Ustaz Ismail Noh kekal YDP PAS Pasir Mas

Sebahagian ucapan Ybhg. Dato’ Mohamad Daud Iraqi, Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pasir Mas pada 17 April 2009 di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas.

Ybhg Ustaz Ismail Noh mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir bagi penggal 2009-2011 selepas menewaskan Sdr Abdul Hamid Aziz dengan perbezaan undi 59. Ustaz Ismail memperolehi 335 undi, Abdul Hamid memperolehi 276 undi, manakala undi rosak 6 dan 71 orang tidak keluar mengundi daripada 688 perwakilan.

Keputusan penuh dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Perhubungan PAS Kelantan, YBhg. Mohd Nasir Daud.

Satu Respons

  1. assalamualaikum
    saya ada terbaca kenyataan ustaz ismail noh yang mengaitkan virus H1N1 datang dari eropah kerana mereka adalah pemakan babi yang paling ramai.

    saya berharap ustaz keluar dari kepompongan kekampungan ustaz dan buat kajian terlebih dahulu sebelum ustaz membuka mulut

    kenyataan ustaz tersebut jelas sangat bodoh, bebal dan tidak bertanggungjawab

    saya tidak kisah jika ustaz ingin memalukan diri ustaz sendiri, tetapi kenyataan bodoh ustaz itu juga akan memalit tahi ke muka PAS, maka oleh itu wajib saya menegur dan wajib bagi ustaz membetulkan kenyataan ustaz agar tiada fitnah ke atas PAS

Tinggalkan komen