Umno dicabar pecat Ahmad Said

Oleh: Salahuddin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Said kerana dipilih oleh istana untuk mengetuai kerajaan negeri itu. DPP Pusat juga bergembira kerana beliau telah memasuki pejabat di Wisma Darul Iman semalam walaupun ada usaha-usaha daripada BN untuk tidak mengiktiraf beliau sebagai Menteri Besar.

DPP Pusat menyokong Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar kerana beliau telah dipilih oleh Istana Terengganu mengikut Perlembagaan dan mengutuk pihak-pihak yang tidak berpuas hati terutama mereka yang bertindak di luar batas undang-undang seperti menghina Sultan Terengganu.

Umno sebelum ini telah membuat beberapa ugutan jika Ahmad Said menerima tawaran sebagai Menteri Besar. Umno juga mendakwa kononnya 22 ADUN BN Terengganu menyokong Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar dan sultan tidak berhak menamakan seseorang yang tidak mendapat sokongan kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan.

Ketika Ahmad Said diumumkan sebagai Menteri Besar, Umno Terengganu menerusi Setiausahanya, Datuk Rasol Wahid mengugut untuk memulau majlis angkat sumpah, meletakkan jawatan sebagai ADUN beramai-ramai, mengundi tidak percaya kepada Menteri Besar dan memecat Menteri Besar sebagai ahli Umno. Ugutan ini bukan ditujukan kepada Ahmad Said, tetapi untuk mencabar Sultan Terengganu yang memilih Ahmad Said.

Kini, Ahmad Said bukan sahaja menerima watikah perlantikan bahkan telah memasuki pejabatnya di Wisma Darul Iman. Bagaimana dengan ugutan Umno Terengganu? Walaupun Ahmad Said belum mengangkat sumpah, beliau telah menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar. DPP Pusat mencabar Umno Terengganu untuk melaksanakan ugutan mereka.

Jika Umno Terengganu benar-benar anak jantan, silalah meletakkan jawatan sebagai ADUN di 23 kerusi tersebut atau pulaukan majlis angkat sumpah nanti. Yang lebih mudah dilaksanakan ialah memecat Ahmad Said sebagai ahli Umno. Umno Terengganu mesti mendesak MT Umno yang bersidang Khamis ini untuk melaksanakan perkara ini. Jika tidak ternyata Umno adalah parti yang pondan yang hanya tahu mengugut Sultan tetapi masih gila kuasa.

Umno patut sedar bahawa mereka telah melakukan banyak kemungkaran sepanjang empat tahun memerintah, termasuk gagal mentadbir negeri dengan berkesan. Kelemahan Umno dilindungi oleh media, tetapi ia tetap dalam pengetahuan Sultan.

Sebagai Sultan yang adil dan bijak, mustahil baginda mahu rakyat terus tertindas dan dianiaya oleh seorang pemimpin yang rakus dan bertopengkan agama seperti Idris Jusoh. Kerana itu Sultan mengambil sikap menolak orang seperti ini untuk mengetuai kerajaan. Umno jangan cuba menderhakai Sultan atau memprovok rakyat supaya menentang Sultan Terengganu dengan slogan-slogan kesat. Ingat, raja yang adil disembah, pemimpin yang zalim akan disanggah!
—————
Penulis juga adalah Ahli Parlimen Kubang Kerian

6 Respons

  1. Biasalah geng2 pengampu tu pandai cakap saje… Bknnya jenis berani pun… Cakap berdegar2… dia ingat ramai rakayt Trg bdiri blkg group 23 ADUn tu… tgk2 hanya kaum2 dari Ulu Trg, K.Berang, Kenyir, Kuala Pin, Besut & Jertih je… huhuhu…

    Sekarang diaorg dah gelabah… semua jadi mcm pondan takde batu… Idris Jusoh pun pandai cakap je kata sanggup terima Qada & Qadak Tuhan la… tp smp skrg watikah dr PakLah xpulang2 lg.. malah bilik dia kat Pej. MB belum dikosongkan lg. Nampak sgt semua gile kuasa. Nyah kau dari bandar K.T wahai geng2 Hulu semua!!!!

  2. Kuasa pnya pasal…..

  3. Derih tu dah berat kehujung……kalau zaman dulu dah kena penggal dah tu.

  4. Xperlu zaman dulu, kalau Sultan Mizan tu diganti dgn Sultan Johor dah lama Idris tu digantung kat Jambatan Kuala Besut. Rosul plak digantung kat Empangan Kenyir. Kihkihkih…

  5. tak pun sula je.

  6. Sokong SBTrg cakap, kalau geng 23 jahanam tu buat hal yang sama ngan Sultan Johor , memang nasib tak baik la korang, paling ringan pun buang negeri. Nasib baik sultan Mizan jenis yang ada timbang rasa

Tinggalkan komen