Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya

Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya

Dewan Rakyat pada 3 Oktober 2011 telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya bagi mengkaji perkara-perkara berkaitan proses pilihan raya Malaysia. Jawatankuasa ini adalah berkuat kuasa selama enam bulan dari tarikh penubuhannya. Tanggungjawab, peranan dan tugas Jawatankuasa ini adalah mengkaji perkara perkara yang akan memperkukuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengkaji proses pilihan raya yang bebas dan adil. Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut hendaklah akan menyiapkan dan membentangkan laporan itu serta syor-syor yang berkaitan untuk diserahkan kepada Majlis untuk dipersetujukan atau mengikut apa cara yang diperintahkan oleh Majlis.

Ahli – Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya:

YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
(Ahli bagi Kawasan Kota Marudu) (Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) sebagai Pengerusi

YB Dato’ Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad
(Ahli bagi Kawasan Kangar)

YB Tan Sri Dr. Fong Chan Onn
(Ahli bagi Kawasan Alor Gajah)

YB Datuk Alexander Nanta Linggi
(Ahli bagi Kawasan Kapit)

YB Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan
(Ahli bagi Kawasan Hulu Selangor)

YB Tuan Mohamed Azmin bin Ali
(Ahli bagi Kawasan Gombak)

YB Tuan Loke Siew Fook
(Ahli bagi Kawasan Rasah)

YB Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli
(Ahli bagi Kawasan Kuala Krai)

YB Tuan Wee Choo Keong
(Ahli bagi Kawasan Wangsa Maju)

Akta-akta dan Peraturan-peraturan pilihan raya boleh didapati di laman web ini

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya boleh diajukan kepada Urus setia Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat, Aras 6, Bangunan Parlimen Malaysia (Telefon: 03-26017489 Encik Che Seman bin Pa Chik, 03-26017199 Encik Amisyahrizan bin Amir Khan, 03-26017181 Encik Mohd Ikram bin Rahimi) dan boleh diakses melalui laman web Parlimen di http://www.parlimen.gov.my

Jawatankuasa Pilihan Khas ini ingin mempelawa wakil-wakil pertubuhan-pertubuhan / persatuan-persatuan yang berdaftar dan individu untuk mengemukakan cadangan-cadangan atau syor-syor mengenai proses pilihan raya di Malaysia. Sebarang cadangan hendaklah dikemukakan seberapa segera ke alamat seperti berikut:

Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, Parlimen Malaysia, Bangunan Parlimen
Jalan Parlimen 50680 Kuala Lumpur.
Faks: 03-26986170 / 03-20317972
E-mel: jkpilihanraya@parlimen.gov.my

atau

melalui portal MyIdeas di http://www.myideas.my

Jadual tarikh-tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas ini menemui wakil-wakil pertubuhan-pertubuhan / persatuan-persatuan yang berdaftar dan individu adalah seperti berikut:

11 & 12 November 2011 (Jumaat & Sabtu) 9.30 pagi
Bilik Jawatankuasa 2, Bangunan Parlimen,
Kuala Lumpur

25 & 26 November 2011 (Jumaat & Sabtu) 9.30 pagi
Bilik Kedah, Kompleks Pentadbiran Persekutuan Sabah,
Kota Kinabalu, Sabah

8 & 9 Disember 2011 (Khamis & Jumaat) 9.30 pagi
Bilik Gerakan Negeri, Wisma Bapa Malaysia,
Petrajaya, Kuching, Sarawak

15 & 16 Disember 2011 (Khamis & Jumaat) 9.30 pagi
Dewan Sri Pinang, Lebuh Light, Pulau Pinang

7 & 8 Januari 2012 (Sabtu & Ahad) 9.30 pagi
Bilik Gerakan Negeri, Kota Darul Naim,
Kota Bharu, Kelantan

12 & 13 Januari 2012 (Khamis & Jumaat) 9.30 pagi
Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ibrahim,
Johor Bahru, Johor

YB, Pegawai dan Kawan2 YB Kaya Raya, Macamana YB?

Dewan Rakyat 24 Oktober 2011 – Penggulungan Menteri Di JPM

Gurau dan perli yang memeritkan

YB Wee Choo Keong (Bebas) perli YB Menteri Di JPM sewaktu menggulung Perbahasan Belanjawan 2012 pada 24 Oktober 2011.

Bohong … mengada-ngada dan tak tepat sama sekali

Dewan Rakyat 24 Oktober 2011 – Pencelahan seorang Wakil Rakyat kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran.

Setelah mendengar ucapan pertanyaan Wakil Rakyat ini (saya panggil Dato) kepada TPM, saya menelefon anak perempuan saya (saya panggil adik, pelajar Tahun 4 dan juga sebagai Pengawas di Sek Rendah). Berikut adalah dialog saya dengan anak selepas beliau pulang dari sekolah pada jam 4.00 petang:

Abah: Dik Dik, Assalamu’alaikum.
Adik: Wa’alaikum salam, ya baah ada apa.
Abah: Adik pegi sekolah tadi, mandi tak.
Adik: Mandi, kenapa baah.
Abah: Tak, abah nak tanya sebab tadi ada wakil rakyat kata murid-murid sekolah tak boleh nak ambil air sembahyang … macam2 lagi. adik dengar di FB abah dlm youtube tu (tajuk bohong … mengada-mengada)

Abah: Abah nak tanya adik ni ..
Adik: tanya laah
Abah: tandas di sekolah tadi, budak-budak berak tak basuh ke??
Adik: aah taklah
Abah: Habis tu Dato tu cakap di sekolah-sekolah tak da air, betul ke

Adik: Air ada … kot Dato tu cakap tak betul. Esok adik bagitau kat cikgu.

Setengah jam kemudian, anak saya telefon setelah tengok youtube dalam FB:
Adik: Baah, tak betul dato tu cakap. Fardu ain Tahun 4 Zohor tadi, semua pelajar ambil semayang ok jer baah.

Adik: teruk betul dato tu cakap kat timbalan Perdana Menteri, sampai hati dia cakap bohong macam tu kat Timbalan Perdana Menteri

MP PKR Ketereh dan Tanah Merah Bahas Belanjawan 2012

Dewan Rakyat 20 Oktober 2011 – Perbahasan Belanjawan 2012. Walaupun masa diberi sekitar 5 hingga 10 minit, Ahli Parlimen Ketereh dan Tanah Merah tetap ambil peluang untuk berucap membahaskan Belanjawan 2012 yang dibentang oleh Perdana Menteri 7 Oktober lalu.

PKR Ketereh,

PKR Tanah Merah

Usul 18 (1) membincangkan Penggantungan Prof Aziz Bari ditolak Speaker

Dewan Rakyat 24 Oktober 2011 – Penjelasan Usul 18(1) oleh YB Kubang Kerian mengenai Isu penggantungan Prof Dr Aziz Bari dari UIAM

Sebelum itu, YB Salahuddin Ayub [PAS Kubang Kerian] mengemukakan Usul pada 21 Oktober 2011 / 23 Zulkaedah 1432

Kepada ;
Tan Sri Pandikar Amin Mulia
Yang DiPertua Dewan Rakyat,
Parlimen Malaysia,
Kuala Lumpur.

YB. Tan Sri,

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1) BAGI MEMBINCANGKAN PERKARA TERTENTU, BERKEPENTINGAN RAMAI DAN PERLU DISEGERAKAN

Saya Haji Salahuddin Bin Haji Ayub (Kubang Kerian) ingin mencadangkan bahawa mesyuarat hari ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan dan membincangkan berkenaan penggantungan ke atas pakar Undang-Undang Perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari disebabkan pandangan akademik beliau yang disiarkan di dalam portal berita Malaysiakini.
Teruskan membaca

Isu Hudud: Zul Nordin tak faham Undang2 Jenayah Islam

Dewan Rakyat 20 Oktober 2011

Baca lanjut tulisan Peguam Hanipa Maidin, Dr Khairudin dan Dr Dzulkefly Ahmad.

Siapa kata ‘Natang’ ..

Antara yang menarik Dewan Rakyat diberitahu pada 20 Oktober 2011

YB Abdul Wahid Endut mencelah Ucapan BN Maran membahaskan Belanjawan 2012