Muqabalah sambil minum kopi Pemimpin PAS-Umno

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia mengadakan pertemuan dengan UMNO untuk membincangkan isu membabitkan kepentingn Islam dan Melayu tetapi perkataan muzakarah perlu ditukar kepada muqabalah (pertemuan).

Kenyataan itu dibuat sejurus selesai mempengerusikan Majlis Syura Ulama Pas di JKR 10 disini, semalam bagi membincangkan isu utama berhubung pendirian parti terhadap hubungan Pas dan UMNO.

Majlis yang sepatutnya rahsia itu berlangsung lebih sejam dengan dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul HadiAwang, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Harun Din, Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dan ahli-ahli syura lain.

“Muzakarah perlu ditukar kepada muqabalah kerana ia perkataan lebih sesuai dan ditegaskan tidak berlaku perpecahan antara pemimpin Pas dalam isu muzakarah itu dan ia sebenarnya salah faham media berhubun perkataan itu.

“Pas mengadakan muqabalah dengan UMNO dan ia mendapat kelulusan Majlis Tertinggi parti ini oleh itu tidak timbul isu percanggahan pendapat dan masalah cuba masuk UMNO juga tidak timbul,” katanya.

Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang menyatakan usaha mengadakan muqabalah akan diteruskan tetapi ia bergantung kepada keperluan semasa.

“Memang Pas ada mengadakan muqabalah dan buknnya muzakarah dengan UMNO sebelumini untuk membincangkan masalah yang dihadapi masyarakat di negeri pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya Pas.

“Salah faham itu timbul daripada perkataan muzakarah. Sebenarnya tiada percanggahan pendapat antara pemimpin Pas dalam hal ini dan kami sentiasa bersefahaman. Isu untuk bergabung dengan Barisan Nasional juga tidak timbul.

Abdul Hadi juga menegaskan isu yang timbul adalah pertemuan (muqabalah) berkenaan yang memang dihadiri pemimpin tertinggi Pas disalah ertikan sebagai muzakarah oleh media.

Menurutnya, pihaknya menghadiri muqabalah antara Pas dan UMNO bagi tujuan menyelesaikan masalah semasa yang dihadapi umat Islam dan rakyat dan ia memang mendapat persetujuan semua pihak pimpinan tertinggi parti.

Katanya, pertemuan dengan UMNO adalah risional biasa kerana dalam Islam Pas wajib menjaga kepentingan umat Islam disamping tidak mengabaikan kepentingan masyarakat lain.

“Muqabalah itu mebincangkan isu di negeri yang diperintah PR yang terutamanya yang dipimpin Pas supaya kerajaan Pusat dapat menyelesaikannya dan Musthapa Ali sendiri hadir dan membincangkan isu-isu berkenaan.

“Oleh itu tidak timbul Pas sertai Kerajaan Pusat kerana parti ini tetap dengan PR. Kenyataan saya mengenai pertemuan yang berlangsung tidak bercanggah antara satu sama lain,” katanya.

Abdul Hadi berkata, muqabalah adalah perkataan yang paling sesuai merujuk kepada pertemuan antara Pas dan UMNO kerana perkataan muzakarah lebih sesuai untuk perdebatan yang diadakan antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan, Datuk Shabery Chek baru-baru ini.

Tinggalkan komen