Mukhriz sedang mendahului, apa sudah jadi Khairy

Mukhriz 33, Khairy 19
6.40 petang Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-19 dari bahagian Keningau, Sabah, yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi jawatan naib ketua. Reezal kini memperolehi 27 pencalonan dan memerlukan dua lagi pencalonan untuk layak bertanding jawatan tersebut.

6.30 petang Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-33 dari bahagian Batu Pahat yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua. Razali kini memperolehi 30 pencalonan dan telah melepasi tahap kelayakan bertanding (29 pencalonan).

Nampaknya Khairy akan melalui jalan sukar untuk menang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Populariti Datuk Mukhriz Mahathir yang mendapat 29 pencalonan setakat semalam berbanding lawan untuk jawatan ketua Pemuda Umno menunjukkan ahli parti dahagakan seseorang pemimpin yang boleh membawa perubahan.

Ramai pemimpin politik dan penganalisis politik yang agak terkejut dengan jumlah pencalonan yang diterima oleh anak bekas perdana menteri itu termasuk Menteri Luar, Datuk Rais Yatim yang juga Ketua Umno Bahagian Jelebu.

Ini merupakan satu pandangan baru bahawa Umno di peringkat muda mahu perubahan dan bahang dan aura Mukhriz kini mula terasa serta tamparan kepada Khairy. Bukan ahli Umno yang melalui melaut dengan, orang awam pun turut melauat dengan tingkahlaku Khairy, baca sini.

Kewibawaan beliau (Mukhriz) kerana tidak memerlukan sokongan saudara mara termasuk bapanya di dalam parti untuk menjadi seorang pemimpin.

Sebelum ini bapanya sendiri Tun Dr Mahathir tidak yakin anaknya dapat mengalahkan Khairy dalam perlumbaan pencalonan Ketua Pergerakan Pemuda Umno.