Pilihanraya Kecil P.059 Bukit Gantang. Siapa pilihan anda?

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian; Calon Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris.

Pengumuman pengesahan calon bertanding dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan raya, Datuk Mahmod Morshidi jam 11.20 pagi tadi.

Beliau berkata, calon paling awal kemuka borang pencalonan ialah Mohammad Nizar jam 9.06 pagi diikuti Ismail (9.20 pagi) manakala Kamarul Ramizu (9.35 pagi).

Katanya, ketika tempoh bantahan selama sejam yang ditetapkan, SPR menerima tiga bantahan tetapi mendapati ia tiada asas dan menerima ketiga-tiga calon berkenaan

Tahniah! Dato’ Mohd Amar atas anugerah Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota kelantan (D.J.M.K)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Mohd. Amar Abdullah menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K) bersama dengan Tengku Indera Pahlawan Diraja (Selangor), Tengku Azman Shah Alhaj.

Turut menerima darjah kebesaran itu ialah Anupasna Suwanmongkol dari Patani, Thailand, Pengarah Eksekutif Wijaya Baru Global, Faizal Abdullah; Pengarah Eksekutif CIMB Bank, Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin dan Pengarah Urusan LCL Corporation, Low Chin Meng.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengetuai senarai 641 penerima darjah kebesaran, bintang, pingat, surat kepujian dan Jaksa Pendamai dalam istiadat penganugerahan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan Ke-59, Sultan Ismail Petra di sini hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO merupakan penerima tunggal anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K) yang membawa gelaran Datuk.

Kata Aiseri, Ahmad Zahid adalah antara 52 penerima darjah kebesaran membawa gelaran Datuk dalam istiadat yang akan berlangsung di Istana Balai Besar.
Teruskan membaca

Ibrahim Ali berubah selepas ditegur Tok Guru

11 Mac 2009

Selepas Membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009.

Ucapannya di Dewan Rakyat, kata setengah orang ada perubahan sedikit selepas ditegur Tok Guru. Tok Guru tegur Tok hem, antara katanya, “walaupun Ibrahim calon Bebas, tetapi bukan bererti beliau boleh bebas tanpa sekatan. Kalau lembu pun kita kena ikat dengan tali, mana boleh manusia bebas tanpa sekatan. Sebagai pemimpin, Ibrahim tidak boleh mengkritik dan menyerang PAS dan pemimpinnya bukan-bukan. Ini bukan bererti PAS tidak boleh ditegur. Yang berhak mengkritik dan menegur (pemimpin dan parti) ialah rakyat,”.

Betul ke Tok Hem berubah? Dengar sediri

Saya Nakhoda PAS, kata Tok Guru

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dirinya sebagai nakhoda kapal dalam kepimpinan parti itu dan mengingatkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, agar berbincang dengan beliau dahulu sebelum membuat keputusan mengenai penubuhan kerajaan campuran.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau tidak mahu terdapat ramai nakhoda dalam satu kapal yang mengeluarkan arahan berbeza sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli parti dan menjejaskan kredibiliti Pas.

“Saya Mursyidul Am PAS. Saya umpama Nakhoda. Kalau Tukang Sauh nak jumpa saya tak boleh tolak, kena jumpa. Kalau Tukang Layar nak jumpa, tak boleh tolak”, katanya.

Siapa Tukang Sauh dan Tukang Layar yang sampai hati tak nak jumpa dengan Nakhoda.

Sebelum ini Tok Guru Nik Aziz melihat tindakan Abdul Hadi itu sebagai membelakangi keputusan Muktamar Tahunan parti itu di Ipoh Ogos lalu yang menolak usaha pembentukan kerajaan campuran dengan BN.

Sambil menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu sebagai pandangan peribadi, Nik Aziz menegaskan satu mesyuarat khusus sepatutnya diadakan untuk membincangkan perkara itu.

“Itulah yang saya sebut, kalau nak bahas masalah kerajaan dengan UMNO kena ada mesyuarat khusus. Jangan buat keputusan lain, cakap lain, itu saya tak setuju.
Teruskan membaca

Tok Guru tidak setuju bentuk Kerajaan Perpaduan dengan BN

Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menegaskan pendiriannya tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan kerajaan campuran PAS dan Barisan Nasional (BN) yang dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Ini kerana, kata beliau, PAS pernah berada dalam kerajaan campuran BN sebelum mereka berpisah daripada kerajaan pakatan itu dan telah merasa sendiri pahit manis ketika bersama.

“Kami sudah cuba masuk dalam kerajaan campuran dulu tapi BN tidak hargai. Cubaan kami masuk dulu gagal, bukan gagal kerana kami, saya sudah perit (serik).

“Selagi saya tidak puas hati, saya rasa pahit untuk menerimanya (cadangan itu),” katanya.

Tok Guru Nik Aziz sependapat dengan Tun Dr Mahathir yang juga berkata perkara seumpama itu pernah berlaku tetapi tidak berjaya disebabkan berlainan prinsip dan perjuangan.

Apapun, kata Dr Mahathir BN telah memerintah Malaysia selama 50 tahun dan berjaya membawa kemakmuran serta kemajuan kepada rakyat negara ini.

Bagaimanapun hari, Setaiusaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata cadangan penubuhan kerajaan perpaduan antara BN dan Pakatan Pembangkang yang dikemukakan Presiden PAS itu adalah lanjutan dari isu muqabalah dengan Umno dahulu.

“Apa yang disebutkan olehnya sebelum ini adalah kerajaan perpaduan bukan kerajaan campuran, perkara ini disebut oleh Presiden dalam mesyuarat baru-baru ini tetapi belum dibincang secara terperinci”, kata Takiyuddin yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Sebelum ini Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan Dato’ Takiyuddin Hassan sebelum ini berkata di bawah kerajaan perpaduan semua parti politik diberikan peluang untuk berada dalam kerajaan mengikut jumlah kerusi di Dewan Rakyat.
Teruskan membaca

Lucky Draw adalah bagi meningkatkan revenue kerajaan membiayai aktiviti kebajikan?

Tuan Saifudin Nasution bin Ismail [Machang]: Itu quotation popular daripada Yang Berhormat Menteri dahulu, waktu saya dengan dia. Dan yang kedua, Yang Berhormat Menteri, saya menyambut baik Yang Berhormat Menteri sebut tadi bahawa dalam perkara yang jelas, soal arak dan judi itu jelas, kita tidak mahu terbabit dengan dosa.

Cuma jawapan kerajaan terhadap soalan Rasah yang saya baca jawapan bertulis. Sejak bulan Oktober yang lepas apabila Pekan menjadi Menteri Kewangan, kepada tiga syarikat judi telah diluluskan sepuluh cabutan khas dalam masa seminggu.

Yang ini saya fikir ada kaitan dengan hal yang disebut oleh Menteri. Dalam jawapan bertulis itu disebut bahawa, tujuan diperbanyakkan lagi lucky draw itu adalah bagi meningkatkan revenue kerajaan untuk membiayai aktiviti kebajikan, kemasyarakatan, pendidikan dan sosial. Disebut jumlah pendapatan dalam tempoh sebulah kah sehari begitu ialah RM71 juta, hasil daripada menambahkan lagi cabutan baru ini.

Ini sangat tidak eloklah dipandang sebab dia akan jadi presiden parti dan sebagainya tetapi dalam bidang kuasa Menteri Kewangan untuk meluluskan itu, kalau kekal yang lama itu pun sudah satu bab tetapi menambahkan lagi ini sangat tidak eloklah. Jadi, bukan penegasan apa-apa.

Cuma kalau boleh kita sampaikan nasihat yang lebih baik kepada Yang Berhormat Pekan kerana perkara ini jelas, yang qat’ie kata Menteri tadi. Biar kita putuskan di situ dahulu. Terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah, saya akan sampaikan.

———-
Ucapan YB Saifuddin Nasution mencelah jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja pada 5 Mac 2009

Khir Toyo melenting bila sebut cerita lalunya

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo melenting bila Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungip mencadangkan kerajaan negeri menyiasat dakwaan penyalahgunaan wang anak syarikat kerajaan negeri berjumlah RM1.5 juta untuk pembelian tiga kereta mewah jenis Mercedes-Benz dan Range Rover oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau mendakwa, siasatan juga perlu dilakukan terhadap pembelian kereta Range Rover bernilai RM500,000 oleh Cekal Tulin, anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang digunakan oleh isteri beliau (Khir), Datin Seri Zaharah Kechik).

Sementara itu, Datuk Seri Dr. Khir Toyo selaku Ketua Pembangkang DUN Selangor mendakwa wujud gerakan sulit untuk menjejaskan reputasi beliau yang akan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti tidak lama lagi.

Beliau mendakwa, terdapat orang UMNO yang sanggup bersekongkol dengan pihak-pihak tertentu dalam kerajaan negeri sekarang untuk menyerangnya menerusi pelbagai dakwaan tidak berasas.

Sehubungan itu beliau mencabar pihak terbabit membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mereka ada bukti mengenai dakwaan salah laku membabitkan dirinya.

“Saya sedar dan tahu, ada jaringan di antara orang dalam UMNO dengan pembangkang (kerajaan negeri sekarang) untuk menjatuhkan saya.