TPM tak tunai janji di Manek Urai …. sebab tu tak nak jadi Pengarah lagi

Manek Urai tagih janji, Timbalan Perdana Menteri, disuruhnya YBM Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) supaya menjadi Pengarah Umno Pilihanraya Kecil (PRK) Galas dan berjanji pula di Galas. Janji bohong Timbalan Perdana Menteri (TPM) di Manek Urai menyebabkan beliau tidak lagi berani menjadi Pengarah PRK dan menyerahkan beban kepada Ku Li.

Apalah sangat yang boleh dijanjikan oleh Ku Li. Jika Timbalan Perdana Menteri pun janji tidak ditunai, apalah nak diharap kepada pihak lain untuk berjanji kepada pengundi DUN Galas. Permohonan Ku Li supaya royalti petroleum diberikan kepada Kerajaan Kelantan pun tak dilayan dan dituduh pelbagai kata kepada Ku Li oleh TPM itu.

Sampai kepada satu tahap dimana, Seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata Umno perlu mengambil tindakan terhadap ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kerana didakwanya bersekongkol dengan parti pembangkang dalam isu royalti minyak Kelantan. – Malaysiakini

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hairan dengan tindakan serta kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah yang masih tidak sehaluan dengan keputusan kerajaan Persekutuan mengenai isu royalti minyak Kelantan sedangkan pelbagai langkah penjelasan sudah diberikan. – Malaysiakini

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Umno BN amat bermasalah menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas kerana janji mereka semasa PRK Manek Urai belum ditunaikan.

Menurutnya, sedangkan kawasan Dun Manek Urai terletak bersebelahan dengan Dun Galas.

“Mereka akan bermasalah dalam kempen kerana rakyat akan buat perbandingan. Masalah Manek Urai tak selesai lagi, mungkin itu yang menyebabkan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin takut jadi pengarah pilihan raya Umno BN,” katanya sinis.

Justeru, beliau selaku Pengarah Pilihan raya PAS bagi PRK Galas berkata, peluang PAS mempertahankan kerusi Dun Galas adalah cerah berdasarkan kajian yang menunjukkan latar belakang masyarakatnya yang peka dengan perkembangan semasa.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menambah, pengundi Dun Galas adalah golongan yang telah mendapat nikmat hasil daripada pembangunan yang dilakukan kerajaan negeri terutama selepas terbinanya bandar baru di situ. – Harakahdaily

YBM Ku kena fikir-fikirkan lah. Kami berharap dengan pengalaman yang lama dalam politik Tanahair, YBM Ku dapat memikirkan sepak terajang, tujuan disebalik pemimpim Umno kini.

PMR: Selamat menempuh laluan pertama, semoga berjaya

Bagi pihak Persatuan Anak Darulnaim Selangor dan Kuala Lumpur (PERSADA) bersama-sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan selamat berjaya kepada para pelajar yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang bermula hari ini (semalam).

“Kepada anak-anak kita yang sedang menduduki peperiksaan PMR bermula hari ini, saya ucapkan selamat berjaya dan semoga mendapat kejayaan yang cemerlang.

“Paling penting, kejayaan yg sebenar ialah selamat dari api neraka dan berjaya mendapat syurga Allah SWT di akhirat kelak,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan di laman twitter.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) semalam, seramai 479,675 calon menduduki peperiksaan PMR mulai hari ini hingga 12 Oktober.

Daripada jumlah tersebut, 446,896 ialah calon dari Sekolah Bantuan Penuh, 5,069 dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Perantis Tentera.

Sebanyak 11,370 calon adalah dari sekolah agama tadbiran negeri, 14,756 calon sekolah swasta, 334 calon persendirian perseorangan dan 1,250 calon dari Sekolah Agama Rakyat.

Sebanyak 34,022 orang petugas di 3,499 pusat peperiksaan disediakan bagi menguruskan perjalanan PMR.