PERSADA sokong Kerajaan Negeri tuntut Hak Royalti Petroleum

Persatuan Anak Darul Naim Selangor dan Wilayah Persekutuan (Persada) menyokong penuh tindakan kerajaan negeri memfailkan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti Petroleum Kelantan yang dinafikan hak oleh Kerajaan Persekutuan.

Dari Kiri: Wan Johari (Penasihat), Ali Hanafiah Mohamad (Presiden), Razali Mat Ail (Setiausaha Agung) dan Zainuha Azhari (BendaharI) - Foto Nik A. Farez's Photos

Presidennya, Ali Hanafiah Mohammad berkata, Persada sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong usaha kerajaan negeri mempertahankan hak rakyat negeri itu tanpa ada sentimen politik.

“Kami sebagai rakyat Kelantan menyokong kerajaan negeri membuat tuntutan royalti tanpa sentimen politik sebab kita tengok dari segi penjelasan, dari segi fakta memang Kelantan berhak dari segi royalti,” kata Ali yang hadir bersama kira-kira 50 ahli Persada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta pagi tadi.

Beliau berkata, meskipun berada jauh di perantauan, majoritinya di Lembah Klang, namun mereka tetap mengikuti perkembangan negeri Kelantan terutamanya melibatkan isu rakyat negeri itu yang tidak terbela.

“Ahli Persada sebagai rakyat Kelantan walaupun berada di perantauan, kami berasa bertanggungjawab untuk mengikuti perkembangan negeri kami dan turun memberikan sokongan dalam segala tindakan yang membela rakyat Kelantan,” katanya.

Beliau juga berkata, Persada juga mahu kerajaan negeri meneruskan usaha rundingan dengan Kerajaan Persekutuan agar mereka mengembalikan hak rakyat Kelantan dalam pemberian royalti yang dinafikan sejak tahun 2004.

“Walau bagaimanapun di samping tuntutan saman oleh menteri besar, kita juga minta kerajaan negeri menggunakan saluran-saluran yang ada untuk perbincangan dengan kerajaan pusat,” katanya.

Terdahulu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memfailkan saman kerajaan negeri terhadap Petronas di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini. Sumber Harakahdaily

Majlis Iftar Naib Presiden PAS bersama Media

Foto oleh FB Topeng Perak Unmasked’s
Majlis Iftar Dua Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub bersama Media Alternatif (Internet, Cetak), Wakil Blogger dan para twitter di Hotel Vistana, Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2010

Ucapan aluan oleh YB Dato' Mahfuz Omar

YB Salahuddin Ayub menyampaikan ucapan

Antara yang hadir

Teruskan membaca

YB Nie Ching Ching gembira bertemu Tok Guru

Saya cuba ambil inisiatif untuk mempertemukan Ahli Parlimen DAP Serdang YB Teo Nie Ching dengan Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Lantas saya sms kepada YB pada jam 3.21 pagi tadi jika YB mahu bertemu dengan Tok Guru. Dan pada jam 9.10 pagi ni YB Nie Ching jawab sms saya “Ok sy datang sekarang. Can?”.

Foto Harakahdaily

Maka bertemulah saya dengan YB di Lobi Mahkamah, bagaimanapun Tok Guru sudah berlepas ke Masjid Wilayah untuk mengadakan Solat Hajat mengenai Tuntutan Royalti yang dinafikan kerajaan Pusat itu.

“YB, YB pergi ke rumah Kelantan di Jalan Stonor dan tunggu di sana sehingga Tok Guru pulang,” kata saya.

Berita lanjut:
Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching hari ini bertemu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan pandangan berhubung isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang 22 Ogos lalu.

Beliau mengunjungi Menteri Besar Kelantan itu di Rumah Kelantan di ibu negara siang tadi sejurus Tuan Guru dan deligasi kerajaan Kelantan memfailkan saman kepada Petronas di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini.

Nie Ching ketika ditemui selepas pertemuan 10 minit itu berkata, beliau gembira dapat bertemu Tuan Guru dan mendapat pandangan yang jelas dari Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu.
Teruskan membaca

Zaman Nabi SAW, Kafir Quraisy dibenar tidur, makan dan minum dalam Masjid

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit.

Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.

“Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama,” katanya.

BERNAMA

Sokong Penuh Kerajaan Kelantan Kemuka Writ Saman terhadap Petronas

Semua Anak Kelantan Darulnaim Selangor dan Wilayah Persekutuan diminta hadir ke Mahkamah Jalan Duta pada 30 Ogos 2010 Isnin jam 9.00 pagi bagi memberi sokongan padu kepada Kerajaan Kelantan memfailkan writ saman terhadap Petronas.

Sementara itu, Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Mohd Zaid Ibrahim menyokong penuh langkah kerajaan negeri mengemukakan writ saman ke atas Petronas.

Menurutnya, langkah berkenaan begitu wajar memandangkan kerajaan negeri telah dinafikan haknya dalam royalti minyak dari Petronas sejak sekian lama.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung langkah yang diambil oleh kerajaan Kelantan semalam selepas Petronas tidak melangsaikan royalti kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan Hari RayaYayasan Orang Kurang Upaya (Yokuk), di perkarangan pejabat berkenaan, dekat sini tengah hari tadi.

“Walaupun kita tidak tahu tindakan itu akan memihak kepada kita atau sebaliknya, namun sekurang-kurangnya Kelantan telah mengemukakan haknya.

“Pada masa yang sama, cara ini akan menyedarkan masyarakat berhubung apa yang berlaku,” ujarnya.

Tambahnya, mahkamah pula hak mereka, jadi sebarang kemungkinan boleh berlaku.

Zaid seterusnya memberitahu, begitu juga keputusan beliau untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.

Tambahnya, walaupun sudah menduga kes saman itu tidak memihak kepadanya, namun sekurang-kurangnya rakyat tahu perkembangan itu.

“Kita berharap kerajaan Kelantan tidak mengalami nasib yang sama sebagaimana Terengganu di mana kes saman yang telah dikemukakan oleh kerajaan negeri itu ketika di bawah PAS lenyap hingga kini,” ujarnya.

Zaid seterusnya berkata, tindakan yang diambil oleh kerajaan Kelantan sekarang belum terlewat, malah langkah yang diambil begitu tepat.

“Kelantan tidak begitu tergopoh-gopoh dalam soal ini malah membuat kajian yang terperinci sebelum mengambil tindakan mahkamah.

“Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri di atas tindakan yang berani ini.

Berbuka Puasa atas linangan airmata Ibu Tunggal, OKU dan Orang Miskin

VIP mungkin berbuka puasa atas linangan air mata ibu-ibu tunggal, OKU dan keluarga miskin, jawablah nanti di Padang Mahsyar

oleh Pemerhati UKM

Majlis Berbuka Puasa anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Masjid UKM yang menyusuli program KPWKM di Dewan Tun Canselor (DECTAR) UKM mungkin menyaksikan Perdana Menteri (dijangka hadir) Menteri dan VIP berbuka puasa atas linangan air mata ibu tunggal, OKU dan keluarga miskin yang KPWKM diamanahkan membela dan menyampaikan bantuan terus kepada mereka.

Gambar 1: Begitu besar belanja untuk khemah dan tempat duduk, belum lagi masuk belanja makanan berbuka puasa sedangkan setiap suap nasi dan lauk itu VIP tidak berhak menjamahnya.

Gambar 2: Panjangnya khemah ini dan ada khemah lain di belakang, bayangkan berapa jumlah perbelanjaan berbuka puasa, tapi ini semua di atas linangan air mata ibu tunggal, OKU dan keluarga miskin yang sepatutnya dibantu terus oleh KPWKM.  Perhatikan juga disediakan lantai khas dari papan dan dibalut karpet merah (yakni berbuka puasa bukan berpijak di atas asphalt parkir).  Bagi penulis inilah kali pertama melihat lantai parkir di bawah khemah jamuan dialas lantai dan karpet.

Gambar 3: Laman parkir Masjid UKM hanyalah tempat berbuka puasa.  Program adalah anjuran KPWKM diadakan di Dewan Tun Canselor Abdul Razak (DECTAR) UKM yang khabarnya persediaan juga melibatkan belanja yang besar untuk lighting dan sebagainya.

Kalau mahu dianjurkan juga majlis ini eloklah tanpa menggunakan wang kerajaan (iaitu rakyat).  Majlis yang khabarnya akan dirasmikan oleh PM di DECTAR UKM dan kemudiannya berbuka di bawah khemah khas yang begitu “elaborate” (besar belanja persediaannya) di laman parkir Masjid UKM, eloklah terlebih dahulu diumumkan kepada yang bakal hadir untuk memohon sumbangan.  Dengan ini tiada satu sen pun duit kerajaan di bawah KPWKM (iaitu makanan buka puasa) yang sepatutnya sampai terus (ke rongga mulut) golongan ibu tunggal, OKU dan keluarga miskin menjadi hidangan buka puasa VIP yang tidak layak mendapat sumbangan KPWKM.  Untuk laksanakan majlis ini, umpamanya PM beri sumbangan RM5,000, menteri KPWKM sumbangkan RM3,000 dan seterusnya VIP sehingga cukup perbelanjaan tanpa satu sen dari duit kerajaan.

Jawablah nanti di Padang Mahsyar kenapa wang ringgit ini dibelanjakan untuk menjamu buka puasa VIP yang tidak layak menerima sumbangan.  Tidak pasti pula anak yatim dan OKU dijemput sama.  Jikapun dijemput, PM, Menteri dan VIP tidak berhak menjamah makanan itu.  Dalam setiap suapan buka puasa itu terdapat hak orang lain, itu hak golongan ibu tunggal, OKU dan keluarga miskin yang perlu dibantu oleh KPWKM.

Khabarnya persediaan (belanja) di DECTAR tidak kurang mahalnya.  Mengapa perlu membazir sedangkan penjimatan dari program ini dapat disalurkan terus kepada yang memerlukan.

Inilah pentingnya sikap TAQWA pada pemimpin dan pembuat keputusan.  Pemimpin yang bertaqwa akan berfikir pada malam hari bolehkah tidur nyenyak rakyatku yang sepatut Kementerianku bantu.  Bolehkah mereka ada cukup makanan berbuka puasa?  Bolehkah mereka ada cukup makanan bersahur?

Hentikanlah pembaziran dan hapuskanlah kebocoran.  TAQWA memimpin semua.

Foto diambil pada pagi Rabu 15 Ramadhan 1431/ 25 Ogos 2010 Bangi

Isu Dinar: Penjelasan Husam dan Ku Li

Ku Li dan Dato’ Husam bercakap dalam Majlis Iftar anjuran Persatuan Anak Darulnaim Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERSADA) pada 21 Ogos 2010

Isu Dinar/Dirham: Awang Adek cetek Kefahaman – Husam

Dinar: Tiada masalah jika rakyat Kelantan setuju – Ku Li