Siapa pula burukkan imej Najib?

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata sudah ada usaha pihak tertentu untuk memburukkan imej Datuk Seri Mohd. Najib Razak, seolah-olah mahu menggagalkan langkah Timbalan Presiden Umno itu untuk mengisi jawatan Presiden.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, apa yang dihadapi Najib sekarang sama dengan pengalaman beliau sendiri yang dilempar dengan pelbagai tuduhan setelah bersara Oktober 2003 untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadapnya.

Kata Dr. Mahathir, tindakan membuat bermacam-macam tohmahan yang tidak dapat dibuktikan terhadap Najib itu tidak menghairankan beliau kerana memang itulah pendakatan yang digunakan pihak tertentu untuk menghakis kepercayaan rakyat terhadap Timbalan Perdana Menteri itu.

“Saya pun menghadapi perkara yang sama. Saya dilabelkan dengan macam-macam nama dan banyak tohmahan dan tuduhan dilemparkan terhadap saya, sehingga ke peringkat menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi mencari kesalahan saya, tetapi tidak satu pun yang dapat dibuktikan.

“Akhbar juga digunakan untuk memburuk-burukkan saya.

“Saya tahu akhbar diberi arahan oleh pihak tertentu untuk buat begitu,” kata beliau kepada mStar Online di pejabatnya di sini, hari ini.
Jangan baling batu sembunyi tangan sudah la Tun. Jangan dok tuduh orang lain. Media arus perdana siapa yang empunya … Khairy? Pak Lah? Anwar? Pembangkang? Isterinya sendiri? Siapa bakal Timbalannya yang akan naik selepasnya?

Memang Datuk Najib banyak penyakit….. Ku Li pun sanggup lawan Najib !! Walaupun belum dapat pencalonan.

Sidang Pemuda Umno Rantau Panjang kecoh

Persidangan perwakilan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang hari ini kecoh apabila sekumpulan individu bertindak agresif dengan menjerit dan melaungkan rasa tidak puas hati bagi membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah.

BEBERAPA individu yang bertindak agresif dengan menjerit dan membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah ditenangkan oleh individu yang lain ketika mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang, Rantau Panjang hari ini. - mstar

BEBERAPA individu yang bertindak agresif dengan menjerit dan membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah ditenangkan oleh individu yang lain ketika mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang, Rantau Panjang hari ini. - mstar


Suasana kecoh itu bermula pada 9.30 pagi apabila mesyuarat berkenaan bermula di Sekolah Kebangsaan Seri Kiambang di sini dan berikutan keadaan itu berlarutan selama sejam, Polis Daerah Pasir Mas terpaksa menggunakan Unit Tindakan Ringan Antirusuhan untuk mententeramkan keadaan.

Suasana tegang itu berlaku apabila Pengerusi Tetap mesyuarat berkenaan Nordin Ibrahim mengumumkan seramai 461 perwakilan daripada 144 cawangan layak mengundi.

Sejurus selepas pengumuman itu, seorang wakil dari kumpulan membantah itu, yang juga merupakan Ketua Cawangan Umno Taman Seri, mendakwa jumlah perwakilan berkenaan tidak sah kerana kemungkinan wujudnya anggota hantu.

Beliau yang dikenali sebagai Suhaimi Che Hussin juga mendakwa jumlah berkenaan mungkin tidak betul memandangkan masih ada bantahan terhadap mesyuarat cawangan yang belum selesai seperti Cawangan Tepi Sungai.

Ketua Pemuda Umno Rantau Panjang, Affendi Yusof cuba mententeramkan keadaan dengan menjelaskan perkara berkenaan tidak seharusnya timbul kerana jumlah perwakilan itu telah disahkan oleh Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantau Badan Perhubungan Umno Kelantan.

Affendi berkata, kekecohan berkenaan sudah dijangka memandangkan beliau sendiri sudah maklum dengan perancangan dan strategi yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk mengganggu mesyuarat. – mstar

Saya akan dedah maklumat di mahkamah, kata Sheih

Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, yang mencadangkan supaya bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, disambung jaminan polis hingga hujung bulan depan.

Syed Azidi, 38, yang hadir di Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman pukul 10 pagi tadi, dimaklumkan bahawa jaminan polis disambung sehingga 21 November.

Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu dibebaskan 20 September lalu dan dikehendaki hadir hari ini untuk mengetahui perkembangan lanjut tindakan polis.

Beliau berada di bahagian itu kira-kira 30 minit.

“Saya perlu datang semula 21 November, jaminan polis disambung sebulan lagi… polis memerlukan masa untuk mengendalikan siasatan mereka,” kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

“Saya akan dimaklumkan kemudian sama ada dikenakan tuduhan ataupun sebaliknya.

“Saya berharap saya akan didakwa dan saya akan mendedahkan maklumat yang saya ada di mahkamah. Jika dibicarakan, saya akan memanggil beberapa saksi termasuk Perdana Menteri,” katanya yang hadir di bahagian itu dengan ditemani seorang ahli Umno Bahagian Kepala Batas.

Kata Syed Azidi, polis juga tidak memberikan salinan aduan yang dibuat ke atasnya atas alasan ia hanya boleh dikeluarkan jika dikenakan tuduhan kelak.

Pada 17 September lalu, pihak polis telah menahan Syed Azidi di rumahnya di Demit, Kota Bharu, Kelantan.

Beliau telah ditahan reman empat hari tiga malam di Bukit Aman. – mstar

Annuar Musa memang angkuh…. dan patut rasa malu

Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa memang angkuh apabila enggan menerima teguran Tuan Guru Nik Abdul Aziz terhadap sikap pilih kasih kerajaan pusat dalam pemberian sesuatu projek.

PM rasmi Jambatan sultan Yahya Kedua ...... terbengkalai sekarang, Juta-juta dah hangus...malulah!!

PM rasmi Jambatan sultan Yahya Kedua ...... terbengkalai sekarang, Juta-juta dah hangus...malulah!!

Bekan Ahli Jawatankuasa Umno Kubang Kerian, Ibrahim Mamat berkata, sikap seperti itulah menyebabkan Annuar ditolak rakyat pada pilihanraya umum lalu.

Umno Kelantan menerima kekalahan teruk tatkala dibawah kepimpinan Annuar Musa berbanding dengan semasa diterajui Dato’ Mustapa Mohamed.

“Saya hairan dibawah kriteria mana Presiden Umno mengekalkan Annuar Musa seperti itu di Kelantan hingga kini,” kata Ibrahim.

Baru-baru ini Annuar meminta MB Kelantan mencermin dirinya terlebih dahulu sebelum mempertikaikan projek yang dikendalikan kerajaan Pusat.

Ibrahim berkata, Annuar telah diselamatkan daripada dikenakan tindakan atas dakwaan penyelewengan yang berlaku semasa menjawat jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Umum mengetahui kehilangan wang RM30 juta Projek Pembangunan Rakyat Termikin (PPRT) di Bukit Sireh, Kuala Krai dan Projek Telor Emas di Kok Lanas serta Projek Tasek Puteri di Bukit Besi Terengganu.

Begitu juga projek baru, Projek separuh jalan Jambatan Sultan Yahya Petra Kediu yang kini menjadi projek gajah putih.

Anuar septut berasa malu dengan projek tersebut yang telah dilakukan pecah tanah lebih setahun lalu.

Dr Mahathir nafi beliau jadi PM Penasihat

Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal cakap-cakap yang beliau akan menjadi perdana menteri penasihat, memainkan peranan di belakang Datuk Seri Najib Tun Razak seperti didakwa oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertangunggjawab bagi undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.

Zaid juga mencadangkan yang kejatuhan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah hasil daripada angkara Dr Mahathir.

Menyifatkan cakap-cakap itu sebagai “benar-benar karut“, Dr Mahathir berkata Najib ada pendirian sendiri dan tiada jaminan yang timbalan perdana menteri itu akan mendengar apa juga yang dikatakan oleh bekas perdana menteri itu.

“Saya juga fikir bahawa apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilantik (perdana menteri), beliau mungkin akan merundingi saya mengenai sesetengah isu, tetapi seperti yang anda lihat beliau tidak pernah meminta apa-apa pandangan daripada saya.

Malahan, beliau mengubah semua yang saya telah lakukan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan umum di Universiti Teknologi Petronas, di sini hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan cakap-cakap bahawa Dr Mahathir adalah perancang utama dalam meningkatkan popularitinya dan Najib sebagai pemimpin masa depan negara.

“Saya tidak fikir anda perlu dalam apa cara pun keliru kerana anda lihat kami bersama (dengan Mahathir).

Pada hakikatnya kami bertemu dalam sesetengah majlis tidak bermakna ada perkembangan besar berlaku,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan dan Pelaburan Bersama Malaysia-Indonesia pertama di sini semalam.

@@@@ KALAU TIADA ANGIN TAKKAN POKOK BERGOYANG @@@@

Ku Li belum cukup kuota pencalonan untuk bertanding Presiden Umno

Tengku Razaleigh Hamzah, yang menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno, mengalu-alukan cadangan agar bahagian mencalonkan calon yang belum lagi menerima cukup kuota pencalonan untuk bertanding Mac depan.

“Bagaimanapun terpulanglah kepada bahagian untuk memutuskan jika mahu berbuat demikian.

“Tidak ada peraturan dalam perlembagaan parti untuk membenarkan bahagian-bahagian membuat pencalonan bagi calon yang belum mencapai kuota mereka,” kata beliau.

Kelmarin, Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim yang juga Anggota Majlis Tertinggi mencadangkan bahagian mencalonkan calon yang belum lagi mencapai kuota untuk bertanding sesuatu jawatan dan jangan tertumpu kepada calon yang telah melepasi kuotanya.

Beliau berkata, dengan membantu calon untuk memperoleh kuota pencalonan, lebih ramai boleh bertanding pada pemilihan parti.

Ketika diminta mengulas kenyataan Rais itu, Tengku Razaleigh berkata: “Saya percaya ia adalah tindakan seorang budiman untuk mencalonkan seseorang agar boleh bertanding dalam pemilihan parti Mac depan.”

Tengku Razaleigh setakat ini belum lagi memperoleh sebarang pencaloan untuk jawatan Presiden yang ditawar untuk ditandingi.

Soalnya siapa yang akan memulakan cadangang Rais itu. Rais sendiri sepatutnya memulakan di bahagaian. Benlum tentu perwakilan di bahagian akan bersetuju dengan pandangannya.

Kebanyakan pemimpin Umno takut untuk melakukan bertentangan dengan kehendak pemimpin atasan mereka. Budaya takut menegur ini sudah lama berakar umbi. Takut tidak dapat projek. Bahagian-Bahagian yang mencalonkan orang lain selain pimpinan yang dianggap kroni pemimpin atasan ini akan disenaraihitamkan dari mendapat apa-apa kemudahan projek dan lain-lain.

Khairy yakin akan cukup pencalonan untuk rebut Ketua Pemuda Umno
Sementara itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yakin akan mendapat cukup pencalonan untuk melayakkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan parti itu Mac depan.

“Mungkin sebab saya boleh dikatakan sudah menjadi calon ‘underdog’ sekarang.

“Jadi saya kena yakinkan balik ahli parti di peringkat akar umbi dan perlu bekerja lebih kuat lagi untuk mendapatkan sokongan daripada mereka,” katanya yang enggan menjawab soalan mengenai peluangnya untuk menang dalam merebut jawatan itu.

Khairy, Ahli Parlimen Rembau, yang menang jawatan Naib Pemuda pada 2004 ditanya mengenai kelembaban pencalonan kepada beliau sejak bahagian-bahagian mengadakan persidangan sejak minggu lalu.

Saya dok perhati Khairy di Parlimen semalam, beliau nampaknya tidak segembira dahulu.

Setakat ini, Exco Pemuda, Datuk Mukriz Mahathir yang menerima 40 pencalonan telah layak untuk bertandinng jawatan itu.

Khairy hanya mendapat 19 pencalonan manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo (12) dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlism Datuk Zahidi Zainul Abidin (1) setelah 72 bahagian Pemuda mengadakan persidangan perwakilan.