Mursyidul Am Rasmi Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat sebentar tadi merasmikan bangunan Pejabat Agung PAS yang baru di Jalan Raja Laut dekat sini sebagai mercu tanda baru bagi membuktikan komitmen PAS untuk terus unggul di persada politik negara.

Majlis gilang gemilang turut dihadiri Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, wakil-wakil NGO dan kedutaan asing.

Hari ini Bangunan PAS yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dengan secara rasminya diisytiharkan sebagai asas penggerak Islam dan demokrasi dalam negara.

Tuan Guru Dato’ Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam ucapannya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah dan melahirkan kegembiraan beliau kerana PAS berjaya melangkah kehadapan dengan membawa obor Islam yang relevan sepanjang zaman ditengah hiruk pikuk bandaraya Kuala Lumpur.

Bangunan tujuh tingkat itu menempatkan semua organisasi PAS di peringkat pusat di bawah satu bumbung dengan dekorasi dalaman yang eksklusif dan canggih.

Bagi Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar, kewujudan bangunan baru PAS melebarkan syiar Islam di kawasan strategik yang penting dan memberikan kesan imej jangka panjang tentang iltizam PAS untuk memainkan ‘centre-stage role’ dalam mengemukakan dasar alternatif berteraskan Islam kepada rakyat Malaysia.

6 Respons

  1. tahniah PAS.. moga semangat ahli-ahli pas sekukuh bangunan baru ini insya-allah

  2. Tahniah la.loni sapo bleh kato PAS takdok pitis?
    pastu iltizam PAS dalam politik amat tinggi kerana Jalan Raja Laut ni ore cino lebih dominan,jadi PAS akan buktikan bahawa mereka bukan parti kebangsaan.

  3. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap dan berdoa agar suatu hari nanti ada pemimpin penting dalam parti itu dari kalangan kaum Cina.

    Katanya, beliau suka kepada sikap orang Cina yang lebih tekun dan suka belajar bila masuk Islam berbanding orang Melayu.

    ’’Orang Melayu masuk Islam kerana datuk neneknya orang Islam, masuk Islam automatik dan mereka hanyut begitu sahaja,’’ katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut di sini hari ini.

    Turut hadir Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa. (Utusan)

  4. kenyataan yg sangat tepat.kalu dapat ditambah lagi,bukan Cina Muslim yah gitu,India yang masuk Islam pon gitu jugok.
    Kalu tengok ko ore Me-Layu gak,pegi surau atau masjid sudah la.Hok sampai masjid ni ore hok rambut putih doh.Me-Layu hok rambut hitam ni ramai kat konsert Akhir Akademi Fantasia 5……

    Melayu masih sinonim dgn pepatah Angan2 Mat Jenin…..berfantasi sajo,usaha nya tidok.

  5. sebelum bangunan pas dirasmikan ana dah masuk…. masa tu belum siap seperti sekarang tengah renovate… memang come la bangunan tu…. apo2 pon ana nak ucap jazakumullah pada tok weajo kito sebab bawa ana melihat bilik prsiden…bilik timbalan …bilik naib2… dan mula dari tinkat 6 (kalu x silap) ke tingkat satu…..mudah2han dapat menjadikan bangunan pas baru supo bangunan pas di KB takpo dah….pagi2 cuti orang ramai berimpun mendengar kuliah dari tokoh2 pas…..Insyaalah

  6. tak payah tengok sejarah lama-lama. tengok di ijok je dah nampak beza sikap kita kaum melayu yang azali islam dengan kaum cina. jauhhhhhhhhhhhhhh beza.

Tinggalkan komen