Kasihan khairy belum lagi lepas had layak bertanding

TERKINI 1: Memandangkan semakin hari Khairy telah ditolak oleh Perwakilan Pemuda Umno untuk bertanding Ketua Pemuda, Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub pula semalam secara rasmi mempelawa Khairy sepertimana dipelawanya kepada Tengku Razaleigh menyertai Pakatan Rakyat.

Tawaran dikemukakan ekoran situasi tidak menentu nasib yang menimpa Khairy dalam merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

“Saya nampak Khairy susah untuk melepasi kuota pencalonan apatah lagi memenangi jawatan Ketua Pergerakan itu,” kata Salahuddin di lobi Parlimen.

PAS dan PKR sedia melupakan apa yang pernah dilakukan selama ini oleh Ahli Parlimen Rembau itu.

“Dia boleh memberikan sumbangan kepada Pakatan Rakyat daripada hanyut atau diketepikan Umno begitu sahaja. Saya takut dia menjadi mangsa kepada kepada percaturan yang ‘hebat’ dan ‘brutal’ yang berlaku dalam Umno kini,” ujar Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

TERKINI 2: Mengikut maklumat baru dari kawan-kawan dalam Pergerakan Pemuda Umno, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang kini baru memperolehi 19 pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda sedang berkira-kira untuk tidak lagi bertanding jawatan tersebut bahkan kemungkinan besar akan memberi laluan kepada Datuk Mukhriz.

Sebaliknya beliau (Khairy) hanya akan mempertahankan jawatannya kini.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir menjadi calon pertama layak bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno apabila berjaya melepasi kuota minimum kelayakan untuk bertanding jawatan berkenaan setelah mengumpul 40 pencalonan daripada 72 bahagian yang bermesyuarat sejak Khamis lalu.

Nasib Khairy dan mertuanya... yang tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno

Nasib Khairy dan mertuanya... yang tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno

Jumlah minimum pencalonan untuk bertanding jawatan berkenaan ialah 38 dan Naib Ketua Pemuda pula sebanyak 29 pencalonan.

Mukhriz yang juga Exco Pemuda memperoleh pencalonan daripada Bahagian Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Kota Melaka, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Teluk Intan, Pagoh, Pasir Gudang, Kalabakan, Langkawi, Kuantan, Rasah, Jelebu, Jempol, Ipoh Barat, Lipis, Bentong, Tenggara, Padang Rengas, Subang, Kampar, Kota Belud, Tuaran, Permatang Pauh, Bagan ,Pokok Sena, Batu Pahat, Padang Serai,Setiawangsa, Simpang Renggam, Kulai, Tebrau, Bakri, Sepanggar, Beaufort, Gombak dan Kuala Selangor.

Setakat ini Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hanya memperoleh 19 pencalonan daripada bahagian Machang, Pengkalan Chepa, Ketereh, Silam, Bandar Tun Razak, Bagan Datoh, Beruas, Bachok, Raub, Rompin, Bagan Serai, Gelang Patah, Pontian, Parit Buntar, Kota Kinabalu, Johor Baharu, Bayan Baru, Keningau dan Sepang.

Kasihan Khairy, sudah nasib badan. Inilah padahnya ‘naik kerana’ mertua atau bapa bukan dengan kewibawaan sendiri. Khairy kena kerja kuat lagi.

Tinggalkan komen