Kekalahan Galas diharap beri pengajaran

PAS tersangat perlu melakukan bedah siasat secara besar besaran terhadap kegagalan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas pada pilihan raya kecil yang diadakan hari ini.

Pemimpin PAS perlu berkorban, bukan untuk menyalahkan sesiapa. Sepaturnya 20 tahun (Angkatan 90an) memerintah Kelantan yang sudah sarat dengan pengalaman memimpin dan memerintah negeri. Malang sungguh nasib pemimpin PAS yang sarat dengan pengalaman tiba-tiba ketandusan idea bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Pemimpin Kerajaan atau parti kena banyak menyelesaikan masalah rakyat bukan masalah diri dan kroni. Kebajikan rakyat perlu didahulukan, barulah rakyat dapat memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi.

Masalah tanah, kebajikan orang asli, orang Melayu dan Cina sepatutnya dah lama diselesaikan. Bukannya semasa pilihanraya baru nak difikirkan strategi bagaimana nak mengatasi. Atas kertas memang mudah tulis-tulis angka … ha kita menang sekian banyak dan kalah sekian banyak. Perlu selesai masalah rakyat baru lah rakyat dapat menilai prestasi Kerajaan dan parti, adoi mudahnya.

Tetapi inilah masalahnya, apabila Pengurus dan jurulatih dan pemain sendiri tidak pernah atau kurang berlatih dan bermain hanya sekadar berteori dan mendengar dari jauh masalah-masalah yang perlu diselesaikan.

Barangkali sudah sampai masanya Pemimpin PAS yang sarat dengan pengalaman itu bersara tidak perlu lagi diberi tanggungjawab yang sepenting ini. Pemimpin lama wajar berundur yang tandus idea memberi ruang kepada pemimpin baru.

Rupanya Tok Guru itu juga diarak ke hulu ke hilir diarah bekerja keras. Kesian dengan Orang tua itu. Tetapi itulah semangatnya dalam bekerja untuk perjuangan. Orang nombor dua dan tiga dan seterusnya, mana? berperanan? Pemimpin yang diamanahkan menjaga hal ehwal Gua Musang yang diliputi hutan belantara, di mana peranannya?

Melalui pengamatan dari akar umbi mengatakan, pemimpin kerajaan kini tahu mendapatkan hasil hutan semata-mata. Apa nak jadi dengan masyarakat, langsung diambil peduli atau tidak. Jika begitu lebihkurang juga dengan pemimpin Umno yang asyik mengkayakan diri dan kroninya. Pemimpin selain orang tua itu memang tidak dikenali dan tidak popular dikalangan pengundi. Berapa kerat saja pemimpin Kerajaan Kelantan dikenali dikalangan masyarakat Gua Musang. Ada setengah pemimpin perlu diperkenalkan kepada pengundi, sedangkan mereka itu pemimpin besar, jauh sekali nak mengatahui masalah orangramai. Bertemupun gerun, asyik minta pihak lain menyesaikan masalah, bagaimana nak berpengaruh dan mempengaruhi masyarakat orang asli atau pengundi Melayu, Cina dan India.

Memang masalah ini bukan mudah untuk diselesaikan dalam masa yang singkat, sepatutnya sepuloh atau lima tahun dulu telah diselesaikan apa yang diperkatakan oleh pengundi Galas.

Kedua, ramai orang melihat semacam PAS tandus pemimpin kerana orang-orang lama yang mengetuai jentera pilihanraya. Sedangkan PAS masih ramai pemimpin berkaliber umpama Dato’ Nik Amar, Dato’ Husam, Dato’ Takiyuddin dan banyak lagi pemimpin muda yang segar dengan idea kreatif bagi menarik sokongan pengundi dan rakyat. PAS tidak tandus jentera yang sentiasa ingin bekerja secara sukarela dari segenap pelusuk negara.

Ketiga pemimpin Kerajaan perlu memikirkan kembali dasar mengenai tanah-tanah kerajaan khususnya di Gua Musang dan Jeli. Konsep yang sedia ada perlu dirobah, jika ingin melihat Gua Musang ditawan Pakatan Rakyat pada pilihanraya yang akan datang. Seterusnya Tok Guru Mursyidul Am atau Presiden Parti perlu juga melihat pemimpin yang perlu diganti. Jangan dibiarkan sejarah Galas ini berlalu begitu sahaja, tanpa pengajaran.

Jangan biarkan ia membarah! Jangan membiarkan keadaan ini berlaku untuk diwarisi oleh pemimpin akan datang.

Sayangnya pemimpin baru (tidak semestinya muda) dan segar idea dan kreatif pula tidak diberi peluang dan diganti pula dengan pemimpin lama yang tandus idea dan korup isu. Pemimpin lama tapi segar dengan idea  kreatif perlu diberi peluang sesuai dengan zaman kini zaman IT, zaman langit terbuka, zaman orang lama dan baru mendapat maklumat melalui internet dan sebagainya. – Sekadar pandangan dari penulis.

Apapun Tahniah kepada Jentera Pilihanraya yang telah bertungkus lumus bekerja tidak perasan siang dan malam, asyik memikirkan langkah terbaru nak mempertahankan DUN Galas.

Biar pun begitu jentera pilihan raya PAS Kelantan berpuas hati dengan gerak kerja kempen yang dijalankan dan bantuan jentera dari luar serta rakan-rakan dari Pakatan Rakyat.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, kesungguhan ditunjukkan jentera kempen begitu memberangsangkan sekali sehingga ramai tenaga dari luar datang membantu.

“Namun kita juga mengesan ada penyokong di peringkat Unit Peti Undi (UPU) tidak keluar mengundi mungkin berpunca dari masalah tertentu.

“Kegagalan mereka keluar mengundi menyebabkan prestasi pilihan raya umum lalu gagal dipertahankan,” katanya di sini.

Pada pilihan raya kecil hari ini calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff mendapat 5,324 undi, manakala calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed memperolehi 4,134 undi.

BN mendapat majoriti sebanyak 1,190 undi. Dan peratusan keluar mengundi sebanyak 83 peratus.

Keputusan rasmi pilihan raya tersebut diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun Galas, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid.

Abdul Fatah yang juga Adun Bukit Tuku berkata, faktor peningkatan ketara pengundi Orang Asal kepada BN kerana penglibatan secara langsung agensi kerajaan terutamanya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), tentera dan Rela di penempatan mereka.

Katanya, penglibatan secara langsung agensi kerajaan terbabit dengan mengawal sepenuhnya masyarakat Orang Asal menyebabkan mereka tidak berani memberi sokongan kepada calon PAS.

“Biar apa pun PAS akan melakukan post mortem bagi mengenal pasti punca sebenar kemerosotan undi pada pilihan raya kecil ini. Selain jentera kerajaan pusat kita perlu lihat ada faktor sampingan lain,” ujarnya

4 Respons

  1. Haha, menyengat jugak tulisan anta kali ni dih. Memang betul pun begitu. Masalahnya bila kepala utama tak bergerak maka akan jem lah gerabak-gerabak di belakang tu. Untuk membolehkan pemimpin-pemimpin muda naik, pemimpin-pemimpin tua, termasuk Tok Guru Nik Aziz sendiri, termasuk Ustaz Halim dan Fatah Harun, kena sedia untuk berundurlah. Lani zaman orang muda dah.

  2. salam
    pertamanya bersabar dengan kekalahan ini
    ini ujian Allah SWT supaya kita terus bekerja utk menghadapi PRU 13 yang akan datang.
    keduanya pemimpin2 kita dalam jemaah islam ini(PAS) jgn sekali2 ada budaya cantas mencantas, berpuak2 dan bermcm2 lagi yang sudah semestinya boleh melemahkan parti kesayangan kita ini.
    ketiganya teruskanlah memohon doa kepada Allah SWT setiap masa agar kita dapat memerintah bumi Malaysia yang tercinta ini. Hanya Allah SWT sahaja dapat menterbalikkan hati musuh2 islam ini utk kembali menyokong kita sebagaimana Allah SWT menterbalikkan hati Saidina Omar utk menyokong Rasullullah dan terus menjadi benteng kepada Baginda dan agama islam.
    -Insyaallah-

  3. dah sampai waktunya TGNA berundur dari politik…sentuhan TGNA sudah semakin hilang…cakap cakap beliau terlalu terbawa bawa kepada aliran politik yg sempit….video perbalahan TGNA dan ustaz mohd noor derus yg tersebar di internet cukup menunjukkan hilangnya sentuhan ulamak yg berjiwa bear dan berhikmah…TGNA jelas memperlihatkan perwatakan ulamak politik yg amat dibenci oleh islam dan umatnya….bermula dgn janji PAS utk mletakkan calon orabg asli sehinggalah kenaefan TGNA membuat publisity pemberian wang zakat secara terbuka merupakan elemen elemen penting yg menjatuhkan martabat PAS dikaca mata rakyat msia baik org islam mahupun bukan…apek jual ikan di market pun sudah mula muak dgn PAS sekadar janji munafik cakap tak serupa bikin…ringkasnya tiada yg UMNO tidak buat semua nya PAS dah buat…pendapat saya…TGNA patut undur ….anwar ibrahim juga patut bersara dari politik..org org ini lah yg mengharubirukan rakyat msia hingga ada ketika msia ini sudah jadi negeri yg tidak lagi selamat……

  4. PAS terlalu berpolitik mutakhir ini..rakyat sudah mula mual dan muak dgn barisn kepimpinan PAS..yg mereka lihat semakin hari semakin sama dgn parti politik lain..tak da beza..

    Kalau x bermuhasabah..Kelantan pun akan hilang dr genggaman dlm PRU 13 nt..tunggu dan tengok!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: