Memorandum bantah kehadiran dua warga Israel

Gabungan badan bukan kerajaan Islam mengenai Palestin semalam menyerahkan memorandum kepada Mohd Irza Dahari (gambar tengah), Penolong Setiausaha, Bahagian Keselamatan Dan Ketenteraman yang mewakili Menterinya Datuk Syed Hamid Albar, membantah kedatangan Pengurus dan pemain Kelab Bolsepak Chelsea warga Israel ke negara ini, Julai ini.

Pengerusi Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid (kiri), berkata keputusan kerajaan membenarkan kedatangan dua warga Israel bertentangan dengan dasar kerajaan yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara itu.

“Kita minta kerajaan tegas, sukan dan politik tidak boleh dicampur aduk kerana tentera Zionis tidak berperi kemanusiaan terhadap masyarakat Islam,” katanya.

Turut mengiringi Ustaz Nasaruddin Hassan (kanan), Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Anwar semakin yakin bentuk kerajaan sebelum 16 September

KUCHING: Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin yakin bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk Kerajaan Pusat selewat-lewatnya 16 September tahun ini menerusi sokongan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terutama dari Sabah dan Sarawak, malah turut meletakkan sasaran untuk menawan Sarawak 2010.

Penasihat PKR itu mendakwa peluang laluan Pakatan Rakyat untuk menawan Sarawak dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah mudah.

“Pakatan Rakyat akan naik dengan sokongan Sabah dan Sarawak. Kita bentuk dulu kerajaan pada peringkat Pusat…nak tawan Sarawak mudah,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin dan penyokong PKR di sebuah hotel di sini, lewat petang semalam.

Sebelum itu, beliau turut merasmikan penubuhan PKR Parlimen Mambong, di Padawan, dekat sini. Hadir sama ialah Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffery Ketinggan; Penasihat PKR Sarawak, Datuk Hafsah Harun dan Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak, Dominique Ng Kim Ho.

Anwar juga berjanji akan memberikan 20 peratus royalti minyak kepada Sarawak, sebaik Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di peringkat Pusat dan negeri nanti.

Malah selepas menawan Sarawak juga katanya, Pakatan Rakyat akan melantik seorang menteri khusus untuk menjaga royalti minyak bagi Sarawak.

Pilihan raya DUN Sarawak perlu diadakan selewat-lewatnya 24 Julai 2011, namun ramai pihak meramalkan ia akan diadakan lebih awal kemungkinan penghujung 2010.

Tak tergamak nak tanya…

Tak tergamak nak tanya siapa cadang nama Tok Guru Nik Aziz jadi MB Kelantan?
Tak tergamak nak tanya siapa lantik nama Tok Guru Nik Aziz jadi MB Kelantan?

Ampun Tuanku,
Patik tak tergamak nak tanya Tuanku.
siapa cadang dan lantik Tok Guru Nik Aziz jadi MB

Maaf! Tuan Guru Mursyidul Am PAS.
Maaf! Dato Seri Presiden PAS.

Amba, Ahli PAS dan rakyatpun tak tergamak nak tanya siapa cadang dan lantik Tok Guru Nik Aziz jadi MB.

Tuanku Sultan sendiripun barangkali tak tergamak nak tanya surat atau apa-apa bukti yang mencadang nama Tok Guru jadi MB. Apatah lagi kita ahli dan rakyat… lagilah tak tergamak nak tanya soalan tersebut.

Bila peristiwa perlantikan MB di Perlis dan Terengganu mengambil masa yang agak lama, Tuanku Sultan Kelantan sepatutnya ambil juga perhatian bahawa surat menyurat cadangan dan pandangan parti untuk nak lantik MB perlu diambil.

Tuanku Raja Perlis ketika nak lantik Dr Md Isa jadi MB Perlis juga ambil kira pandangan dan tengok surat cadangan Presiden Umno, walaupun akhirnya cadangan Presiden Umno ditolak.

Begitu juga di Terengganu, Majlis Pemangku Sultan ambil kira juga cadangan dan surat Presiden UMNO untuk lantik Datuk Idris Jusoh jadi MB Terengganu yang akhirnya Pemangku Raja lantik Datuk Ahmad Said jadi MB.

Tak tergamak nak tanya…. Adakah ada cadangan atau surat Presiden PAS untuk lantik Tok Guru Nik Aziz jadi MB Kelantan.

Khabarnya PAS Pusat tak sempat bincangpun. PAS Kelantan lagilah tak bincang. Sebabnya semuanya tak tergamak nak soal dan nak cadang.

Khabarnya pada malam keputusan Pilihanraya PRU 12 pada 8 Mac. PAS menang besar dengan majoriti dua pertiga. SU Perhubungan YB Takiyuddin panggil mesyuarat Dewan Harian Negeri dengan sms saja. Dalam keletihan sehari suntuk berpilihanraya. Sepatutnya bertenanglah dahulu. Kita dah menang besar, tiada apa yang dirisaukan lagi.

Kita berfikir begitu… Orang lain berfikiran lain.
Mungkin inilah masanya untuk cantas-mencantas kawan-kawan. Siapa cepat dia dapat. Patutlah Tuanku Sultan semasa Hari keputeraan pada 30 Mac lalu menasihatkan Kerajaan Kelantan supaya “Jangan ada pijak memijak”.

Sekalung Tahniah kepada Tuanku kerana dapat ‘mencium’ apa yang akan berlaku kepada kerajaan Kelantan.

Khabarnya juga dalam mesyuarat pertama tanpa notis mesyuarat bersurat itu, mesyuarat di Pengerusikan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tok Guru Nik Aziz sewaktu nak cadang nama Exco. Tok guru baca sekeping kertas yang dihulurkan SU perhubungan, Dato’ Taki.

Kata Tok Guru: “Jawatan MB Amba neh, TMB kita kekal Ustaz Mad dan exco kita bince ari lain”.

Mungkin dalam surat itu ada lagi nama yang tiada dalam senarai, lantas Tok Guru juga tak tergamak nak baca dan nak tanya.

Tercengang sebahagian ahli mesyuarat. Tak tergamak amba nak tanya?

Amba tak leh nak jawab soalan kawan-kawan (Pimpinan PAS) tanya siapa lantik Exco kerajaan Kelantan. Nak tanya tak tergamak sebab kita dilatih oleh Tok-tok guru hal-hal jawatan ni tak boleh nak meminta-minta dan lantik diri sendiri.

Sepatutnya inilah masa yang sesuai Tok Guru cadang nama orang lain untuk jadi MB. Ahli PAS dan rakyat tak kesah sangat, siapa pengganti Tok Guru. TMB yang ada kinipun layak, Ustaz Nik Amar pun mampu pikul jawatan MB. Dato Husam memang juga antara yang mampu pegang MB.

Tetapi kenapa Tok Guru tidak berbuat demikian. Setengah pimpinan PAS dan ahli berkata mungkin ada hikmahnya.

Sepatutnya Tok Guru serahkan saja kepada PAS pusat untuk tentukan siapa penggantinya. Seperti yang ditulis Subky Latif dalam Siasah ruangan “Terkenang semasa dulu’ mukasurat 45 keluaran 13-19 April 2008.

Dalam tulisannya Subky menulis:
“Justeru saya tertarik dengan satu berita sebelum pilihanraya lalu mengatakan kiranya Dato Nik Aziz berundur satu masa nanti …… maka gantinya akan ditentukan oleh satu undi sulit dikalangan pembuat dasar parti itu di Kelantan.

“Saya harap berita itu tidak betul.
“Baik undi sulit itu dibuat dikalangan ADUN PAS di Kelantan atau oleh anggota Badan Perhubungan PAS Kelantan … atau Dewan Harian Perhubungan Kelantan, kesemuanya bukanlah pihak yang berhak untuk membuat keputusan itu. Keputusan itu hanya berhak dibuat oleh PAS Pusat. PAS Pusat itu siapa?”

Menteri Besar atau gantinya atau Timbalan Menteri Besar… bukan urusan biasa diputuskan Dewan Harian PAS Pusat bahkan oleh Lajnah Politik atau Jawatankuasa Kerja PAS dan seterusnya Majlis Syura Ulama jika perlu. Itulah antara petikan Tulisan Subky.

Ataupun Tok Guru dok fikir apa akan jadi kepada anak dan menantunya, bila beliau melepaskan jawatan MB? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Kalau Tok Guru berfikiran demikian lantik sahaja Dato Takiyuddin atau orang kepercayaannya jadi MB.

Jangan jadi macam pemimpin BN kini yang dok fikir apa akan jadi kepada kroni dan anak menantunya. Itulah padah yang diterima pemimpin BN kini bila pemimpin besar dok fikir. BN hilang empat negeri dan BN juga hilang majoriti dua pertiga. Silap haribulan kerajaan Pusat berpindah tangan kepada Pakatan Rakyat.

Jadi amba tak tergamak nak tanya…..
Harap Anak Tok Guru yang bernama Nik Abduh sahaja yang amba kenal itu dan Nik Abduh kenal amba ‘tidak ambil hati’ dengan tulisan ini.

Nik Abduh tak perlu risau. Jika kita ada wibawa tersendiri. Pandailah Allah SWT angkat sesorang jadi pemimpin.

Amba tak tergamak nak tanya…

// bersambung

Tubuh Suruhanjaya siasat Umno: TPM canggah Menteri Luar

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganggap saranan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim, semalam supaya suruhanjaya itu ditubuhkan sebagai bukan satu keperluan.

“Tidak perlu suruhanjaya sedemikian,” kata Najib yang juga Timbalan Presiden Umno ketika diminta mengulas pandangan beliau berhubung perkara itu pada sidang akhbar Pameran Perkhidmatan dan Pertahanan Asia (DSA) 2008 di sini, semalam.

Kelmarin, Rais yang juga Menteri Luar mencadangkan supaya Umno menubuhkan satu suruhanjaya bagi mengetahui punca yang menyebabkan parti yang menjadi teras Barisan Nasional (BN) itu mencatat prestasi buruk dalam pilihan raya umum lalu.

Beliau berpendapat, langkah itu perlu untuk mengubah cara Umno beroperasi bagi memastikan pendekatan yang diamalkannya terus mendapat sokongan.

Selain itu, Rais turut mengulangi pendiriannya supaya menghapuskan sistem kuota yang mensyaratkan setiap pemimpin yang ingin bertanding jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden atau anggota MT mesti mendapat bilangan pencalonan daripada bahagian Umno.

Ketua Pemuda, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, hanya MT boleh membuat keputusan itu dan setakat ini Pemuda Umno tidak pernah membincangkan isu berkenaan walaupun beberapa cadangan sudah dikemukakan pelbagai pihak dalam usaha mengembalikan sokongan terhadap Umno.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib juga senada dengan Najib apabila menganggap operasi parti itu ketika ini dengan pelbagai jawatankuasa termasuk pengurusan, disiplin dan MT yang ditubuhkan sudah mencukupi.

Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad, berkata pandangan semua pihak terutama pada peringkat akar umbi perlu untuk memastikan sebarang cadangan berkaitan parti mampu membawa kebaikan untuk jangka masa panjang.

Seorang lagi Ahli MT, Datuk Shahrir Samad, berkata saranan sedemikian perlu diteliti pada peringkat tertinggi parti bukannya sekadar pandangan yang disampaikan pemimpin parti.

“Biarlah ia diputuskan dalam mesyuarat MT yang akan diadakan nanti,” katanya.

Polis terus siasat wanita dicabul bekas Menteri

KUALA LUMPUR: Polis akan meneruskan siasatan berhubung aduan seorang wanita yang mendakwa dicabul seorang bekas menteri walaupun dia menarik balik laporan itu petang kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman, berkata polis meneruskan siasatan kerana tidak mempunyai kuasa menggugurkan kes berkenaan walaupun mangsa mendakwa menggunakan surat berkanun untuk menarik balik laporan polis.

“Polis akan ambil keterangan bekas menteri terbabit untuk mengetahui perkara sebenar selepas beliau kembali dari luar negara dan masih dalam proses mengambil keterangan saksi.

“Hasil keterangan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa raya (DPP) untuk tindakan lanjut sama ada mendakwa menteri itu atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Semalam, akhbar melaporkan wanita berumur 30 tahun itu menarik balik laporannya yang mendakwa dicabul oleh bekas menteri kabinet melalui peguam dengan menggunakan surat berkanun dan dihantar kepada Peguam Negara serta polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II, Ku Chin Wah, kelmarin berkata wanita itu boleh dikenakan tindakan kerana membuat laporan palsu.

Memorandum bantahan filem-filem tempatan hina Islam

Oleh HJ. NASRUDIN BIN HASSAN, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) membantah sekeras-kerasnya kebenaran dan kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri melalui agensi di bawah kementerian iaitu Lembaga Penapis Filem berkaitan filem-filem tempatan yang menghina Islam dan filem-filem ‘telenovela’ latin yang berunsur lucah.

DPP Pusat melihat filem-filem tersebut adalah sebagai bahan yang akan merosakkan minda rakyat dan juga menghancurkan budaya tempatan. DPP Pusat juga melihat bahawa filem-filem yang berbentuk tahyul, keterlaluan ini semakin berluasa dan ianya salah di sesi agama serta bukannya daripada budaya kita.

Filem-filem tempatan yang menghina Islam
Pada bulan Mac 2008 baru-baru ini telah di tayangkan sebuah filem yang bertajuk ‘Akhirat’ yang begitu jelas menghina Islam dan filem-filem yang seumpama dengannya yang semakin banyak yang telah dihasilkan oleh penerbit tempatan.

Sepertimana filem ‘Akhirat’ tersebut jelas menjadikan adegan zina, minum arak dan berhibur secara keterlaluan itu sebagai sesuatu yang biasa dalam masyarakat kita. Konsep penggantungan sepenuhnya kepada Tuhan tidak dicerminkan di dalam filem ini malah dialog bebal juga menyalahkan Tuhan amat keterlaluan. Ada juga adegan cium leher, peluk, belai membelai, gesel menggesel tidak dapat mencerminkan tajuk ‘Akhirat’ itu sendiri.

Filem-filem ‘Telenovela’ Latin yang berunsur lucah
Dalam rancangan di televisyen setiap hari pula akan ada filem-filem ’Telenovela’ yang akan ditayangkan. Filem-filem tersebut jelas merosakkan budaya tempatan dan masyarakat seluruhnya.

Jika filem-filem ini terlalu banyak ditayangkan akan berlaku perubahan di dalam masyarakat secara negatif seperti pergaulan, pakaian, sosial dan yang lagi parah adalah beragama.

Tapisan dan kawalan filem
DPP Pusat berharap supaya semua pihak yang terbabit dapat membuat perubah drastik supaya perkara-perkara negatif dalam masyarakat dapat dibendung lebih awal. Oleh yang demikian; DPP Pusat mendesak supaya kementerian dapat menapis dan mengawal semua filem-filem yang hendak ditayangkan. DPP Pusat juga meminta supaya kerajaan di bawah agensi-agensi yang terbabit agar bertindak segera seperti berikut;

1. Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) nasihatkan agar filem-filem yang akan dikeluarkan tidak menghina Islam. FINAS yang ditugaskan untuk memartabatkan Warisan Budaya Bangsa melalui filem harus peka perkara tersebut. FINAS juga harus memberi khidmat nasihat kepada pengamal perfileman dalam usaha meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran serta tindakan memantau dan menyelaras aktiviti perfileman ke arah membangunkan industri berlandaskan fakta mesti diperketatkan.

2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (JAKIM) melalui Majlis Muzakarah Ulamak harus memberikan garis panduan yang jelas supaya merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam dapat dipertahankan melalui elemen filem yang bakal ditayangkan.

DPP Pusat juga berharap tugas penting Lembaga Penapis Filem sebelum setiap filem itu ditayangkan harus bertanggungjawab untuk memastikan perkara-perkara negatif tersebut tidak ditayangkan. DPP Pusat berharap rancangan-rancangan filem ini akan membina masyarakat Malaysia bukannya mengenengahkan budaya barat yang kotor serta dapat mengelakkan gejala sosial yang terbentuk di dalam industri filem yang ditayangkan di pawagam dan di televisyen kita.

———-
Memorandum diserahkan oleh oleh Ustaz Nasrudin Hassan, Timbalan Ketua Pemuda dan disertai juga oleh Ahmad Sabki Yusuf, Setiausaha; YB. Mohd Firdaus Jaafar, Exco dan Kamarulzaman Mohamed, Exco kepada wakil Kementerian Dalam Negeri oleh Haji Alias Mamat, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kawalan Filem.

Dr. Faiz Oh Dr. Faiz…

Oleh Ahli Pas Seumur Hidup

Salam …

Dah macam Faisal Akademi Fantasia (AF) musim ke 6 pulak.. Tapi kali ni bukan pasal AF yang aku nak cerita, tapi bagaimana kerajaan di bawah pemerintahan Pak Lah ini menipu rakyat jelata terutama sekali Dr. Faiz bakal angkasawan negara.

Adakah Dr.Faiz akan jadi angkasawan yang ke 2? Pelbagai pertanyaan hinggap di dalam kotak fikiran aku sebab aku ada terbaca keratan akhbar Kosmo (sebab tu saja akhbar yang murah) yang Dr. Faiz naik hangin dengan kenyataan Dr. Syeikh Muzaffar Shukuor supaya menghentikan dahulu penghantaran angkasawan.

Sebelum tu aku ada jumpa boss lama tempat aku kerja. Bertanyakan perkembangan dirinya dan keadaan politik di Malaysia ini. Aku ni bukanlah orang yang pandai sangat dalam politik ni, dan taklah sangat tahu tetapi aku dalam proses pembelajaran ilmu industri politik ni.

Kenapa aku katakan industri politik?

Masa aku sembang dengan ex-boss aku ni ada kenalannya yang tahu serba sedikit dengan ‘industri angkasa’ berkata bukan Syeikh Muzaffar yang menjadi calon utama angkasawan Malaysia-yang-pertama. Terkedu jugak aku apabila ex-boss aku cakap macam tu. Aku pun tanya dia balik siapa sebenarnya dan dia jawab pilot MAS yang sepatutnya naik.

Sebenarnya Syeikh Muzaffar ni calon no. dua atau tiga saja. Dari segi ketahanan mental, fizikal dan survivor, pilot MAS ni yang paling layak, tapi d sebabkan dia pernah buat operation di kaki secara otomatik dia tak layak. Di sini ada satu persoalan dalam kepala otak aku, dah tau tak layak yang ambik masa selection apa kejadah nya.

Buang masa saja. Dan yang paling utama buang duit rakyat. Terang terang dia dah operate kaki takan pertengahan jalan tak layak. Sebenornya dalam pemilihan ni pon ader main politik jugak. Apa ketidaknya berebut-rebutlah Syeikh Muzaffar dan Dr. Faiz melobi untuk naik ke angkasa. Untuk naik ke angkasa seseorang itu mesti tidak ada penyakit kronik (semput, darah tinggi, lemah jantung dll) dan orang itu juga mestilah tak ada sejarah dalam melakukan operation

Sebab apa tak boleh?
Teruskan membaca