepaskan segera jawatan ahli Majlis Daerah Perak Tengah.

“Kepentingan masyarakat dan imej kerajaan negeri harus didahulukan oleh mana-mana ahli majlis sebelum menjaga kepentingan sendiri…… kenyataan beliau (Zul Hassan) bahawa telah mengadakan hubungan seks dengan seorang warga China menunjukkan beliau tidak sesuai lagi untuk memegang jawatan sebagai ahli Majlis,” ujar Nga Kor Ming lapor sinar Harian.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, ucap tahniah kepada MB Perak atas tindakan yang tidak berkompromi tentang salah laku tersebut…. Ini langkah terpuji dan pengajaran kepada mereka yang terlibat dengan kegiatan salah laku ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menyifat tindakan MB Perak itu menggambarkan pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) berbeza dengan BN kerana tidak berkompromi dengan kesalahan yang boleh meruntuhkan PR.

Mahfuz Omar dalam kenyataannya berkata Kerajaan-kerajaan PR bukan sahaja mesti mementingkan kredibiliti para pemimpinnya malah ia juga mesti meliputi para pegawainya.

Apa yang berlaku kepada Zul itu bukan semata-mata tuduhan atau mempunyai unsur konspirasi.

“Sebaliknya, orang itu sendiri dengan jelas mengakui beliau mengakui perbuatan terkutuk dan jijik itu,” katanya.

Tok Guru MB jeput ke Majlis Mesra Aidilfitri, 2 Syawal

Sambil balik kapong untuk cuti berhari raya amba ada terima satu surat dari MB Kelantan yang berbunyi seperti berikut:

Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
(Menteri Besar Kelantan) mempersilakan……
ke Majlis Mesra Aidilfitri Pimpinan Kerajaan Kelantan
Dengan Anak-Anak Kelantan di Perantauan 1429H/ 2008M
pada 2 syawal 1429/ 2 Oktober 2008 (Khamis) jam 8.45 malam
di Pusat Tarbiyah islamiah Kelantan (PUTIK), Jalan Maktab, Pengkalan Chepa.

Jadi pakat gi belakalah. Semoga dapat berjumpa saing sobat hakjauh dan dekat. Sambil-sambil tu ba kali ada persembahan dikir barat.

Hayati Aidilfitri, antara pesanan Tok Guru Nik Aziz

Tok Guru Mursyid Am PAS

Tok Guru Mursyid Am PAS

“Saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakyat Kelantan khasnya. Tidak kira apa bangsa sekalipun.

Tolong hati-hati. Termasuklah dua perkara yang biasa polis beri ingatan. Anak-anak kecil yang suka main bakar mercun. Yang putus jari, yang buta mata, yang melecur. Ini bukan raya orang Islam. Ini benda lain”.

“Begitu juga masalah jalanraya. Sekarang ni zaman orang nak cepat. Tak kira orang berjalan kaki, tua atau muda semua nak cepat.

Kedua-dua pesanan ini saya berikan kepada ibu bapa dan remaja khasnya. Tolong jaga hariraya supaya hariraya ini benar-benar menyenangkan hati dan tidak menimbulkan masalah dalam masyarakat kita khasnya keluarga kita sendiri,” – Itu antara ucapan Tok Guru Nik Abdul Aziz

Selamat Hari Raya dari pembaca blog kami

Selamat Hari Raya dari pembaca blog kami


Sementara itu, kami menerima beberapa sms mengucapkan selamat hari raya, antaranya:
Terkini
1. Dari sheih: “Semoga kemenangan menentang hawa nafsu mengajar kita bagaimana untuk menang menentang kezaliman manusia. Bebaskan tahanan ISA, bebaskan rakyat dari penindasan dan kemiskinan. Ke arah Malaysia Negara Berkebajikan. Salam perjuangan di Aidil fitri” – Syed Azidi, Bariah, dan Al,Rifqi, Rayyan & Qistina.
2. Dari Dr Anwar dan Keluarga:”Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf zahir batin”.
3. Dari Rozi & Norhayati serta keluarga:”Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf zahir batin”.
4. dari ustaz Idris/ Ustazah kamariah/ Nurulizzati: “Taqabbalallah minna wa minkum. Maaf segala kesalahan sepanjang bersahabat. Moga semangat ramadhan mengukuh ukhuwwah & mantapkan jihad”.

Teruskan membaca

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat terus menentang ISA

Sempena Aidilfitri Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh (tudung hitam) dan Jawatankuasa Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) terus menerus menentang ISA yang zalim.
Sambil tu baca juga.

Tahniah kepada Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh bersama pimpnan GMIi

Tahniah kepada Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh bersama pimpnan GMIi

Ustazah! teruskan menentang kezaliman ISA sehingga ISA dimansuhkan. Kami tabik ‘salute’ spreng Ustazah.

Lagi gambar menarik dalam ni.

Pening juga baca Kenyataan Presiden PAS

AMARAN
PAS tidak akan sertai kerajaaan baru persekutuan jika majoritinya bukan Islam.

Wah begitulah bunyi tajuk Harakah cetak minggu ini sempena Aidilfitri. Lantas selepas terawikh tadi kawan-kawan dan ahli-ahli PAS cawangan Bechah Temalang yang kebetulan saya sebagai Ketua Cawangannya memanggil saya untuk tanya apa perkembangannya. Saya tanya ha kenapa dengan tajuk Harakah minggu ini?

Rupanya Tok Guru Presiden PAS masih enggan menandatangani persetujuan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan kerajaan jika beliau mempunyai bilangan yang mencukupi. 16 September lalu khabarnya jumlah sudah cukup. Tetapi bilangan Ahli Parlimen yang beragama Islam terlalu sedikit.

Ada yang jawab kenyataan Presiden tak berstrategik langsung? Sepatutnya Presiden desak Perdana Menteri dan kabinetnya letak jawatan untuk beri laluan kepada Pakatan Rakyat perintah Malaysia. Perdana Menteri kini bukan kita saja yang desak dia berhenti pemimpin Umno dan akar umbi Umno pun dok desak Pak Lah berhenti. Pening! Pening!

Saya pening juga dok fikir nak jawab apa kepada ahli-ahli cawangan saya. Saya hanya jawab apa yang ditulis dalam Harakah Presiden akui sendiri bahawa “Bagaimanapun sebarang keputusan akan melalui mesyuarat parti terlebih dahulu”.

“Habis sebab apa buat kenyataan ni, sedangkan keputusan belum dibuat,” kata Ismail (antara Ajk Pas cawangan) sambil garu kepala.

Ni lah masalah Presiden kita, buat kenyataan tanpa bincang dulu. Kita di bawah dok berdoa siang malam supaya BN/ Umno jatuh. Inilah masanya. Jatuh dulu BN/ Umno, lepas tu kita kiralah (parti bincanglah nak lantik siapa jadi PM dan kabinetnya). Jika kabinet kita menyeleweng dari dasar yang kita hendak, kita tarik diri pula. Apa masalahnya.

Itulah antara beberapa harapan ahli-ahli di bawah, nampaknya di Kelantan ahli-ahli dibawah selari dengan harapan Tok Guru Nik Aziz (baca: Politik Malaysia semakin gawat).

Baca tajuk kenyataan Timbalan Presiden PAS dalam harakahdaily.net sejuk sikit hati dengan tajuk “PAS sokong kerajaan baru – Timbalan Presiden PAS”, tetapi bila baca isinya serupa dengan Presiden iaitu sokong bersyarat. Tak kisahlah bersyarat ke tidak bersyarat. Yang penting dasar kita dihormati. Jika dasar kita tak dihormati, semasa itu parti buat keputusanlah samada nak tarik diri daripada menjadi kerajaan atau letak jawatan dalam kabinet Pakatan Rakyat.

Contohi Datuk Zaid Ibrahim tak bersetuju dengan dasar kerajaan BN, beliau tidak berlengah untuk letak jawatan.

Teringat saya dalam satu artikel dalam SIASAH (TARIKH?) membanding kebaikan Datuk Zaid Ibrahim rela letak jawatan sebagai Menteri di JPM berbanding dengan Datuk Ibrahim Ali (cita-citanya mungkin nak jadi Menteri juga agaknya?). Tahniah MSO.

Harapnya keputusan Muktamar PAS supaya Pakatan Rakyat ditegakkan, Kerajaan BN/ Umno ditumbangkan dengan digantikan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat yang berkebajikan.

——————— malam 30 Ramadhan 1429 —————————–

Dari saya, ahli-ahli PAS Bechah Temalang, Wakaf Bharu, Tumpat

Dari saya, ahli-ahli PAS Bechah Temalang, Wakaf Bharu, Tumpat

Sambil tu baca juga pesanan Tun Dr Mahathir sempena balik kampong dan baca ini juga.

Celaru habih,…. ahli-ahli Umno tak setuju EGM ditangguh

Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Mahathir mempersoalkan tindakan Majlis Tertinggi (MT) menangguhkan Perhimpunan Agung parti yang dijadual Disember ini ke Mac depan yang dilihatnya memberi impak negatif.

Beliau berkata, tindakan MT itu menyebabkan anggota Umno menjadi semakin bosan dengan kepimpinan parti kerana bagi mereka tidak ada keperluan munasabah Perhimpunan Agung Umno perlu ditangguhkan.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan keputusan menunda pemilihan parti sebagai “permainan kanak-kanak” dua pemimpin, hari ini menggesa ahli-ahli Umno supaya menolak keputusan Majlis Tertinggi (MT) semalam.

“Mereka patut menolak (keputusan MT semalam) kalau sayangkan parti.

“Mereka mesti tentukan sikap untuk menolak kerana ini (peralihan kuasa) bukan perkara kecil,” kata beliau pada sidang media di rumahnya di sini sebentar tadi.

Kata beliau, ahli-ahli Umno perlu meminta supaya pemilihan pucuk kepimpinan pusat dikekalkan Disember ini, bukannya menunda ke Mac depan.

Tengku Razaleigh Hamzah mengecam keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti yang menangguhkan pemilihan sehingga Mac depan dengan menyifatkannya sebagai “permainan kanak-kanak.”

Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu yang sebelum ini pernah menawarkan diri mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertanding jawatan Presiden berkata, beliau masih kekal dengan pendirian mahu menawarkan kepimpinan alternatif kepada Umno dan negara.

Tengku Razaleigh berkata, beliau tetap akan bertanding tidak kira bila pemilihan Umno diadakan.

“Kini kita sedia maklum bahawa Malaysia mempunyai prasarana bertaraf dunia dan politik negara dunia ketiga dengan pemimpin-pemimpin menjadikan negara sebagai sebuah republik pisang,” kata beliau pada sidang media di sini mengulas keputusan mesyuarat khas MT pagi semalam.

Dalam mesyuarat MT Umno, 18 September lalu Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) Umno akhirnya ditangguhkan tiga bulan sehingga Mac depan.

Sejurus selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, ketika banyak pihak mengkritik kepimpinan Umno, khususnya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memikul tanggungjawab terhadap prestasi BN, Ketua Penerangan, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pernah mengesyorkan agar parti memberi tumpuan terhadap soal pemulihan berbanding pemilihan. Bermakna atas syor beliau pemilihan semua peringkat ditangguhkan.

Sehingga kini peringkat cawangan sudah pun selesai mengadakannya. Sebahagian kecil ketua bahagian pula sudah menang tanpa bertanding. Persidangan perwakilan bahagian akan bermula secara rasmi bulan depan, yang turut menyaksikan proses pencalonan bagi jawatan-jawatan utama.

Sekarang dok perati kat Umno sekejap, apa nak jadi kat diaorang, nak harap kat PAS senyap dan lesu jer.

Menentang ISA, tengok ni orang lain pulak ke depan dalam perarakan aman menentang ISA malam tadi di Kuala Lumpur.