“K’jaan PAS Kelantan bergolak” – dakwaan Khairy meleset

Khairy mendakwa pergolakan dalam Kerajaan Pas Kelantan pimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kini tidak lagi mampu disembunyikan daripada umum. Kerajaan Pas Kelantan kini jelas dikuasai Exco, Datuk Husam Musa, yang mengetepikan pemimpin lain termasuk Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

“Pas mengalami pergolakan dalaman ekoran pertembungan antara pemimpin muda dengan tua dalam parti itu. Di Kelantan, Husam jelas menguasai kepemimpinan kerajaan negeri”.

Khairy cuba untuk melaga-lagakan dan memecahbelahkan pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dan bersifat isu peribadi yang memang Khairy mendakwa dengan membabi buta. Sedangkan hakikatnya Khairy tidak banyak mengetahui kekuatan kerajaan PAS Kelantan yang dipimpin oleh Tok Guru Nik Aziz yang dibantu oleh Dato’ Ahmad Yaakob dan Dato Husam Musa serta Exco-Exco lain.

Memang Khairy tidak mengetahui betapa akrabnya pimpinan kerajaan Kelantan sekarang antara YAB Menteri besar dan Timbalannya bersama Dato Husam Musa serta para Exconya.

Kenapa Dato Husam jawab. Khairy tidak mengetahui banyak atau buat-buat tidak faham bahawa Dato Husam adalah antara Exco Kerajaan Kelantan yang dilantik untuk menangani isu Loging dan sementelah beliau adalah juga ahli jawatankuasa Tanah Tinggi Loging yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.

Nampak sangat Khairy cuba melihat “kuman di seberang laut” dan cuba pula “menutup bangkai gajah di depan mata”. Jelas sangkaanya meleset sama sekali. Terserlah pula Khairy cuba untuk menutup kelemahan kerajaan Bapa Mertuanya Abdullah Ahmad Badawi yang membisu seribu bahasa apabila diajukan dengan persoalan mengenai penjualan MV Agusta, Pembatalan Jambatan Bengkok, pemberian AP pada kereta impot yang boleh mengancam pasaran kereta nasional.

Dan sekarang bertimbun isu ‘bocor’ di Parlimen, bangunan Kerajaan roboh, isu tanah runtuh di Putrajaya dan sebagainya. Yang jelas pertikaman lidah antara pemimpin kerajaan Barang Naik (BN) semakin ketara. Terbaru Timbalan Perdana Menteri menyalahkan Kementerian Kerjaraya yang tidak meletakkan pegawainya mengawasi bangunan-bangunan kerajaan. Pelbagai lagi isu pergolakan dalam kerajaan Barang Naik (BN) yang cuba ditutup dengan bangkai gajah oleh Khairy.

“Menteri Besar yang membisu sepanjang masa, Timbalannya pula sekadar bercakap separuh jalan. Namun, pergolakan yang cuba disembunyikan Pas kian disedari umum,” kata Khairy.

Khairy juga lupa bahawa Bapa Mertuanya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri juga dikenali sebagai ‘elegant silent’ yang disifatkan oleh Tan Sri Musa Hitam sebagai baik untuknya apabila diajukan beberapa persoalan seperti yang diajukan oleh Tun Dr Mahathir.

Pak Lah, Bapa Mertua Khairy diam membisu mengenai penjualan MV Agusta bernilai 1 euro. Pak Lah juga diam apabila ditanya sebab musabab pembatalan jambatan bengkok? kenapa senyap.

Pak Lah juga senyap lagi apabila ditanya kenapa hendak dipecat Mufti Perak seperti yang diusulkan oleh Parti Gerakan dan banyak lagi isu-isu yang berkaitan dengan negara, Pak Lah senyap seribu bahasa dan Khairy bersama kerajaan mertuanya senyap

“Dalam isu Lojing misalnya walaupun ada Exco Alam Sekitar (Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman) namun beliau diketepikan Husam yang menjawab pelbagai isu berkaitan alam sekitar yang berbangkit”, dakwa Khairy.

Dalam isu Loging sudah jelas lagi bersuloh, Tok Guru Nik Abdul Aziz telah mengadakan ceramah perdananya pada 24 April lalu yang telah disiarkan secara langsung dalam web tv menjawab dan menjelaskan isu tersebut. Turut berceramah mengenai isu tersebut adalah Nik Mohd Amar.

Bagi saya, Tok Guru MB tak perlu nampak terlalu sensitif sangat dengan isu ini yang hanya dibangkitkan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Lainlah jika yang membangkitkan isu ini Bapa Mertuanya yang juga Perdana Menteri atau Timbalan Perdana. Cukuplah dengan Dato Husam Musa yang menjawab dan menjelaskan isu Loging.

Khairy dakwa Timbalan Menteri Besar membisu dalam isu Loging sedang Dato’ Ahmad Yaakob juga turut diheret menjelaskan isu ‘surat arahan larangan Jabatan Perhutanan mendedahkan maklumat kepada kementerian’ seperti yang didakwa Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Azmi Khalid.

Exco-Exco Kerajaan Kelantan yang lain, YB Nok Mohd Amar, Dato’ Takituddin Hassan turut mengadakan ‘road show’ bagi menjelaskan isu Loging kepada rakyat Kelantan dan di luar Kelantan serta bersama media cetak dan elektronik.

Khairy memang tidak banyak membaca, Khairy hanya mendengar taklimat ditepi ‘jalanraya Machang – Kota Bharu’ daripada Setiausaha Parlimen, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Khairy juga mendakwa Kerajaan Pas Kelantan yang menggadai maruah rakyat apabila membenarkan warga asing dari Singapura menguasai khazanah alam negeri itu menerusi tanah di Lojing.

“Di negeri lain, pembalakan dibuat di kaki bukit tetapi di Lojing, pembalakan di puncak gunung. Dulu kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya beri konsesi balak kepada syarikat tempatan atau agensi kerajaan tetapi Pas beri kepada syarikat yang dikuasai rakyat Singapura,” kata Khairy.

Nampak sangat Khairy sekali lagi cuba untuk menutup bangkai gajah di depan matanya sendiri dan cuba untuk lihat kuman di seberang laut. Amat meleset terjahan Khairy.

Elok benar sekira dibuka medan perdebatan baru dengan tajuk “Siapa Agen Singapura – Khairy atau Husam”? Baca artikel yang ditulis oleh Ketua Perusuh dalam blognya, antara tajuk Lelong Melelong, Siapa Memegang dan siapa dipegang dan lain-lain lagi.

2 Respons

  1. keri ni budak yang hingus tak kering lagi dah nak tunjuk lagak. keri, ko ni tak payah nak tunjuk bijak la. satu dunia tahu ko ni budak belasan tahun yang tumpang senang harta rakyat je. ko tak payah nok tunjuk hero la. baik ko pi bawak budak-budak rempit tu pegi daki gunung pulak. tak payah la ko nak porak peranda malaysia ni. aku berani cakap, ko ni bila pak mertua ko dah turun takhta lepas ni konfem ko ni takder apa-apa dah. mungkin satu je jawatan yang layak untuk ko pada masa tu. PRESIDEN PERSATUAN MAT-MAT REMPIT MALAYSIA.

  2. Khairy patut cermin diri dulu…

Tinggalkan komen