Hari Terbuka PAS pada 3 Oktober 2010

Semua Rakyat Malaysia dijemput hadir untuk beramah mesra dengan Pemimpin Tertinggi PAS …

ANAK tuntut 5 perkara kepada FELDA

Sidang media Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembelaan Peneroka (Tindak), Salahuddin Ayub bersama Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman di Pejabat Agung PAS, Jln Raja Laut, KL pada 30 September 2010.

Antara tuntutan ANAK kepada FELDA adalah:
1. Kembalikan caruman wang tanam semula peneroka serta merta tanpa syarat.
2. Hentikan potongan caruman tanam semula kali ke 2 hingga jelas soal Bantuan Tanam Semula MPOB dan kadar sebenar yang patut dikenakan.
3. Isytiharkan penyata yang tepat dan disahkan odit setiap kos pembangunan tanam semula mengikut semua jenis potongan seperti benih, jalan pertanian, baja dan lain-lain.
4. Kaji semula penggunaan baja Felda kerana terlalu mahal sedangkan kualitinya sangat dipersoalkan.
5. Hentikan khidmat Anak syarikat Felda, Techno Plant Sdn Bhd, yang menyelenggara kebun peneroka kerana gagal memberi pulangan yang memuaskan kepada peneroka. Sebaliknya pendapatan peneroka yang mengurus sendiri kebun mereka jauh lebih tinggi daripada yang diselenggara oleh Techno Plant Sdn Bhd.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan 11 lagi bentuk penyelewengan Felda mengkhianati peneroka yang majoritinya Melayu.

Menurut beliau, melalui Tabung Tanam Semula yang ditubuhkan sejak Januari 1985, sepatutnya setiap peneroka layak mendapat RM17,000 sebagai bayaran tanam semula.

Ini kerana, setiap peneroka pada setiap bulan telahpun mencarum sebanyak RM4 seekar supaya Felda memulangkan RM17 ribu kepada setiap peneroka bagi kerja-kerja tanam semula.
Teruskan membaca

Muhyiddin lari dari tanggungjawab

Tindakan Timbalan Perdana Menteri yang juga timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yaasin menyerahkan jentera pilihan raya kecil dewan undangan negeri (DUN) Galas dianggap sebagai “lari daripada tanggungjawab”, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Katanya, telah menjadi kelaziman bagi BN meletakkan tanggungjawab pengarah pilihanraya di atas bahu timbalan perdana menteri tetapi kali ini, Muhyiddin menyerahkan beban itu untuk digalas oleh Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

“Kenapa Umno lari daripada norma biasa di mana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin, yang mana (beliau) akan menjadi pengarah pilihan raya setiap kali pilihan raya kecil berlaku bagi BN.

“Kali ini kenapa dia (Muhyiddin) lari. Mana janjinya untuk jambatan di Manek Urai. Mana janji dia untuk memberikan sumbangan untuk warga tua di Manek Urai. Ke mana dia lari?” katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.

Salahudin berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung keputusan BN melantik Tengku Razaleigh mengetuai jentera BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaiman Isnin lalu.

Teruskan membaca