Samy cadang tol naik mulai 1 Januari 2008

PUTRAJAYA: Kementerian Kerja Raya akan mengemukakan kertas Kabinet minggu ini mengenai keperluan menaikkan tol mulai 1 Jan seperti termaktub dalam perjanjian antara kerajaan dan para pemegang konsesi.

“Saya akan memaklumkan kepada Kabinet mengenai perkara itu sahaja dan terpulang kepada Kabinet untuk membuat keputusan,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Perniagaan Global bagi Network of International Sikh Entrepreneurship di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, beliau berkata Kabinet belum membincangkan mengenai perkara itu dan belum ada keputusan lagi setakat ini.

Samy Vellu juga berkata beliau telah membangkitkan dalam mesyuarat Kabinet semalam mengenai keperluan memberikan peluang yang lebih banyak kepada kaum India untuk menyertai perkhidmatan awam selain peluang mendapatkan lebih banyak biasiswa pendidikan kerajaan.

Menjawab soalan lain, beliau yang juga Presiden MIC percaya masyarakat India tidak akan tersinggung dengan langkah Umno mengadakan perhimpunan agungnya 5 hingga 9 Nov walaupun sambutan perayaan Deepavali diadakan pada 8 Nov.

Ini kerana masyarakat India di negara ini berfikiran luas dan memahami keperluan Umno untuk mengadakan perhimpunan agung itu, katanya.

5 Respons

  1. ayooooo mr SAM, apa pasal mau kasi naik itu tol tahun depan. apa pasal tada naik ini hari juga.

  2. Naik naik naik.. BN – Barang Naik. Hehe. Lor, aku rasa UMNO kena pinda tarikh tu balik.. Appa da.. Boleh jadik isu berbangkit plak pasni.. Jangan kata takde orang tegur eh..

  3. Naik lagi.
    Naik hari-hari pun bagus!

  4. naik lagi…naik lagi…naik lagi…x pe kite rakyat malaysia kaya raya seme…gaji juta-juta sampai tak terabis nk habiskan ….pilihanraya nanti pilihlah lagi…kite kan org kaya raya ….tak heranlah pasal naik naik naikkkk nie… orang umno lagi tak kisahkan…….

  5. […] “Saya akan memaklumkan kepada Kabinet mengenai perkara itu sahaja dan terpulang kepada Kabinet untuk membuat keputusan,” katanya. (Selanjutnya) […]

Tinggalkan komen