TPM tak tunai janji di Manek Urai …. sebab tu tak nak jadi Pengarah lagi

Manek Urai tagih janji, Timbalan Perdana Menteri, disuruhnya YBM Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) supaya menjadi Pengarah Umno Pilihanraya Kecil (PRK) Galas dan berjanji pula di Galas. Janji bohong Timbalan Perdana Menteri (TPM) di Manek Urai menyebabkan beliau tidak lagi berani menjadi Pengarah PRK dan menyerahkan beban kepada Ku Li.

Apalah sangat yang boleh dijanjikan oleh Ku Li. Jika Timbalan Perdana Menteri pun janji tidak ditunai, apalah nak diharap kepada pihak lain untuk berjanji kepada pengundi DUN Galas. Permohonan Ku Li supaya royalti petroleum diberikan kepada Kerajaan Kelantan pun tak dilayan dan dituduh pelbagai kata kepada Ku Li oleh TPM itu.

Sampai kepada satu tahap dimana, Seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata Umno perlu mengambil tindakan terhadap ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kerana didakwanya bersekongkol dengan parti pembangkang dalam isu royalti minyak Kelantan. – Malaysiakini

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hairan dengan tindakan serta kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah yang masih tidak sehaluan dengan keputusan kerajaan Persekutuan mengenai isu royalti minyak Kelantan sedangkan pelbagai langkah penjelasan sudah diberikan. – Malaysiakini

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Umno BN amat bermasalah menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas kerana janji mereka semasa PRK Manek Urai belum ditunaikan.

Menurutnya, sedangkan kawasan Dun Manek Urai terletak bersebelahan dengan Dun Galas.

“Mereka akan bermasalah dalam kempen kerana rakyat akan buat perbandingan. Masalah Manek Urai tak selesai lagi, mungkin itu yang menyebabkan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin takut jadi pengarah pilihan raya Umno BN,” katanya sinis.

Justeru, beliau selaku Pengarah Pilihan raya PAS bagi PRK Galas berkata, peluang PAS mempertahankan kerusi Dun Galas adalah cerah berdasarkan kajian yang menunjukkan latar belakang masyarakatnya yang peka dengan perkembangan semasa.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menambah, pengundi Dun Galas adalah golongan yang telah mendapat nikmat hasil daripada pembangunan yang dilakukan kerajaan negeri terutama selepas terbinanya bandar baru di situ. – Harakahdaily

YBM Ku kena fikir-fikirkan lah. Kami berharap dengan pengalaman yang lama dalam politik Tanahair, YBM Ku dapat memikirkan sepak terajang, tujuan disebalik pemimpim Umno kini.

3 Respons

  1. aku sokong Pas dan PR. Wpun apa status Ku Li, kita prlu letak dia dlm org yang dihormati demi rakyat Kelantan. Mna Najib, mna Muhyiddin, mna janji Manik Urai, mna jmbatn RM70k tu, dah siap? Yg btul2 aku nak tanya, mana Ibrahim Ali, jagoan Perkasa yg bkempen sna-sini…. ni dia btul2 org yang nak tersungkur (petikan kata Azmin Ali)

  2. ku li anak jati kelantan,

    muhyiddin anak jati johor,

    paksaan muhyiddin terhadap ku li satu penghinaan kpd rakyat kelantan…

    kerana muhyiddin, ku li dihina rakyat kelantan..

    ayuh jatuhkan muhyiddin yg di belakangnya mahathir!

  3. ore bene goye kaki ore kaloh pulok disuroh tuna janji….otok ado pakai ko….jambatan sudah siap dipakai….tada baca ko…

Tinggalkan komen