Bila Sahabat kita nak dibebas…

Sheih di bawa keluar dari Mahkamah

Sheih di bawa keluar dari Mahkamah

Kawan kita Sheih, bila nak bebas? Dengar khabarnya telah dibawa ke KL. Penyokong dan pemberi kekuatan semangat untuk Sheih berhimpun di depan Bukit Aman menyatakan Solidariti untuknya.

Kami berdoa agar Sheih ditetapkan pendirian dan perjuangan diteruskan sehingga berjaya cita-cita kita semua yang ingin melihat kerajaan BN/Umno tumbang ditangan Pakatan Rakyat

Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen Seputeh (DAP), Teresa Kok yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 12 September lalu dibebaskan pada pukul 1 petang ini

Perkara tersebut disahkan oleh peguamnya, Sankara Nair.

Polis mengambil keputusan membebaskan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini setelah berpuas hati tiada lagi sebab untuk meneruskan penahanan lanjut terhadap beliau.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataan di sini hari ini menegaskan Teresa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara telah disiasat kerana disyaki terlibat dalam perkara-perkara yang memudaratkan keselamatan negara.

2 Respons

  1. BIla tarikh baru nak angkat sumpah ni?? Tak sabar-sabar aku nak tengok PM baru kita ni. Dan siapa pulak Menteri baru ni.

  2. bila-bila saja!! asalkan BN dan Umno tumbang

Tinggalkan komen