PRK DUN Galas: Undilah Dr Zul

Undilah Dr Zul bagi meneruskan usaha-usaha dan kerja-kerja yang telah dibuat oleh Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

PRK Galas: Pertembungan Dua Penjuru PAS vs Umno/BN

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff dengan calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamad.

Pengesahan ‘pertarungan’ antara kedua-dua calon itu dilakukan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Galas, Wan Mustapha Wan Ab. Hamid pada pukul 11.30 pagi sebaik sahaja selesai proses penamaan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini.

Menurut beliau, Abdul Aziz menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.07 pagi manakala Dr. Zulkefli berbuat demikian pada pukul 9.33 pagi.

”Terdapat satu bantahan dikemukakan bagi pencalonan-pencalonan berkenaan, namun ia ditolak,” katanya ketika membuat pengumuman tersebut.

Calon PAS, Dr. Zulkefli pula tiba pada pukul 9.25 pagi dengan diiringi lebih 10,000 penyokong Pas termasuk Mursyidul Am Pas, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharudin Mat Isa; Penasihat DAP Lim Kit Siang serta Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Pas, Chek Hashim Sulaima pada 27 September lalu. Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan calon BN, Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Berbanding Abdul Aziz yang kali pertama bertanding dalam pilihan raya, ini merupakan kali ketiga bagi Dr. Zulkefli.

Sebelum ini pada tahun 2004 dan 2008, beliau bertanding sebagai calon Pas bagi kerusi Parlimen Gua Musang, bagaimanapun tewas kedua-dua di tangan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Maklumat:
Jumlah Pengundi: 11,553 (Pengundi Pos 127)
Komposisi Pengundi: Melayu – 7,125 (61.7%), Cina – 2,317 (20.06%), Orang Asli – 1,889 (16.35%), India – 185 (1.06%), Lain-lain – 27 (0.23%)
Keluasan: 987 kilometer, Mukim: Batu Papan, Tiong/Bandar Gua Musang, Ketil dan Pulai.
Kegiatan ekonomi: Pertanian, pembalakan dan peruncitan.
Teruskan membaca

Asal boleh buat duit mudah … jual jer

Oleh Malaysiakini
Dua dana yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia akan membeli pengendali rangkaian lebuh raya utara-selatan, Plus Expressways dengan membabitkan urus niaga RM23 bilion, lapor akhbar perniagaan – Edge hari ini.

Menurut laporan itu, yang dipetik oleh Reuters, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional akan membentuk organ tujuan khas untuk mengambil alih aset dan liabiliti Plus pada harga RM4.60 sesaham.

Sebelum ini, KWSP sudah memiliki 12.3 peratus saham dalam Plus manakala Khazanah pula memegang 55.2 peratus kepentingan syarikat itu.

Pegawai-pegawai dari KWSP, Khazanah dan Plus tidak dapat dihubungi untuk reaksi merteka.

Semalam, urus niaga saham Plus di Bursa Malaysia telah digantung selama dua hari bermula semalam sementara menanti pengumuman daripada pemegang saham.

SEBELUM ITU, Urus-niaga syarikat konsensi lebuhraya terbesar negara, Plus Expressways Bhd di Bursa Malaysia digantung apabila pasaran saham dibuka pagi ini hingga jam 5 petang esok, sementara menunggu pengumuman utama.

Pengumuman itu dijangka esok ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan membentangkan ucapan Bajet 2011 esok.

Menurut Plus, tindakan menggantung urus-niaga itu diminta oleh pemegang saham utamanya.
Konglomerat milik kerajaan Kumpulan UEM Bhd memegang 38.5 peratus saham Plus, manakala badan pelaburan kementerian kewangan Khazanah Nasional Bhd pula mempunyai kepentingan 16.7 peratus. UEM adalah anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional.

Sejak beberapa minggu lalu, timbul spekulasi bahawa Kumpulan UEM menjadi sasaran untuk diambil-alih oleh MMC Corporation yang dimiliki oleh jutawan Syed Mokhtar Albukhary.

Misi Munajat Royalti Rakyat: Kupon Penajaan Rakyat dibuka

Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat akan membuka kaunter jualan kupon penajaan rakyat sempena pilihan raya kecil DUN Galas.

Tok Guru Haji Husin Lubok Tapah

Ia adalah sebahagian daripada usaha sekretariat itu untuk mengumpulkan RM400,000 bagi membawa 40 ulama serta tok guru pondok dari pelusuk negeri ke Mekah berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas.

Pengarah sekretariat itu, Md Zulaimi Kazin berkata, kaunter itu akan dibuka pada 31 Oktober ini sempena pelancaran misi munajat 40 ulama royalti rakyat peringkat negeri Kelantan oleh Menteri Besar Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkempen mengenai royalti minyak sewaktu pilihan raya kecil tersebut, tetapi sebaliknya menumpukan kepada pelancaran majlis pelancarannya.

“Kita tidak berceramah, cukup sekadar kita hantar isyarat 1 November ini,” katanya sambil menambah ulama dan tok guru pondok di Kelantan akan bermunajat bermula tarikh tersebut sehingga 10 Disember ini.

Menurutnya lagi, kutipan setakat ini – selepas sebulan tabung itu dilancarkan – ialah kira-kira RM50,000.

“Kita sedang menggiatkan promosi. Kita sedang menumpu kepada usaha membina jaringan terlebih dahulu, dengan wakil kita akan mengedar kupon penajaan rakyat.

“Kita berusaha untuk memberi taklimat kepada wakil pengedar mengenai tujuan kita mengadakan misi munajat di Mekah,” kata Md Zulaimi ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Sasaran kutipan RM400,000 itu bagi menampung keseluruhan kos persiapan, kebajikan dan penginapan ulama dan tok guru pondok dari seluruh Kelantan untuk bermunajat secara khusus selama 40 hari dan 40 waktu di Mekah.

Mengulas lanjut, Md Zulaimi berkata pihaknya juga bercadang untuk memohon daripada syarikat korporat khususnya syarikat yang diterajui oleh anak Kelantan.

“Kita sudah menyediakan senarai pendek syarikat-syarikat itu. Kita akan serah surat permohonan melalui serahan tangan. Kita akan hantar minggu hadapan,” katanya.

Ditanya sama ada hubungan pihaknya dengan ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan terjejas susulan pelantikan beliau sebagai pengarah pilihan raya BN, Md Zulaimi berkata:

“(Hubungan) tidak terjejas… Beliau masih berpegang rakyat Kelantan berhak mendapat royalti. Pilihan raya dan royalti adalah dua perkara yang berbeza,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, exco kanan kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa akan memberikan taklimat khas kepada 40 ulama yang terpilih berhubung misi munajat ke Mekah pada 19 Oktober ini, bertempat di kediaman rasmi menteri besar.

Pesanan untuk mendapatkan Kupon penajaan boleh diperolehi melalui : Hj Zulaimi (017 5353007), Sdr Razali Mat Ail (017 6242252) dan Sdr Zamri (016 2011982) atau sumbangan boleh dibuat menerusi Akaun BIMB No. 0310 2010 0000 93 atas nama Tabung Misi Munajat Royalti

BN nak janji apa pula di Galas

Janji BN di Manek Urai belum ditunai, Galas nak janji apa pula

Sidng media Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali dan Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Pusat, Dato’ bd Halim Abdul Rahman pada 7 Oktober 2010

Orang Asli antara yang dicadang Calon PAS PRK Galas

PAS akan mengumumkan nama calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Galas pada 24 Oktober, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun.

Beliau berkata semua senarai calon parti itu untuk pilihan raya tersebut telah diserahkan kepada Majlis Syura untuk diperhalusi sebelum diputuskan secara muktamad.

“Kita (PAS) bercadang membuat pengumuman nama calon 24 Oktober ini serentak dengan hari pengumuman yang akan dibuat oleh parti lawan BN, ini dikirakan sesuai dan adil bagi semua pihak,” katanya kepada Bernama di Pasir Mas hari ini.

Beliau yang juga anggota DUN Bukit Tuku berkata, mengikut kebiasaannya selepas mengumpul senarai nama calon berkenaan, anggota pimpinan PAS pusat akan membuat kaji selidik dan semakan secara terperinci latar belakang calon terbabit sebelum membuat keputusan.

“Mereka akan turun ke bawah untuk memastikan calon yang paling sesuai dan memenuhi ciri-ciri kriteria yang dikehendaki sebelum membuat keputusan muktamad,” katanya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat membayangkan bahawa Orang Asli adalah antara senarai nama calon yang dicadangkan oleh parti kawasan berkenaan untuk diserahkan ke peringkat pimpinan parti itu.

Sekurang-kurangnya lima nama telah dikenalpasti untuk disenaraikan sebagai calon PAS di Galas, kata pengarah pilihan raya kecil PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Daripada senarai tersebut, dua nama terdiri daripada kalangan masyarakat Orang Asli dan selebihnya kalangan pemimpin dan aktivis masyarakat tempatan.

“Kesemuanya memang dikenali oleh orang Gua Musang,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini

Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu yang disenaraikan itu.

Senarai berkenaan juga belum dibincangkan dalam mesyuarat dewan harian PAS pusat, katanya.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, nama-nama berkenaan dicadangkan bagi memenuhi kemahuan akar umbi.

Mengenai pelancaran jentera pilihan raya PAS bagi menghadapi kempen di kawasan Galas itu, Abdul Fatah berkata, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan merasmikan majlis pelancaran jentera pilihan raya itu pada 19 Oktober ini.

“Tarikh itu dianggap sesuai sebagaimana dipersetujui Menteri Besar Kelantan itu sendiri,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan pada 4 Nov jika ada pertandingan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Che Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 Sept lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkann hari penamaan calon ialah pada 26 Oktpber.
Teruskan membaca

TPM tak tunai janji di Manek Urai …. sebab tu tak nak jadi Pengarah lagi

Manek Urai tagih janji, Timbalan Perdana Menteri, disuruhnya YBM Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) supaya menjadi Pengarah Umno Pilihanraya Kecil (PRK) Galas dan berjanji pula di Galas. Janji bohong Timbalan Perdana Menteri (TPM) di Manek Urai menyebabkan beliau tidak lagi berani menjadi Pengarah PRK dan menyerahkan beban kepada Ku Li.

Apalah sangat yang boleh dijanjikan oleh Ku Li. Jika Timbalan Perdana Menteri pun janji tidak ditunai, apalah nak diharap kepada pihak lain untuk berjanji kepada pengundi DUN Galas. Permohonan Ku Li supaya royalti petroleum diberikan kepada Kerajaan Kelantan pun tak dilayan dan dituduh pelbagai kata kepada Ku Li oleh TPM itu.

Sampai kepada satu tahap dimana, Seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata Umno perlu mengambil tindakan terhadap ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kerana didakwanya bersekongkol dengan parti pembangkang dalam isu royalti minyak Kelantan. – Malaysiakini

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hairan dengan tindakan serta kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah yang masih tidak sehaluan dengan keputusan kerajaan Persekutuan mengenai isu royalti minyak Kelantan sedangkan pelbagai langkah penjelasan sudah diberikan. – Malaysiakini

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Umno BN amat bermasalah menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas kerana janji mereka semasa PRK Manek Urai belum ditunaikan.

Menurutnya, sedangkan kawasan Dun Manek Urai terletak bersebelahan dengan Dun Galas.

“Mereka akan bermasalah dalam kempen kerana rakyat akan buat perbandingan. Masalah Manek Urai tak selesai lagi, mungkin itu yang menyebabkan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin takut jadi pengarah pilihan raya Umno BN,” katanya sinis.

Justeru, beliau selaku Pengarah Pilihan raya PAS bagi PRK Galas berkata, peluang PAS mempertahankan kerusi Dun Galas adalah cerah berdasarkan kajian yang menunjukkan latar belakang masyarakatnya yang peka dengan perkembangan semasa.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menambah, pengundi Dun Galas adalah golongan yang telah mendapat nikmat hasil daripada pembangunan yang dilakukan kerajaan negeri terutama selepas terbinanya bandar baru di situ. – Harakahdaily

YBM Ku kena fikir-fikirkan lah. Kami berharap dengan pengalaman yang lama dalam politik Tanahair, YBM Ku dapat memikirkan sepak terajang, tujuan disebalik pemimpim Umno kini.